Bukuwan Bookstore

Bukuwan Bookstore Sebuah kedai buku rakyat yang dibina mandiri demi cita membudayakan buku dan memberi peluang membaca buku-buku hebat.

Kami menawarkan buku dengan harga berpatutan dan mampu milik, sesuai untuk segenap peringkat serta pangkat.

Selamat tahun baru 2023! Helo 1 Januari 2023🥰🎉Semoga tahun ini semua urusan kita dipermudahkan. A new year a new chapter...
01/01/2023

Selamat tahun baru 2023! Helo 1 Januari 2023🥰🎉

Semoga tahun ini semua urusan kita dipermudahkan. A new year a new chapter to open and explore. Let's hope this year will be a kind one❤️

Perang Dunia KeduaTiada siapa yang mahukan sebuah perang besar yang meragut jutaan nyawa seperti Perang Dunia Kedua. Per...
29/12/2022

Perang Dunia Kedua

Tiada siapa yang mahukan sebuah perang besar yang meragut jutaan nyawa seperti Perang Dunia Kedua. Perang Dunia Kedua akan membawa pembaca kepada sebuah jalan cerita mengenai pertempuran-pertempuran bersejarah dalam konflik terburuk persejarahan.

Peristiwa ini telah memberi impak yang sangat besar kepada dunia. Perang Dunia Kedua telah membuka ruang kepada persenjataan, taktik peperangan dan pengurusan kenegaraan yang menjadi kayu ukur kepada pemikir strategi, sejarawan dan pemerintah pada hari ini.

Jom dapatkan buku ini dengan kami. Boleh pesan dengan kami:

Whatsapp: http://www.wasap.my/+60102614969

Lebih banyak buku di sini:
https://shp.ee/6i8ikbp

Sertai komuniti buku di sini:
https://t.me/tokobukuwan

2099: Ilusi UtopiaDataran sudah ditenggelami laut. Apa yang tinggal hanyalah sekangkang kera kawasan industri dan hampar...
29/12/2022

2099: Ilusi Utopia

Dataran sudah ditenggelami laut. Apa yang tinggal hanyalah sekangkang kera kawasan industri dan hamparan subur tanah tinggi. Buruh di Sarang bertungkus-lumus bekerja untuk membina utopia di Titiwangsa untuk mereka huni suatu hari nanti.

Jim, seorang penjaga stesen kereta api percaya yang kehidupannya di Sarang akan berakhir dan dia akan bahagia di utopia Titiwangsa. Keyakinan itulah yang menjadi paksi hidupnya.

Namun, pertemuan berdarah Jim dengan seorang pekerja industri bernama Savi di Stesen 50 telah menjerumuskan Jim ke dalam kemelut antara ilusi dan realiti, persimpangan hidup dan mati yang bakal menjadi permulaan bagi gabungan kuasa di Nusa Bah.

Boleh pesan dengan kami:

Whatsapp: http://www.wasap.my/+60102614969

Lebih banyak buku di sini:
https://shp.ee/6i8ikbp

Sertai komuniti buku di sini:
https://t.me/tokobukuwan

DESK CALENDAR 2023 – CLASSYMulakan tahun baru dengan calendar ini! FEATURES :✔Binding wire-o✔260 gsm✔Full colour✔1000 gs...
29/12/2022

DESK CALENDAR 2023 – CLASSY

Mulakan tahun baru dengan calendar ini!

FEATURES :
✔Binding wire-o
✔260 gsm
✔Full colour
✔1000 gsm chip board
✔28 pages flip
✔22.86cm x 17.5cm
✔0.5 gram
✔ 14 sheet cards

Kalau berkenan boleh pesan dengan kami:

Whatsapp: http://www.wasap.my/+60102614969

Lebih banyak buku di sini:
https://shp.ee/6i8ikbp

Sertai komuniti buku di sini:
https://t.me/tokobukuwan

 Tiada apa-apa yang istimewa dengan kumpulan cerpen Inche Gabbana ini. Ia hanyalah sebuah buku yang mengumpulkan cerita-...
26/12/2022



Tiada apa-apa yang istimewa dengan kumpulan cerpen Inche Gabbana ini. Ia hanyalah sebuah buku yang mengumpulkan cerita-cerita pendek nukilan Inche Gabbana.

Err. Obviously kot?

Cerita-cerita pendek dengan pelbagai tema - kehidupan, agama, kekeluargaan, persahabatan dan sudah tentu, chenta – ini ditulis bukan sekadar mahu menghiburkan, tetapi lebih daripada itu, menghidupkan.

Kerana itulah ‘ ’ dipilih sebagai tajuk buku ini. Kerana chentalah yang menghidupkan kita. Dan kita hidup, kerana chenta-Nya.

Senyum.

