Penjaja Bergerak Kuala Lumpur

Penjaja Bergerak Kuala Lumpur Pasar Malam

Hari ini di Taman Connaught Cheras. 6.00petang hingga 7.30petang Boleh datang buat pembaharuan lesen DBKL dan ambil lese...
03/06/2026

Hari ini di Taman Connaught Cheras.
6.00petang hingga 7.30petang
Boleh datang buat pembaharuan lesen DBKL dan ambil lesen yang sudah siap untuk koleksi.
Sila bawa salinan lesen yang sudah cop dan di tandatangani oleh persatuan semasa kolek lesen.

Today a few friends, my wife and I paid our last respect to a friend. Farewell, my friend. You are going to a better pla...
01/06/2026

Today a few friends, my wife and I paid our last respect to a friend.
Farewell, my friend. You are going to a better place. May your soul rest in peace and may your memories live on in our hearts forever. 🕊️🙏

Dengan penuh rasa dukacita, saya selaku Setiausaha Persatuan Penjaja-Penjaja Bergerak Kuala Lumpur (PPPBKL) menerima ber...
31/05/2026

Dengan penuh rasa dukacita, saya selaku Setiausaha Persatuan Penjaja-Penjaja Bergerak Kuala Lumpur (PPPBKL) menerima berita pemergian mendiang Mr. Yong Yan Kuen.
Saya ingin merakamkan ucapan takziah dan simpati yang mendalam kepada seluruh ahli keluarga mendiang. Semoga keluarga beliau diberikan kekuatan, ketabahan dan ketenangan dalam menghadapi saat yang sukar ini.
Mendiang merupakan seorang peniaga yang dihormati dan telah menjadi sebahagian daripada komuniti peniaga pasar malam kita. Kehilangan beliau amat dirasai dan kenangan beliau akan sentiasa dikenang.
Salam takziah kepada seluruh keluarga mendiang.
Semoga roh mendiang beristirahat dengan aman.

Roy Charles
Setiausaha
Persatuan Penjaja-Penjaja Bergerak Kuala Lumpur (PPPBKL)

Hari ini di Taman Connaught Cheras. 6.00petang hingga 7.30petang. Boleh datang buat pembaharuan lesen DBKL dan ambil les...
27/05/2026

Hari ini di Taman Connaught Cheras. 6.00petang hingga 7.30petang.
Boleh datang buat pembaharuan lesen DBKL dan ambil lesen yang sudah siap untuk koleksi.
Sila bawa salinan lesen yang sudah cop dan di tandatangani oleh persatuan semasa kolek lesen.

26/05/2026

KL 小贩注意!7月1日前需缴还「所有 DBKL 罚款」才能更新营业执照!现有优惠折扣!

24/05/2026

DBKL PERKUKUH PENGUATKUASAAN MELALUI INTEGRASI SISTEM E-LESEN DAN SPJ SERTA MELAKSANAKAN INISIATIF PEMUTIHAN REKOD KOMPAUN DAN SAMAN TRAFIK

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan langkah pembaharuan dengan mengintegrasikan Sistem e-Lesen dengan Sistem SPJ (kompaun DBKL) bagi memperkukuh tindakan penguatkuasaan serta memastikan sistem penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap, tersusun dan berkesan.

Pelaksanaan integrasi sistem ini selaras dengan keperluan warga kota yang mahukan penguatkuasaan lebih konsisten, telus dan efektif khususnya melibatkan pematuhan lesen serta penyelesaian kompaun dan saman trafik yang tertunggak. Melalui integrasi ini, setiap permohonan baharu atau pembaharuan lesen perniagaan akan tertakluk kepada penyelesaian tunggakan kompaun dan saman trafik DBKL.

Bagi memastikan pelaksanaan sistem integrasi baharu ini dapat dijalankan secara lebih teratur dan berkesan, DBKL akan melaksanakan Inisiatif Pemutihan Rekod Kompaun secara khas dan one-off dalam Tempoh Ihsan (Grace Period) bermula 25 Mei 2026 hingga 30 Jun 2026.

Pendekatan khas ini diperkenalkan bagi memberi ruang kepada warga kota menyelesaikan rekod kompaun lama yang tertunggak sejak bertahun-tahun sebelum penguatkuasaan penuh dilaksanakan mulai 1 Julai 2026. Inisiatif ini juga bertujuan membantu proses penyelarasan rekod kompaun lama agar pelaksanaan sistem penguatkuasaan yang lebih bersepadu dapat dilaksanakan secara menyeluruh dan efektif.

Kadar khas penyelesaian saman trafik dalam tempoh tersebut adalah seperti berikut:
• Kompaun dan Saman melebihi 15 tahun: RM5 bagi setiap saman
• Kompaun dan Saman antara 10 hingga 15 tahun: RM10 bagi setiap saman
• Kompaun dan Saman 5 tahun hingga 25 Mei 2026: RM20 bagi setiap saman

Bermula 1 Julai 2026, semua permohonan baharu atau pembaharuan lesen tidak akan dibenarkan sekiranya masih terdapat sebarang tunggakan kompaun dan saman trafik DBKL.
Pada masa yang sama, DBKL turut meneruskan pelaksanaan inisiatif pembaharuan lesen maksimum 3 tahun bagi memudahkan urusan komuniti perniagaan. Bagi pembaharuan lesen untuk tempoh dua tahun, pelesen akan menikmati diskaun fi lesen sebanyak 5%, manakala pembaharuan tiga tahun akan menikmati diskaun sebanyak 10%, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan termasuk tiada tunggakan kompaun dan saman trafik.

Langkah ini diambil bagi menggalakkan pematuhan, mengurangkan beban urusan pembaharuan tahunan serta memastikan sistem pelesenan dan penguatkuasaan yang lebih efisien dapat dilaksanakan sebagai piawaian baharu di Kuala Lumpur.

DBKL kekal komited dalam memperkukuh tadbir urus, meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan serta mewujudkan ekosistem bandar raya yang lebih mesra perniagaan, progresif dan kondusif kepada pertumbuhan ekonomi.

Bayaran kompaun dan saman trafik boleh dijelaskan secara dalam talian melalui Aplikasi Pay@KL atau Portal PBTPay di:
https://pbtpay.kpkt.gov.my

Sebagai alternatif, bayaran juga boleh dibuat di kaunter DBKL atau melalui perkhidmatan Pos Malaysia.

YB Hannah Yeoh

Bayar saman baru boleh buat pembaharuan dan permohonan baru lesen DBKL

Address

Cheras
Kuala Lumpur
56100

Opening Hours

18:00 - 00:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penjaja Bergerak Kuala Lumpur posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share