Efektif Edukids

Efektif Edukids Hadis 1296, Muslim No. Hadis 6828)

(( كُلُّ مَوْلُودٍ يُولَدُ عَلى الْفِطْرَة، فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ، وَيُنَصِّرَانِهِ، وَيُمَجِّسَانِهِ كَمَثَلِ الْبَهِيمَةِ تُنْتَجُ الْبَهِيمَةَ هَلْ تَرَى فِيهَا جَدْعَاءَ))
“Setiap kelahiran (anak kecil) dilahirkan dalam keadaan fitrah, maka kedua ibu bapanya menyahudikannya, atau menasranikannya, atau memajusikannya, sebagaimana haiwan melahirkan (mengeluarkan) haiwan, adakah kamu lihat padanya sebarang kecacatan (kekurangan/kelainan)”
(HR Bukhari No.

02/10/2025
24/05/2025

Bukan nak banding-bandingkan, tapi memang ada beza cara didikan dulu yang membentuk jiwa lebih kental dan tahan uji.

Zaman tu tak ada gadget, tak ada media sosial. Yang ada cuma taman permainan, buku latihan, rancangan TV dan kadang-kadang rotan. Tapi dari situ, kita belajar banyak perkara

• Jatuh, selagi tidak patah riuk bangunlah sendiri.
• Buat silap, terimalah akibat ‼️
• Belajar sabar bila tak dapat apa yang dihajati.
• Disiplin bukan sekadar peraturan, tapi ada akibat jika tidak patuh

Mereka tahu nilai sesuatu perkara, sebab pernah rasa kekurangan. Dan mereka lebih kuat bukan kerana semuanya mudah, tapi kerana tak semuanya ada di depan mata

Hari ini, kita boleh ambil semangat itu dan serapkan dalam didikan anak-anak kita. Bukan tiru bulat-bulat, tapi ambil yang baik dan sesuaikan dengan zaman mereka.

Moralnya?

Didikan dulu banyak ajar erti sabar, berdikari, dan move on cepat. Tak salah manjakan anak, tapi jangan sampai lupa ajar mereka kuat ❤️

02/05/2025

“Lingkaran Takut yang Senyap”

Bila anak kecil selalu dimarahi…
Dijerit walaupun silap kecil…
Ditengking tanpa penjelasan…
Dipukul sebagai jalan singkat…

Anak akan masuk ke dalam satu kitaran senyap yang berbahaya

Lingkaran Takut atau Fear Loop

Dia mula takut buat silap.
Takut bersuara.
Takut jujur.
Takut jadi diri sendiri.

Bila dimarah, dia diam… tapi dalam diam itu, dia simpan luka.

Dan bila takut jadi rutin,
anak akan mula berubah

• Menipu untuk elak dimarahi
• Memendam semua perasaan
• Menjadi terlalu patuh… atau terlalu memberontak
• Mudah marah, mudah menangis
• Sukar kawal emosi dan fokus
• Kurang keyakinan diri

Bagaimana nak putuskan Lingkaran Takut?
• Tukar marah kepada peluk
• Tukar jeritan kepada dengar
• Tukar perintah kepada panduan
• Tukar tengkingan kepada cerita
• Tukar tekanan kepada kasih sayang

Kerana anak bukan dicipta untuk jadi sempurna.
Tapi untuk dibimbing perlahan-lahan, dengan sabar.

Bimbing mereka keluar dari lingkaran itu.
Jangan biarkan mereka membesar dalam diam yang luka.


04/03/2025
28/01/2025
17/01/2025
Sebelum adanya internet... Enjoy Sumber - fb Other Perspectives
22/12/2024

Sebelum adanya internet... Enjoy

Sumber - fb Other Perspectives

Address

Kota Bharu

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Efektif Edukids posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category