Zharys_shop

Zharys_shop Hi Selamat Datang ke zharys_shop..Kami menyediakan pelbagai jenis buku mengikut semua peringkat usia

Surat Dari Semesta by Sofea RosesHarga : RM 27.00Tahun Terbitan : 2022Penerbit : Zharf Press Muka Surat: 187SinopsisTeri...
26/11/2023

Surat Dari Semesta by Sofea Roses

Harga : RM 27.00
Tahun Terbitan : 2022
Penerbit : Zharf Press
Muka Surat: 187

Sinopsis

Terimalah surat dari semesta
sebagai suatu cara untuk kamu
terus berdiri dan berjalan,
untuk kamu bangkit dan terus kedepan.

Kerana setiap dari kita,
berhak untuk bahagia
cuma masih belum waktunya
tapi akan tetap ada waktunya.

Tekan link dibawah untuk pembelian :)
- https://www.lazada.com.my/shop/zharys-shop/
- www.wasap.my/60142646860

28/03/2023

Convert many image formats to JPG in seconds for free! Bulk convert PNG, GIF, TIFF or RAW formats to JPGs with ease.

Ramai yg nak improve English tapi tak tahu cara bagaimana.Dah belajar bertahun pun sejak sekolah rendah lagi, masih belu...
04/02/2023

Ramai yg nak improve English tapi tak tahu cara bagaimana.

Dah belajar bertahun pun sejak sekolah rendah lagi, masih belum menguasai bahasa Inggeris dengan baik.

Contoh, kita nak bagitahu dia dah hantar email.

✅She sent the email (PAST TENSE)
✅She sends the email (PRESENT TENSE)
✅She is sending the email (PRESENT CONTINUOUS)
✅She has sent the email (PRESENT PERFECT)
✅She had sent the email (PAST PERFECT)
✅She will send the email (FUTURE TENSE)

Jika salah tulis tenses, verb (kata kerja), tersebut akan bagi maksud yang berbeza.

Memahami masalah ini, Englishpedia Malaysia keluarkan khas buku yang FOKUS KEPADA TEKNIK BELAJAR GRAMMAR (TENSES) DENGAN CEPAT & BERKESAN.

Mengenai buku ini:
1. Pendedahan cara utk betulkan sebutan, tingkatkan grammar & tambahkan vocabulary
2. Sesuai bagi mereka yang lemah dalam Bahasa Inggeris
3. Teknik belajar yg dikongsi dari guru-guru Bhs Inggeris yang hebat
4. Kegunaan Sekolah Rendah, Menengah, Spm, MUET, IELTS, IPT, dewasa
5. Khas kepada semua peringkat umur terutamanta mereka yang bekerja
6. Teknik belajar yang simple, interaktif dan tak membosankan
7. latihan yang simple dan senang difahami
8. Dilengkapi dengan jawapan
9. Approved by Perpustakaan Negara Malaysia

Apa tunggu lagi! Jom dapatkan buku ini sekarang sementara stok masih ada! Tekan link ini (https://shopee.com.my/zharys_shop) atau whatsapp kami di (www.wasap.my/60142646860)

Buku Agar Rezeki Datang Tidak Terduga yang diterbitkan oleh PTS Publishing House ini menitipkan keyakinan saat kita beri...
03/02/2023

Buku Agar Rezeki Datang Tidak Terduga yang diterbitkan oleh PTS Publishing House ini menitipkan keyakinan saat kita beriktiar untuk menjemput rezeki, maka rezeki akan datang dari arah yang tidak terduga.

Betul, ada ketikanya kita berasa sangat gelisah kerana terlalu memikirkan soal rezeki. Hal ini seolah-olah kita tidak yakin dengan rezeki yang sudah ditentukan oleh Allah.

Sebenarnya, kita perlu meyakini setiap manusia yang diciptakan Allah, pasti sudah disiapkan rezeki untuknya dan ini akan membuatkan hati kita lebih tenang.

Sebenarnya kita patut bersyukur apabila rezeki kita masih menjadi tek-teki dan kita perlu berusaha untuk mendapatkannya. Maknanya, kita akan semakin dekat, dan hanya berharap kepada Allah Yang Maha Esa.

Bukankah itu semua lebih daripada cukup untuk menjamin ketenangan hati kita.
Jadi,tenanglah, kerana Allah bersama kita.

Sekiranya keyakinan ini terpahat kukuh dalam hati kita maka sebenarnya tidak ada lagi tempat di hati kita untuk bersandar selain daripada Allah.

Lalu melangkahlah sepenuh hati untuk menjemput rezeki Allah yang berkat, tanpa melupakan kewajipan kepada Allah. Nak tahu lebih lanjut mengenai rezeki, jom dapatkan buku ini sekarang! Tekan link ini (https://shopee.com.my/zharys_shop) atau whatsapp kami di (www.wasap.my/60142646860)

Will what you’ve done in the past be a barrier between you and Allah? Will Allah still look my way even after I’ve forgo...
02/02/2023

Will what you’ve done in the past be a barrier between you and Allah?

