Galeri Buku BCO

Galeri Buku BCO Pengedar dan Pembekal Buku BLINK / PTS / IMAN PUBLICATION / DBP / BIBLIO PRESS / PATRIOT /JEJAK TARBIAH

Bahan Bacaan

1. Kanak-kanak 5-17 Tahun
2. Dewasa
3.

Motivasi
4. Agama
dan lain2
5. Buku Teks Sekolah
6. Buku Latihan

Menerima pembelian secara LO

Tajuk: Ibu Kita Kuat (Buku Healing Buat Ibu)ISBN: 978-967-19909-1-9Penerbit: qurladPenulis: Ummi BELLA, Mama MimiTahun T...
25/01/2024

Tajuk: Ibu Kita Kuat (Buku Healing Buat Ibu)
ISBN: 978-967-19909-1-9
Penerbit: qurlad
Penulis: Ummi BELLA, Mama Mimi
Tahun Terbitan: 2023
Muka Surat: 176
Berat (kg):0.226
Dimensi (cm): 21 x 14 x 1

SINOPSIS

Buku healing terbaru buat mereka yang bergelar ibu. . Jadi ibu ni memang penat. . Penat nak urus anak dan keluarga. Dihantui rasa bersalah, penat, tak dihargai dan macam-macam lagi dirasai seorang ibu. . Tapi, ibu perlu terus kuat. Sebab anak dan keluarga adalah anugerah Ilahi yang hanya diberikan istimewa buat seorang yang bergelar ibu. . Buku "Ibu, Kita Kuat" ini adalah sebuah buku yang menceritakan luahan dan realiti seorang ibu dalam bentuk quotes. Serta kata-kata inspirasi buat ibu untuk terus kuat dalam perjuangan membesarkan anak anak tercinta.

Ada guru yang mencari buku-buku diletakkan di perpustakaan? Saya pembekal buku yang terima LO. Cikgu nak tengok KATALOG ...
03/08/2022

Ada guru yang mencari buku-buku diletakkan di perpustakaan? Saya pembekal buku yang terima LO. Cikgu nak tengok KATALOG buku?

𝗦𝗧𝗔π—₯π—§π—˜π—₯ π—žπ—œπ—§ π—¨π—‘π—§π—¨π—ž π— π—˜π—‘π——π—˜π—žπ—”π—§π—žπ—”π—‘ π——π—œπ—₯π—œ π——π—˜π—‘π—šπ—”π—‘ π—”π—Ÿ-𝗀𝗨π—₯π—”π—‘πŸŒ™Al-Quran ialah cahaya, petunjuk dan nikmat terbesar yang dikurniakan ...
03/08/2022

𝗦𝗧𝗔π—₯π—§π—˜π—₯ π—žπ—œπ—§ π—¨π—‘π—§π—¨π—ž π— π—˜π—‘π——π—˜π—žπ—”π—§π—žπ—”π—‘ π——π—œπ—₯π—œ π——π—˜π—‘π—šπ—”π—‘ π—”π—Ÿ-𝗀𝗨π—₯π—”π—‘πŸŒ™

Al-Quran ialah cahaya, petunjuk dan nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada sekalian alam.

Ada yang sudah khatam Al-Quran tetapi masih tidak tahu apa maksud tersirat di setiap surah yang dibaca.

π™π™–π™žπ™£π™£π™ž π™Œπ™–π™§π™žπ™— – Sesungguhnya Aku Amat Dekat ialah wadah bagi membantu pembaca dalam menggapai impian ini. Dengan susunan menurut juzuk yang mudah diikuti, Fakhri Fadzli menuntun pembaca untuk menyingkap sedikit sebanyak hikmah di sebalik Kitab yang Agung ini.

Pada mulanya Fa Inni Qarib diterbitkan dengan versi Softcover berwarna putih. Paling terbaru dan eksklusif, Jejak Tarbiah terbitkan Fa Inni Qarib versi Hardcover berwarna hitam.✨

Jom mendalami sinopsis 30 Juzuk Al-Quran dengan klik:
http://www.wasap.my/601158873361/Fainniqarib

π‰πŽπŒ 𝐔𝐁𝐀𝐇 𝐏𝐀𝐓𝐀𝐇 π‡π€π“πˆ π‰π€πƒπˆ ππ‘π„π’π“π€π’πˆUrusan hati adalah antara urusan yang paling susah untuk difahami. Kerana pada seketul ...
24/07/2022

π‰πŽπŒ 𝐔𝐁𝐀𝐇 𝐏𝐀𝐓𝐀𝐇 π‡π€π“πˆ π‰π€πƒπˆ ππ‘π„π’π“π€π’πˆ

Urusan hati adalah antara urusan yang paling susah untuk difahami. Kerana pada seketul hati ada sebuah kitaran kejam yang manusia sering terikat tanpa sudah. Hati yang kecewa cenderung membawa kepada prestasi yang negatif. Manakala prestasi yang negatif akan menambah kedukaan hati. Namun sebaliknya, jika kita berjaya mengubah sebuah kekecewaan menjadi hati positif, pasti ia berpotensi menghasilkan prestasi yang positif p**a. Dan prestasi yang positif akan membantu membina jiwa yang lebih berkualiti dan tabah.

