06/11/2024
POLITIK & PERNIAGAAN
Dua bidang yang mesti kembali dikuasai umat Islam hari ini; politik & perniagaan. Tidak cukup sekadar terlibat tetapi perlu menerajuinya dan menjadi penentu hala tujunya.
Namun kita belum nampak jalan ke arah itu, kerana umat masih terawang² apa sebenarnya politik Islam termasuk di kalangan asatizah sendiri. Tidak banyak isu² politik semasa diketengahkan untuk dibualkan dan dibahaskan dari perspektif Islam, berbanding isu² khilaf fiqh dan aliran aqidah yang berlebihan dibahaskan, sedangkan ia hanyalah pengulangan dari masalah² silam (turas).
Perniagaan juga mengalami nasib yang sama. Bidang yang disebut Nabi SAW sebagai pendapatan terbaik dan menempati 90% sumber rezki diabaikan umat Islam. Dibiarkan bangsa lain mendominasinya. Petani² kita berjerih payah menghasilkan padi, namun yang menjadi tokey² beras bukan kita.
Kita perlu kembali kepada tadayyun (cara beragama) sebenar, yang menerapkan agama sebagai penyelesaian kehidupan, bukan sekadar perbahasan² masalah dalam kitab turas. Dalam erti lain, umat perlu disibukkan dengan fiqhul hayah (fiqh kehidupan), bukan masail fiqh (masalah² fiqh).