Will Allah still look my way even after I’ve forgotten Him?

This book is a collection of the author’s personal reflections on her spiritual journey of getting close to God. The stories and reflections in it are all derived from moments with people whom the author believe are close to Him; or in the rare moments where the author herself felt a perceived nearness to Him and His Messenger SAW.

The stories and reflections are accompanied by pictures that the author took throughout her spiritual journey from across the world, each meant to highlight the point of the story of the chapter.

At the end of reading this book, readers will find that their faith will be reaffirmed and their hearts in awe by Allah’s mercy and blessings; that God has always been near to them, even in ordinary moments of our everyday lives.

Any enquiries can whatsapp (www.wasap.my/60142646860) or if you're interested in getting this book, click this link (https://shopee.com.my/zharys_shop).

Tidak ada hubungan cinta antara lelaki dengan perempuan yang diredhai oleh Allah s.w.t. selain pernikahan. Jika sudah sa...
01/02/2023

Tidak ada hubungan cinta antara lelaki dengan perempuan yang diredhai oleh Allah s.w.t. selain pernikahan. Jika sudah saling cinta, sudah bersedia zahir dan batin, apa lagi yang ditunggu? Namun, hala tuju membina mahligai syurga di dunia ini tidak semudah harapan dan kata-kata. Kelumitan resah, kesangsian janji dan pertembungan citarasa mengalihkannya ke arah perpisahan.

Namun, bagaimana p**a khuatir tentang jodoh apabila tiada kekasih? Sekali lagi, Allah s.w.t. sudah menjamin jodoh setiap orang, pada saatnya sudah tiba, segalanya pasti indah dalam kesyukuran.

‘Ya Allah Jika Dia Jodohku, Permudahkanlah’ ditulis khas bagi membimbing gadis dan berkongsi rasa hakikat sebenar indahnya pertemuan dan jodoh yang dirahsiakan di sisi-Nya. Nak tahu lebih banyak lagi mengenai jodoh & pertemuan? Jom dapatkan buku ini sekarang sementara stok masih ada. Tekan link ini (https://shopee.com.my/zharys_shop) atau whatsapp kami di (www.wasap.my/60142646860)

Perempuan- perempuan Berbudi Dalam Al-QuranPerempuan yang berbudi bukanlah bererti mereka yang sentiasa berkorban dan me...
28/11/2022

Perempuan- perempuan Berbudi Dalam Al-Quran

Perempuan yang berbudi bukanlah bererti mereka yang sentiasa berkorban dan memberi. Perempuan-perempuan ini berimpian tinggi dalam membesarkan anak, di samping sibuk menguruskan keluarga sepertimana ibu Maryam. Perempuan-perempuan ini bekerja bersungguh-sungguh untuk memberi manfaat kepada orang lain, namun tetap menjaga kehormatan dan kemuliaan diri sepertimana dua perempuan Madyan.

Perempuan-perempuan ini berani membuat keputusan dengan fikiran yang jelas dan kritikal, dalam memimpin dan mempengaruhi masyarakat di luar sana sepertimana Pemaisuri Saba’. Melalui buku ini, Ustaz Syaari Ab Rahman dan Puan Nurul Suhadah Shuib membawakan kisah-kisah perempuan dalam al-Quran yang berbudi
dalam pelbagai aspek dan relung kehidupan. Diharapkan melalui kisah-kisah ini, perempuan masa kini lebih yakin dan percaya bahawa setiap apa yang diusahakan mereka itu sesuatu yang bermakna di sisi Allah SWT.

Berminat nak dapatkan buku ini? Tekan link ini (https://shopee.com.my/zharys_shop) atau whatsapp kami di (www.wasap.my/60142646860)

Surah & Doa Pilihan Untuk Ibu MengandungBuku ini mengandungi surah dan doa-doa pilihan untuk para ibu mengandung dan bak...
27/11/2022

Surah & Doa Pilihan Untuk Ibu Mengandung

Buku ini mengandungi surah dan doa-doa pilihan untuk para ibu mengandung dan bakal ibu. Ia ini sesuai untuk dijadikan panduan amalan ketika hamil kerana ia lengkap dan mudah untuk dirujuk.

Antara surah-surah yang terdapat dalam buku ini adalah surah Luqman, surah yusuf, surah Maryam, surah Yasin, surah Al-Hujurat, surah Yaasin dan surah At-Taubah. Di samping itu, buku ini juga mengandungi banyak doa-doa amalan khusus untuk ibu mengandung.