Walau apapun kekecewaan yang kita hadapi, masa depan masih boleh dirancang. Malah, pada hari ini pun masih banyak perkara positif yang boleh kita nikmati dan perjuangkan sehabis baik.

Ayuh β€˜move on’! Kita bebaskan diri daripada kitaran kejam ini. Masih ramai yang perlukan kita.

Untuk tahu dengan lebih lanjut, jom dapatkan sekarang di http://www.wasap.my/601158873361/UbahPatahHatiJadiPrestasi

𝗝𝗒𝗠 π—žπ—œπ—§π—” π— π—˜π—‘π——π—”π—Ÿπ—”π— π—œ π—žπ—˜π—•π—˜π—₯π—žπ—”π—§π—”π—‘ π—¦π—˜π——π—˜π—žπ—”π—›πŸ€²πŸΌPasti anda tertanya-tanya mengapa perbuatan bersedekah ataupun memberi sesuatu da...
20/07/2022

𝗝𝗒𝗠 π—žπ—œπ—§π—” π— π—˜π—‘π——π—”π—Ÿπ—”π— π—œ π—žπ—˜π—•π—˜π—₯π—žπ—”π—§π—”π—‘ π—¦π—˜π——π—˜π—žπ—”π—›πŸ€²πŸΌ

Pasti anda tertanya-tanya mengapa perbuatan bersedekah ataupun memberi sesuatu daripada hak milik kita kepada seseorang dapat dijadikan terapi dalam menyembuhkan sesebuah kecewa dan sokongan menempuhi kehidupan? Bukankah kekuatan dan keyakinan dalaman itu perlu dilatih melalui terapi minda bersama pakar psikologi?

Ajaibnya sedekah, manfaatnya dapat dirasai pada kedua-dua pihak, sama ada pemberi mahupun penerima. Kesannya melangkaui kepuasan material, emosional, mental dan intelektual dalam perspektif positif dan sihat.

Bersedekah dibuktikan secara kajian dan praktikal bahawa ia dapat mengeluarkan seseorang daripada ranjau kehidupan. la dianggap sebagai proses terapi yang menyembuhkan.

5 perkara menarik dalam buku ini:

- Keberkatan sedekah dan analoginya
- Persoalan sedekah yang perlu dipertikaikan semula
- Sedekah yang kreatif
- Kisah pedoman sedekah yang menarik
- Disediakan modul aktiviti pada hujung setiap bab

Berminat untuk tahu lebih lanjut? Jom dapatkan sekarang!
http://www.wasap.my/601158873361/TerapiSedekah

π—•π—˜π—‘π—”π—₯π—žπ—”π—› π—€π—œπ—”π— π—¨π—Ÿπ—Ÿπ—”π—œπ—Ÿ 𝗗𝗔𝗣𝗔𝗧 π— π—˜π—‘π—¬π—˜π— π—•π—¨π—›π—žπ—”π—‘ π—¦π—˜π—¦π—˜π—•π—¨π—”π—› π—Ÿπ—¨π—žπ—”?πŸŒ™Pasti anda tertanya-tanya mengapa ibadah bangun malam dijadikan te...
20/07/2022

π—•π—˜π—‘π—”π—₯π—žπ—”π—› π—€π—œπ—”π— π—¨π—Ÿπ—Ÿπ—”π—œπ—Ÿ 𝗗𝗔𝗣𝗔𝗧 π— π—˜π—‘π—¬π—˜π— π—•π—¨π—›π—žπ—”π—‘ π—¦π—˜π—¦π—˜π—•π—¨π—”π—› π—Ÿπ—¨π—žπ—”?πŸŒ™

Pasti anda tertanya-tanya mengapa ibadah bangun malam dijadikan terapi dalam menyembuhkan sesebuah luka dan dorongan menempuhi ujian? Bukankah kekuatan dan keyakinan sejati dilatih melalui terapi minda bersama pakar psikologi?

