Bazar Tengku Anis Kota Bharu

Bazar Tengku Anis Kota Bharu BAZAR TENGKU ANIS terletak di Zon Warisan Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia. Nota: Dikemas kini pada 5 Ogos 2021

Secara mudahnya, ia terletak di hadapan Dataran Muhammadi, iaitu di belakang Kampung Kraftangan dan tidak berapa jauh dari Kompleks Pasar Besar Siti Khadijah dan Bazar Buluh Kubu (juga dikenali sebagai Pasar Siti Aiyah). Dataran Muhammadi merupakan tempat parkir bas pelancong yang utama di pusat bandar raya Kota Bharu terutamanya untuk tujuan melawat tempat-tempat menarik di Zon Warisan Budaya dan juga membeli-belah di Bazar Tengku Anis, Pasar Besar Siti Khadijah, dan Bazar Buluh Kubu. Projek pembinaan bazar moden ini telah dimulakan pada April 2008 dan telah siap pada pertengahan 2009 dengan kos kira-kira RM40 juta. Bazar ini dinamakan sebagai "Bazar Tengku Anis" bersempena dengan nama YMM Tengku Anis binti Almarhum Tengku Abdul Hamid (Raja Perempuan Kelantan dari 1979 - 2010). YMM Tengku Anis binti Almarhum Tengku Abdul Hamid merupakan bonda kepada KDYMM Sultan Muhammad V Ibni Almarhum Sultan Ismail Petra, iaitu Al-Sultan Kelantan yang sekarang. Bazar beli-belah ini dilengkapi dengan kemudahan seperti lif kaca, bilik air, pondok perhentian bas bandar, dan sebagainya. Antara produk yang dijual sini adalah produk batik, kain sarung, barangan kemas, dan sebagainya.

09/03/2026

INFO PENERBANGAN: Syarikat penerbangan Air Asia akan membuka sebuah lagi laluan baharu dari Kota Bharu, Kelantan, iaitu laluan Kota Bharu – Jakarta (KBR – CGK) mulai 16 Jun 2026 ini dengan kekerapan empat (4) kali seminggu, iaitu setiap hari AHAD, SELASA, KHAMIS, dan SABTU. Penerbangan terus ini mengambil masa kira-kira 2 jam 40 minit sahaja.

Penerbangan AK2353 dari Kota Bharu ke Jakarta dijadualkan berlepas pada jam 10:00 dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta Jakarta (SHIA) pada jam 11:40 (waktu tempatan), manakala penerbangan AK2354 dari Jakarta ke Kota Bharu dijadualkan berlepas pada jam 12:10 dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu (LTSIP) pada jam 15:50.

Pembukaan laluan ini kelak bertepatan dengan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM 2026) dan juga peningkatan jumlah pesakit dari Indonesia yang datang mendapatkan rawatan di Malaysia. Tambahan p**a, Kota Bharu kini mempunyai dua buah pusat perubatan swasta terkemuka, iaitu Pusat Perubatan Kota Bharu (KBMC) dan Hospital Pakar KPJ Perdana.

Jualan tiket bagi laluan ini telah mula dibuka pada petang ini (9 Mac 2026). Untuk maklumat lanjut dan tempahan tiket, sila layari laman sesawang www.airasia.com.

Nota: Destinasi penerbangan sedia ada Air Asia dari/ke Kota Bharu ialah Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Kuching, dan Johor Bahru.

25/02/2026

❗️Cancelled❗️

Kelantan International Marathon (2026)
26-27 June 2026

Kids Run/3km/5km/10km/21km/42km
Sultan Muhammad IV Stadium, Kota Bharu, Kelantan

Organizer / Technical: DNSEDC Official ()

Registration Closed: 26/5/2026, 23:59 (GMT +8)
*No information, estimation date.

**Registration link, refer comment.

28/10/2025
LALUAN BAHARU: Laluan Singapura - Kota Bharu
27/10/2025

LALUAN BAHARU: Laluan Singapura - Kota Bharu

08/08/2023
12/04/2023
14/02/2022
05/02/2022

Address

Jalan Hilir Balai
Kota Bharu
15300

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bazar Tengku Anis Kota Bharu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share