Menarik tak buku ini? Jom dapatkan dengan kami. Boleh pesan dengan kami:

Whatsapp: http://www.wasap.my/+60102614969

Lebih banyak buku di sini:
https://shp.ee/6i8ikbp

Sertai komuniti buku di sini:
https://t.me/tokobukuwan

  Branding Bukan Sekadar Nama"Branding is a selling price" Ya, "branding" adalah bagaimana anda memberikan pengalaman ke...
26/12/2022

Branding Bukan Sekadar Nama

"Branding is a selling price" Ya, "branding" adalah bagaimana anda memberikan pengalaman kepada pelanggan yang mewakili jenama anda. Kerana pengalaman yang memberikan nilai dan manfaat kepada pelanggan anda.

Ingin mengetahui lebih apa ilmu yang ada dalam buku ini? Jom dapatkan dengan kami. Pesan melalui:

Whatsapp: http://www.wasap.my/+60102614969

Lebih banyak buku di sini:
https://shp.ee/6i8ikbp

Sertai komuniti buku di sini:
https://t.me/tokobukuwan

Fiksyen 302LAN LANI, JIMMY YEOH, PRAKASH KUMAR dan FARID JA'AH membunuh mangsa-mangsa mereka dengan kejam. Masing-masing...
25/12/2022

Fiksyen 302

LAN LANI, JIMMY YEOH, PRAKASH KUMAR dan FARID JA'AH membunuh mangsa-mangsa mereka dengan kejam. Masing-masing melakukannya dengan cara yang hampir serupa. Angka 302 dilakar di dahi mangsa.

Sejurus itu, mereka menghubungi polis dan melaporkan bahawa hukuman mati telah dilaksanakan. Ketika diberkas, mereka menyerah diri dalam keadaan bertelanjang bulat. Bagaimanapun, motif sebenar setiap pembunuhan sangat kabur. Andai dipadankan dengan psikologi manusia, ternyata mereka yang mengaku bertanggungjawab bukanlah orang yang waras. Kes-kes itu tidak dapat diselesaikan.

Tahun 2032 - seorang peguam, Rita Yuzalina menyertai projek rahsia yang dikendalikan oleh dua orang pakar psikiatri bertujuan untuk merungkaikan misteri pembunuhan itu. Namun, ia disabotaj. Pertukaran watak berlaku. Lebih menakutkan... tragedi lampau berulang lagi. Lebih dahsyat daripada apa yang dijangkakan!

RAMLEE AWANG MURSHID dalam karyanya kali ini mengingatkan bahawa rasa percaya merupakan perangkap yang boleh mengancam nyawa. Apabila tersedar sahaja, maut sudah di hadapan mata. Melarikan diri adalah perkara mustahil. Menyerah begitu sahaja menyebabkan kematian yang sia-sia. Cara paling selamat... jangan sesekali percaya! Sesiapa pun tidak terkecuali daripada pertuduhan, prasangka dan dijadikan suspek utama pembunuhan.

Menarik tak buku ini? Boleh pesan dengan kami:

Whatsapp: http://www.wasap.my/+60102614969

Lebih banyak buku di sini:
https://shp.ee/6i8ikbp

Sertai komuniti buku di sini:
https://t.me/tokobukuwan

Cinta Sang RatuPastinya anda ingin mengetahui cerita seterusnya setelah membaca Bagaikan Puteri. Apa yang berlaku kepada...
25/12/2022

Cinta Sang Ratu

Pastinya anda ingin mengetahui cerita seterusnya setelah membaca Bagaikan Puteri. Apa yang berlaku kepada Laksamana Sunan dan Haryani? Akhir kurun ke-15, Ratu Sulaman terus memerhatikan kerumunan orang ramai.

Dia tertinjau-tinjau dan mengharapkan Laksamana Sunan segera bangkit. Seketika tadi dia berjaya melepaskan sebilah anak panah tepat ke belakang lelaki itu.

Jantungnya kini bagai direntap kasar apabila melihat jasad Laksamana Sunan diusung beramai-ramai. Hatinya rawan teringatkan ucapan lelaki itu kepadanya.

Awal abad ke-21, bersendirian di bilik tidur, Haryani meraih ingatannya kepada Dani. Lelaki yang telah menyelamatkan nyawanya itu kini hilang sewaktu tsunami melanda Aceh.

Harapan untuk Dani hidup amat tipis. Tidak mungkin Dani selamat dari badai ombak itu. hanya kata-kata Dani sahaja yang menjadi pengubat resahnya.

Inilah kisah pertembungan dua zaman yang pastinya membuatkan anda sayang sekali untuk meninggalkan walaupun satu perkataan kerana ceritanya semakin PANAS!!!

Dapatkan buku ini dengan kami jika berminat. Boleh pesan dengan kami:

Whatsapp: http://www.wasap.my/+60102614969

Lebih banyak buku di sini:
https://shp.ee/6i8ikbp

Sertai komuniti buku di sini:
https://t.me/tokobukuwan

Address

Kota Kinabalu

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bukuwan Bookstore posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category