16/03/2021
New on the outside, Same Goodness on the inside
Setelah sekian lama pembungkusan C2Joy ini digunakan sehingga ada pihak tiada etika dan moral melakukan cubaan meniru pembungkusan kotak namun isi kandungan yang tiada halal (Katanya baru daftar walaupun sudah berniaga 10 tahun) dan disyaki sumbernya, maka sudah tibalah masa C2Joy ini diberikan satu "pembersihan" agar pengguna dan pengedar TDC tidak ditipu, dimanipulasi dan dipermainkan dengan terbeli C2Joy Tiruan yang isi kandungan entah apa, buat di kilang berbeza, dan lebih parah, dengan sistem pemasaran yang jelas tiada kelulusan KPDNHEP daripada syarikat modal saham RM1.
"Pembersihan" pembungkusan ini juga selari dengan persiapan pengenalan barisan produk-produk baru TDC, dan seterusnya memperkenalkan juga konsep QR Code yang menawarkan fungsi yang menarik untuk mempertingkatkan interaksi antara TDC dan para pengguna serta pengedar.
Prinsip TDC sentiasa sama, walaupun difitnah, walaupun diajak berlawan, kita tetap fokus terus pada pembangunan syarikat, pembaikian operasi dan kebajikan rakan kerja dan rakan seperjuangan kita.
Fokus kita bukan pada menang beberapa syarikat di luar.
Fokus kita adalah selepas 100 tahun, TDC masih relevan dan mencipta satu legasi yang tidak dapat dicabar di dunia, serta membawa semua berusaha membina Istana di Syurga.
Baru 5/100, atau 5% Perjalanan. Perancangan 100 tahun masih jauh, dan semakin hari, semakin kita introspeksi diri, semakin kita memperbaiki kelemahan diri, dan semakin kita usaha ke arah kesempurnaan.
Mungkin tidak akan sempurna, mungkin tidak akan berjaya seperti kita sangka.
Namun, sekurang-kurangnya, we have been trying our best for the rest of our life.
Jalan terus!