Kandungan

-Prakata
-Doa Sebelum Membaca Al-Quran
-Surah Al-Fatihah
-Surah Yusuff
-Surah Maryam
-Surah Taha
-Surah Yaasin
-Surah Luqman
-Doa-Doa Khusus Untuk Ibu Mengandung

Berminat nak dapatkan buku ini? Tekan link ini (https://shopee.com.my/zharys_shop) atau whatsapp kami di (www.wasap.my/60142646860)

K-POP GIRL - Monbebe Yang TaasubNura memiliki obsesi luar biasa terhadap kump**an penyanyi Korea, MONSTA-X! Menggelarkan...
30/10/2022

K-POP GIRL - Monbebe Yang Taasub

Nura memiliki obsesi luar biasa terhadap kump**an penyanyi Korea, MONSTA-X! Menggelarkan dirinya sebagai Monbebe sejati, Nura akan memastikan nama Monsta-X tidak dicemari oleh komen-komen negatif netizen. Malah, dia mampu berimaginasi wujudnya seorang ahli Monsta-X, Jooheon, sebagai teman sejatinya.

Lama-kelamaan, fokusnya dalam pelajaran mulai terganggu dan dia dijadikan bahan ejekan di sekolah. Hal terbabit turut mendorong Nura bertindak agresif semata-mata mahu mempertahankan Monsta-X daripada diperlekehkan oleh rakan sekelas.

Berbekalkan suntikan semangat yang diberikan Jooheon, Nura bangkit dan membuktikan bahawa obsesinya itu dapat memberikan kebaikan kepada dirinya sendiri. Dengan panggilan Nura Ha-Neul, dia mencipta satu kejayaan untuk dirinya serta sekalian Monbebe!

Jom dapatkan buku ini sekarang untuk mengetahui kisah selanjutnya. Tekan link ini (https://shopee.com.my/zharys_shop) atau whatsapp kami di (www.wasap.my/60142646860)

Boba GirlKedai teh boba itu memang wujud! Aku sudah minum dan rasai sendiri kesedapannya, percayalah….Kawan-kawanku semu...
29/10/2022

Boba Girl

Kedai teh boba itu memang wujud! Aku sudah minum dan rasai sendiri kesedapannya, percayalah….

Kawan-kawanku semua tidak percaya. Mereka kata itu semua hanya halusinasi dan jiwaku sedang kacau. Gerai itu tidak pernah wujud, apatah lagi teh boba yang aku katakan sangat sedap itu. Kata mereka lagi, ini semua hanya cerita rekaan semata kerana aku mahukan cerita panas untuk melonjakkan bilangan pengikutku di Instagram.

Ya Allah, aku tidak cukup kreatif untuk mengada-adakan cerita fiksyen begitu…. Aku mungkin sedikit nakal, tetapi aku bukan seorang PENIPU!

Eh, awak! Awak yang sedang membaca! Awak percayakan saya, bukan? Saya tidak gila. Itu semua betul! Tolonglah percaya….

Nak tahu kisah lebih lanjut? Jom dapatkan buku ini sekarang sementara stok masih ada. Tekan link ini (https://shopee.com.my/zharys_shop) atau whatsapp kami di (www.wasap.my/60142646860)

K-Pop Girl: ARMY yang BertuahYana Arissa, seorang gadis berumur 17 tahun, membuat keputusan untuk ke konsert BTS Love Yo...
29/10/2022

K-Pop Girl: ARMY yang Bertuah

Yana Arissa, seorang gadis berumur 17 tahun, membuat keputusan untuk ke konsert BTS Love Yourself setelah menjadi seorang ARMY kerana dipengaruhi rakan karibnya. Berhadapan konflik dengan ayah tiri dan ibunya di rumah, dia tetap berkeras untuk pergi ke Seoul, sendirian, walaupun selepas ditipu seorang ejen tiket palsu. Takdir menemukannya dengan seorang nenek di sebuah kedai magis, di mana Yana dapat melihat beribu galaksi. Sebuah buku nota bertukar tangan. Buku nota yang mampu mengubah realitinya.

Dalam realiti baharu, dia adalah seorang stylist kepada Jungkook, BTS. Pada masa yang sama, kehidupannya yang baharu itu mencipta retak yang semakin banyak pada realiti serta membuka pintu kepada dunia baharu. Masa hadapan Yana dan juga BTS kini terancam.

Berjayakah dia menemui jalan keluar dan mencari jawapan yang tersimpan dalam galaksinya?

Nak tahu kisah lebih lanjut? Jom dapatkan buku ini sekarang sementara stok masih ada. Tekan link ini (https://shopee.com.my/zharys_shop) atau whatsapp kami di (www.wasap.my/60142646860)

Address

Kuala Lumpur
Kuala Lumpur
53100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Zharys_shop posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category