Jeans Empire_MY v3

Jeans Empire_MY v3 Kami menjual seluar Jeans kualiti butik tetapi harga mampu milik b40 mat

Sejarah Penghasilan Seluar Jeans Levi's®Pernah tidak terlintas kenapa seluar jeans selalu ada saku kecil di bahagian seb...
19/03/2023

Sejarah Penghasilan Seluar Jeans Levi's®
Pernah tidak terlintas kenapa seluar jeans selalu ada saku kecil di bahagian sebelah kanannya? Sebenarnya saku kecil ini tak ada fungsinya selain hanya tempelan untuk menambah gaya pemakainya, atau mungkin ciri khas seluar jeans. Namun, dari saku kecil inilah sebenarnya boleh dibaca sejarah seluar yang dipopularkan oleh Levi Strauss pada tahun 1880.
Lapan tahun selepas jeans masuk ke Amerika Syarikat (AS) tahun 1872.Sebagai jenis tekstil, jeans pertama kali dibuat di Genoa, Itali tahun 1560 -an. Kain seluar ini biasa dipakai oleh angkatan laut. Orang Perancis menyebut seluar ini dengan sebutan bleu de Genes, yang bererti biru Genoa.
Meski tekstil ini pertama kali dihasilkan dan digunakan di Eropah, tetapi sebagai fasyen, jeans dipopularkan di AS oleh Levi Strauss, seorang pemuda berusia dua puluh tahunan yang mengadu peruntungannya ke San Francisco sebagai peniaga pakaian. Ketika itu, AS sedang dilanda demam emas. Akan tetapi, sampai di California semua barangnya habis terjual, kecuali sebuah khemah yang diperbuat dari kain kanvas. Kain kanvas ini dipotongnya dan dibuatnya menjadi beberapa seluar yang dijual pada para pekerja lombong emas.
Ternyata para pekerja menyukainya kerana seluar buatan Strauss tahan lama dan tak mudah koyak. Merasa mendapat peluang, Strauss menyempurnakan penemuannya dengan menempah bahan dari Genoa yang disebut Genes, yang oleh Strauss diubah menjadi Blue Jeans.
Di sinilah para pelombong tambah menyukai seluar buatan Strauss dan menobatkan seluar itu sebagai seluar rasmi para pelombong . Para penambang emas itu menyebut seluar Strauss dengan "those pants of Levi` s atau Celana Si Levi" . Sebutan inilah yang memulakan tanda dagang pertama seluar jeans pertama di dunia.
Naluri perniagaan Strauss yang tajam membuatnya mengajak usahawan berjaya Jakob Davis untuk bekerjasama, dan pada tahun 1880 kerja sama itu melahirkan kilang seluar jeans pertama. Jeans tertua di dunia masih ada sampai sekarang, jeans Levis ® ini dibuat pada 1879 dan disimpan di dalam suatu tempat yang tahan api di dalam Arsip Levi Strauss & Co di San Francisco.
Hari ini, jeans itu harganya lebih dari $150,000 dan produk reka bentuk mereka yang pertama adalah Levi` s 501 . Produk reka bentuk pertama memang dikhususkan bagi para pelombong emas. Seluar ini mempunyai 5 saku, 2 di belakang dan 2 di depan, dan 1 saku kecil dalam saku depan sebelah kanan.Kerana diperuntukkan bagi para pelombong, saku ini tentu bukan untuk bergaya.
Tetapi saku kecil ini direka untuk menyimpan butiran-butiran emas yang bersaiz kecil. Meski kini jeans dihasilkan dalam pelbagai tanda dan bukan hanya untuk para pelombong, tetapi saku kecil itu tetap ada. Tentu saja fungsinya bukan sebagai tempat menyimpan butiran emas.

Credit to : Levi's

TAHUKAH ANDA????SEJARAH SELUAR JEANS LEVISSejarah asal usul seluar Jeans Levis. Kerubut Emas (The Gold Rush) dalam tahun...
31/01/2023

TAHUKAH ANDA????

SEJARAH SELUAR JEANS LEVIS

Sejarah asal usul seluar Jeans Levis. Kerubut Emas (The Gold Rush) dalam tahun 1848 telah menarik ramai pengembara pengembara ke California. Salah seorang daripada mereka ialah pemuda yang berumur 20 tahun bernama Levi Strauss (1829-1902). Strauss pernah menjadi peniaga kain di New York, dan dia membawa beberapa gulung kain untuk dijual di dalam perjalanannya ke barat. Dengan cara ini dia memperolehi pendapatan, dan semasa dia sampai di California, Levi Strauss telah menjual kesemuanya kecuali segulung kanvas.

Tiada siapa yang mahu pakaian yang diperbuat daripada kanvas! Ternyata kerja melombong emas menjadikan seluar seluar panjang pelombong pelombong lusuh dengan cepat. Oleh itu Strauss membuat beberapa pasang seluar panjang kanvas untuk dijual kepada mereka. Semakin lama semakin ramai pelombong pelombong telah datang kepada Strauss untuk mendapatkan sepasang seluar panjang kanvas.

Strauss tidak begitu berpuas hati dengan kanvas, dia pun mula menggunakan satu fabric baru dari Genoa, Italy. Penenun penenun di sana memanggil fabric tersebut “genes”. Strauss telah menukarkan namanya kepada “Jeans”

dan kemudian menamakan seluar panjangnya “Levi’s”. Seluar ini popular di kalangan koboi dan juga pelombong pelombong. Kini ia dipanggil Levi’s atau jean biru dan popular di seluruh dunia. Setiap tahun seluar Jeans Levi’s akan keluar dengan jenis baru yang lebih baik untuk si pemakainya.

Address

11, Jalan Raja Laut, City Centre
Kuala Lumpur
50350

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jeans Empire_MY v3 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share