Warisan Nusantara Kelantan

Warisan Nusantara Kelantan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Warisan Nusantara Kelantan, Shopping & retail, Kampung Wakaf Stan, Kota Bharu.

02/08/2022

Nak nasi kena tanam padi, nak muka cantik beli KAKAXI ni 🥰🌈🌈
🌺CONCEALER KAKAXI:
♥️ Bar concealer produk super menutupi tahi lalat sekata, bintik-bintik gelap 2 dalam 1. Stick Concealer Serbaguna
- 1 kepala berus 1 hujung concealer
- Kalis air, kalis air selama 12 jam
- Reka bentuk padat seperti gincu
============
🚛Penghantaran ke seluruh negara - SHIP COD
🎁 Diskaun 60% HANYA HARI INI
Nak info lanjut dan harga ,sila tekan link
https://www.nintsmart.com/kakaxinnm

Jadi inilah "Sang Nila Utama" yang didirikan oleh kerajaan Singapura pada Jumaat lepas, dari pandangan dekat. Gagah perk...
14/06/2020

Jadi inilah "Sang Nila Utama" yang didirikan oleh kerajaan Singapura pada Jumaat lepas, dari pandangan dekat. Gagah perkasa sungguh.

Walaupun tahu ini hanya "kosmetik" kerajaan Singapura semata-mata, namun den tetap teruja melihat akhirnya sebuah figura mitos pengasasan bangsa Melayu "dihidupkan" menerusi seni tampak.

Setiap bangsa ada mitos pengasasan (foundation myth). Cina dengan Huangdi (黃帝) dan Yandi (炎帝). Korea dengan Dangun (단군). Jepun dengan Jimmu Tenno (神武天皇). Vietnam dengan Lạc Long Quân. Inggeris dengan King Arthur. Turki dengan Ertuğrul.

Malah al-Quran juga sering merujuk orang Arab sebagai Bani Ismail yakni keturunan Nabi Ismail, dan kebersamaan identiti tersebut merupakan antara faktor perpaduan orang Arab pada zaman Rasulullah.

Foundation myth bangsa Melayu p**a tercatat dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) iaitu kisah tiga bersaudara yang turun di Bukit Siguntang Mahameru - Sri Nila Pahlawan (Sang Sapurba), Sri Nila Utama dan Sri Krisyna Pandita.

Generasi tik tok mungkin tak tau apa signifikasi nama-nama ini. Mereka ialah pengasas kepada kerajaan-kerajaan Melayu Malayapura (Dharmasraya), Singapura dan Tanjungpura. Sang Nila Utama pengasas Singapura ini ialah putera Sang Sapurba (ada juga versi cerita yang kata Sang Nila Utama ialah Sri Nila Utama).

Cicit Sang Nila Utama iaitu Parameswara ialah pengasas Kesultanan Melaka. Selepas Melaka jatuh ke Portugis pada tahun 1511, dua putera Sultan Mahmud iaitu Raja Muzaffar Shah dan Raja Alauddin Riayat Shah masing-masing mengasaskan Kesultanan Perak dan Kesultanan Johor pada 1528. The bloodline continues.

Selepas Sultan Mahmud II di Johor mangkat pada 1699, Tun Habib Abdul Majid yang mengasaskan dinasti baharu pun mempunyai susur galur dari bloodline Siguntang-Singapura-Melaka tersebut. Dan keturunan Tun Habib merupakan pengasas kepada kerajaan Johor, Terengganu dan Pahang pada hari ini. Sementara itu DYMM Sultan Perak ialah keturunan langsung dari bloodline tersebut.

Mitos pengasasan yang terdapat dalam Sejarah Melayu ada banyak part yang nampak tak logik. Tapi foundation myth ni bukan pasal soal sohih tak sohih, tepat tak tepat. Kau cuba bagitau orang Jepun bahawasanya Jimmu Tenno tak wujud, tengok dia orang rendam kau dalam Tokyo Bay tak.

