27/07/2022
Tahniah Coway Malaysia atas kejayaan memperolehi Sijil Kepatuhan Produk bagi set katil dan tilam PRIME SERIES keluarannya. Coway juga merupakan syarikat pertama di Malaysia yang dianugerahkan Sijil Kepatuhan Produk FRIM PCS bagi set katil dan tilam untuk pasaran terbuka.
Kejayaan Coway (Malaysia) Sdn. Bhd ini membuktikan syarikat sentiasa memberikan komitmen terbaik bagi memastikan hanya produk yang berkualiti dibekalkan kepada pelanggan.
Set katil dan tilam PRIME SERIES ini telah melepasi penilaian audit kawalan kualiti dan LULUS ujian penuh produk berdasarkan kepada standard BS EN 1725:1998 Domestic furniture- Beds and mattresses -Safety requirements and test merhods.
Produk PRIME SERIES (King, Queen dan Super Single) telah LULUS:
✅ ujian keperluan keselamatan
✅ ujian kestabilan
✅ ujian ketahanan
✅ ujian impak
✅ ujian bebanan
Tahniah sekali lagi…💪💪🛏🛌