Agungnya waktu malam adalah dijadikan sebagai waktu berehat, penyembuhan dan beribadah bagi umat Islam. Ketiga-tiga ruang ini dapat dinikmati bersama tanpa perlu memilih salah satu daripadanya. Nikmat menghidupkan malam mengikut garis panduan yang ditetapkan dalam Islam akan memberi ganjaran yang berganda kepada umatnya. Perbuatan ini terangkum dalam sebuah istilah iaitu 'qiamullail.' Padanya ada kerehatan, kesembuhan dan nikmat beribadah.

Qiamullail yang dilaksanakan mengikut panduan dan saranan yang benar
menghasilkan beberapa pembuktian saintifik bahawa setiap kerehatan dan
proses yang dilakukan dapat merawat beberapa masalah peribadi individu.

Ketahui sudut terapi pada qiamullail melalui buku ini.

Antara yang menarik adalah:

- Bagaimana menjadikan qiamullail sebagai rutin yang tidak meletihkan badan?
- Bagaimana menialani tidur sebelum bangun berqiamullail?
- Bagaimana qiamullail memberi kesan terhadap imunologi tubuh?

Berminat untuk tahu lebih lanjut? Jom dapatkan sekarang!
http://www.wasap.my/601158873361/TerapiQiamulail

πƒπ„ππƒπ€πŒ ππ€πŠπ€π‘Inspektor Abu Bakar atau Bakar. Seorang anggota polis yang digeruni di Kuala Lumpur. Kehidupan Bakar pada aw...
01/07/2022

πƒπ„ππƒπ€πŒ ππ€πŠπ€π‘

Inspektor Abu Bakar atau Bakar. Seorang anggota polis yang digeruni di Kuala Lumpur. Kehidupan Bakar pada awalnya sempurna. Namun segala-galanya berubah selepas tragedi berdarah yang meragut nyawa isterinya, Sarah. Dendam, hatinya terbakar. ltu yang Bakar rasakan. Jadi, Bakar tekad untuk memburu mereka yang telah membunuh isterinya.

Seorang ejen Biro Penyiasatan Persekutuan menawarkan bantuan kepada Bakar. Bakar menerima bantuan itu. Apabila Bakar sudah tekad, Kuala Lumpur bakal terbakar. Masa bergerak perlahan di mata Bakar. Dia akan menumpaskan orang yang bertanggungjawab merampas orang yang paling dia sayang.

Berjayakah Bakar membalas dendam? Siapakah pembunuh sebenar isteri Bakar? Apakah nasib Kuala Lumpur selepas itu?

Untuk mengetahui lebih lanjut, jom dapat buku ini di http://www.wasap.my/601158873361/DendamBakar

𝟏𝟎 π“π€ππˆπ€π“ π’π„πŽπ‘π€ππ† πˆππ” π†π„πŒππˆπ‘π€Setiap ibu sentiasa inginkan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Keinginan untuk menjadi i...
01/07/2022

𝟏𝟎 π“π€ππˆπ€π“ π’π„πŽπ‘π€ππ† πˆππ” π†π„πŒππˆπ‘π€

Setiap ibu sentiasa inginkan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Keinginan untuk menjadi ibu yang hebat adalah matlamat yang mulia. Pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh insan yang bergelar ibu supaya anak-anak mereka berjaya pada masa hadapan.

Namun, terdapat segelintir ibu mula mengeluh dan menganggap diri mereka telah gagal apabila harapan sejak dulu untuk anak-anak mereka tidak tercapai. Tidak dapat dinafikan bahawa majoriti daripada golongan ibu di negara kita berharap anak-anak mereka akan menjadi seorang doktor. Hakikatnya, apabila semua orang menjadi doktor, bagaimana p**a dengan pelukis, pemandu bas, posmen dan yang lain?

Golongan ibu perlulah sedar dan ambil serius mengenai perihal ini bahawa setiap anak mempunyai kelebihan yang tersendiri. Namun begitu, latihan dan pusat penyebaran ilmu untuk menjadi seorang ibu tidak wujud di universiti dan juga di institusi pendidikan yang lain.

Anda boleh dapatkan buku ini di http://www.wasap.my/601158873361/10HabitHappyMothers

24/06/2022
π„πŒππ€π˜π€π‘ πŸ‘: π‡πˆπŠπ€π˜π€π“ π’π€πŠπ€ πŠπ„π“π”π‘π”ππ€π 𝐑𝐀𝐉𝐀Saka raja yang diwarisi telah memberi kesaktian luar biasa kepada Sang Putera. Jij...
23/06/2022

π„πŒππ€π˜π€π‘ πŸ‘: π‡πˆπŠπ€π˜π€π“ π’π€πŠπ€ πŠπ„π“π”π‘π”ππ€π 𝐑𝐀𝐉𝐀

Saka raja yang diwarisi telah memberi kesaktian luar biasa kepada Sang Putera. Jijik dengan amalan syirik jurai keturunannya itu untuk kekal berkuasa, Putera Aradhana Sastra, pewaris tunggal Kesultanan Aradhanapura melarikan diri untuk menjadi rakyat biasa. Dengan harapan, hidupnya akan lebih tenteram.