Foundation myth bukan untuk difahami secara literal, dalamnya terkandung simbolisme-simbolisme tentang asal usul bangsa. Memperingati foundation myth Melayu adalah untuk orang Melayu faham bahawa mereka ialah bangsa berasal, bukan "ciptaan penjajah" yang s**a dijaja oleh ahli akademik hipster.

Memperingati asal usul bangsa akan boleh membantu sesebuah bangsa "survive" dalam saat-saat genting dan goyah dengan bertaut kepada masa silam. Atas sebab itu, Sultan Abdul Malik Mansur Shah pada tahun 1818 enggan menurut tuntutan Siam yang meminta Perak menghantar Bunga Mas. Dalam warkah kepada wakil British di Pulau Pinang, Sultan Abdul Malik bertitah:

"I am a king of the ancient race, I am he who holds the Royal Sword (Cura Si Manja Kini) and the Dragon Beetel Stand (Pontoh Bernaga), and the Shell Fish (Mestika Embun - baginda merujuk kepada alat-alat kebesaran warisan Siguntang) which came out of the sea, which came down from the Hill of Segantang. I am the oldest of all kings of this part. I cannot consent to the desire of Siam, should war even be the consequence."

Sikap "defiance" Sultan Abdul Malik membawa kepada serangan Siam yang berakhir dengan kejayaan Perak dalam mempertahankan kedaulatannya. Itulah kehebatan foundation myth dalam membangunkan sebuah bangsa.

Jadi wahai Melayu, ingatlah bahawa anda ialah bangsa berasal, jangan terpedaya dengan momokan pihak yang cuba downplay sejarah bangsa dan tamadun Melayu. Know thyself, and you will rise again to greatness.

kredit gambar: Singapore Bicentennial

Kuching Zaman Sekarang ..
09/10/2019

Kuching Zaman Sekarang ..

Renung renungkan dan selamat beramal .. 💪
11/09/2019

Renung renungkan dan selamat beramal .. 💪

Seorang pemuda datang melamar wanita cantik dan kaya , akhirnya terjadilah kesepakatan.Namun tatkala si wanita mengetahu...
08/09/2019

Seorang pemuda datang melamar wanita cantik dan kaya , akhirnya terjadilah kesepakatan.

Namun tatkala si wanita mengetahui profesi ibunda si pria, maka si wanita memberi syarat, "pada waktu resepsi pernikahan, ibumu tidak boleh datang"

Setelah berfikir, demi untuk mewujudkan pernikahannya, si pemuda dgn terpaksa menyetujuinya.
Namun sebelumnya ia menjumpai salah seorang guru spiritualnya untuk meminta pendapatnya.

Sang guru bertanya, "apa pekerjaan ibumu?

"Aku ditinggal mati ayahku saat umurku 1 tahun, akhirnya untuk membesarkanku, ibuku bekerja sebagai tukang cuci pakaian dan dia berhasil mengantar saya sampai jadi sarjana ".
Jawab pemuda itu.

"Begini, hari ini kau p**ang, dan kau cuci kedua tangan ibumu, besok kau kembali lagi kesini, aku akan kasih pendapatku" jawab sang guru.

Pulanglah pemuda itu, dan dia mendekati ibunya dan mencuci kedua tangannya, dia melihat begitu kasarnya tangan ibunya, ada bekas2 luka dan kulit yg terkelupas, ia melihat pemandangan itu sambil mencucurkan air mata.

Dan akhirnya ia tidak tahan untuk menunggu hari esok, dia datangi lagi sang guru dan si pemuda berkata;

"AKU TIDAK AKAN MENGORBANKAN BUNDAKU UNTUK SIAPAPUN".

Banyak di antara kita yg sering melupakan budi baik ibu kita. Demi kenikmatan semu.

Maka saatnya kita mencuci kedua tangan ibu kita yg selalu membelai kita dan membersihkan kita, Karena suatu saat belaian itu akan pergi dan kau akan kehilangan tiket masuk surgamu.

LIKE & SHARE ---> Warisan Nusantara Kelantan

Address

Kampung Wakaf Stan
Kota Bharu
16150

Telephone

+60 11-1292 1828

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Warisan Nusantara Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share