25/12/2023
MAHALNYA KETENANGAN
Orang yang diberikan harta, kemewahan melimpah ruah, pasangan yang sweet romantik, anak-anak yang bijak dan comel, pangkat dan kerjaya yang tinggi;
semuanya tidak bermakna jika tidak bertakhta ketenangan dalam jiwanya.
Ketenangan berkait rapat dengan rahmat dan barakah.
Tetap tenang, walaupun ribut taufan melanda jiwa.
Tetap tenang, walau hampir karam dengan ujian.
Tetap teguh jiwanya, walau hampir rebah diasak lelah.
Orang yang tenang, adalah orang yang dicurahkan rahmat dan berkat dalam setiap langkah hidupnya.
Orang yang tenang, adalah orang yang hatinya tidak terpisah dari Allah.
Orang yang tenang, adalah orang yang jiwanya meyakini janji Allah.
Orang yang tenang, adalah orang yang sentiasa merapati Allah tanpa jarak.
Mahal sekali, tidak mampu dibeli dengan wang ringgit; tidak juga dengan perhiasan emas yang berkilauan.
Orang yang tenang adalah orang yang paling bahagia meskipun dia tak punya apa-apa, sederhana sahaja hidupnya.
Namun jika tiada apa-apa, miskin p**a, tidak juga memiliki ketenangan maka itu adalah 'miskin yang berganda'.
Mintalah dengan Allah, di setiap sujudmu, agar Allah hadiahkan pada yang mahu meminta pada-Nya.
Sumber: RENUNGAN SENJA
Assalamualaikum❤️💙💚