Namun, kemunculan suatu makhluk dari gua yang tahu asal usul Sang Putera menggugat rencananya.

Kezaliman membanjiri tanah keramat. Putera Aradhana Sastra merasakan kewujudan diri dan jurai keturunannya hanya membawa malang kepada kep**auan Nusantara.

β€œβ€¦ hanya darah Jurai Aradhana sahaja yang dapat membela kep**auan ini!” Sang Putera enggan terus dibelenggu saka warisan.

Namun, perit untuk diabaikan sahaja tanah air dan rakyatnya. Mampukah Sang Putera akhirnya berdepan dengan hakikat keturunannya sendiri?

Berminat? Anda boleh dapatkan di http://www.wasap.my/601158873361/Empayar3

πŠπ‡π€π’ π”ππ“π”πŠ ππ„πŒπˆππ€π“ πŠπ€π‘π˜π€ π“π„πŒπ„ 𝐀𝐁𝐃𝐔𝐋𝐋𝐀𝐇!Siri Empayar Teme Abdullah ini sangat sesuai untuk seseorang yang mencari bahan b...
23/06/2022

πŠπ‡π€π’ π”ππ“π”πŠ ππ„πŒπˆππ€π“ πŠπ€π‘π˜π€ π“π„πŒπ„ 𝐀𝐁𝐃𝐔𝐋𝐋𝐀𝐇!

Siri Empayar Teme Abdullah ini sangat sesuai untuk seseorang yang mencari bahan bacaan santai, namun sarat dengan ilmu.

Siri Empayar ini mengisahkan kehidupan para pelatih Madrasah Taming Sari. Bagi yang s**a dengan nombor, Siri ini sesuai dengan anda kerana para pelatih Madrasah Taming Sari diberi nama menggunakan nombor (bukan nama sebenar).

Jom dapatkan Siri Empayar Teme Abdullah yang sedang hangat dipasaran!

Siri ini merangkumi 3 buah buku iaitu:

1. Empayar: Hikayat Putera Tanpa Nama
2. Empayar 2: Hikayat Mukjizat Daripada Iblis
3. Empayar 3: Hikayat Saka Keturunan Raja

Jom dapatkan segera di http://www.wasap.my/601158873361/Empayar

π‰πˆπŠπ€ πˆππ†πˆπ πŒπ„π‘π€π’π€πˆ πƒπ„ππ˜π”π“π€π ππ€πƒπˆ π‘π€πŠπ˜π€π“ πŒπ€π‘π‡π€π„π, π‰π€πƒπˆπ‹π€π‡ ππ„π†π”π€πŒ πŠπ‘πˆπŒπˆππ€π‹, ππ„π†π”π€πŒ 𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍𝐀𝐍Peguam Kriminal ExtendedΒ merupak...
23/06/2022

π‰πˆπŠπ€ πˆππ†πˆπ πŒπ„π‘π€π’π€πˆ πƒπ„ππ˜π”π“π€π ππ€πƒπˆ π‘π€πŠπ˜π€π“ πŒπ€π‘π‡π€π„π, π‰π€πƒπˆπ‹π€π‡ ππ„π†π”π€πŒ πŠπ‘πˆπŒπˆππ€π‹, ππ„π†π”π€πŒ 𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍𝐀𝐍

Peguam Kriminal ExtendedΒ merupakan karya sekuelΒ Peguam KriminalΒ karya Ariff Azami. Kali ini, penulis membawa pembaca menyelam babak-babak dalam dunia kepeguaman dengan lebih terperinci dan mendalam. Penulis mendedahkan realiti yang terjadi ketika berhadapan dengan pertuduhan.

Buku ini akan membuka mata pembaca untuk memahami bahawa profesion peguam itu mempunyai disiplin ilmu yang perlu diikuti.
Menelusuri kisah-kisah di kamar mahkamah serta perjalanan di sebalik tabir peguam kriminal, penulis menghidangkan kepada kita dengan menggunakan bahasa yang ringkas dan mudah untuk difahami bagi mereka yang bukan berlatar belakangkan bidang guaman.

Jom dapatkan sekarang di http://www.wasap.my/601158873361/PeguamKriminal

Address

Cheras
Kuala Lumpur
56100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Galeri Buku BCO posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Galeri Buku BCO:

Shortcuts

Share

Category