Tyara Rome

Tyara Rome Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Tyara Rome, Shopping & retail, Kuala Lumpur.

  Bubur Sumsum JagungBahan² :Air - 200mlSusu full cream - 200mlTepung beras - 3 suduCream cheese Tartura* - 1 suduJagung...
29/03/2023



Bubur Sumsum Jagung

Bahan² :
Air - 200ml
Susu full cream - 200ml
Tepung beras - 3 sudu
Cream cheese Tartura* - 1 sudu
Jagung manis organik - 2 batang
Kurma Medjoul* - 2 biji

Cara menyediakan :
Cairkan cream cheese (double-boil) > Kukus jagung & kurma sehingga lembut > Masukkan air, susu full cream (Fernleaf), tepung beras dan cream cheese yang telah cair ke dalam periuk - kacau sebati > Panaskan atas api kecil dan sentiasa kacau hingga tekstur pekat > Tutup api setelah buih-buih kecil muncul dipermukaan > Tuangkan ke dalam bekas > Kisar halus jagung & kurma (buang kulit & biji) > Tuangkan atas lapisan pertama dalam bekas tadi > Masukkan dalam peti sejuk - SIAP! Sedappp kalau makan sejuk-sejuk. Laju je Ahmad Nasrul makan.

👉🏼 Bahan yang bertanda * adalah OPTIONAL. Tak nak letak pun takpa. Penggunaan cream cheese kerana nak tambah berat baby. Kalau nak manis lebih sikit boleh la tambah kurma. Boleh je guna kurma apa² selain Medjoul.

👉🏼 Cream cheese untuk baby 8 bulan++ Susu full cream tu untuk baby bawah 1 tahun kena masak didih. Atau boleh je tukar dengan susu formula.

👉🏼 Boleh dapat 10 bekas (60ml/bekas). Topping boleh guna buah naga, mangga, apple, pear dll. Bekas tu best 👍🏼👍🏼👍🏼 Material PP, BPA free, tebal, microwave-safe, banyak pilihan warna & berkualiti tinggi. Beli kat Shoppe je. Boleh klik link kalau nak https://shope.ee/89zXuCX6Uk

👉🏼 Bubur Sumsum Jagung ni bila sudukan nampak halus gebu je tekstur dia & rasa creamy lembut ja. Bubur ni Ahmad Nasrul 2 bekas sekali makan😘

25/03/2022

Suami mengidam daging bakar Danok
Tq tuan punya resepi 🥰
Saya bakar guna pan je 🥰

Edit:

Bahan perapan daging:-perap semalaman
-Daging ½kilo
-1 sb sos ikan
-2 sb Sos tiram
-3 sb gula perang
-1 sk lada hitam
-Sedikit minyak
-Serbuk cukup rasa 2 sudu

Bahan sos:-
-Akar daun ketumbar
-Daun ketumbar
-1sb Beras(sangaikan dulu& tumbuk)
-2 ulas bwg putih
-2 sb Sos ikan
-2 biji limau nipis
-2 sb gula perang
-5 tangkai cili padi
-2 sb sos cili
-2 sb sos tiram
-1 Bawang besar (hiris nipis)

Cara2:-
SOS
-Tumbuk akar daun ketumbar & bwg putih &cili padi smpai lumat
-Masukkan sos ikan,gula melaka,gula perang,beras yg disangai(ditumbuk),perahan limau nipis
-Masukkan sos cili,sos tiram
-Masukkan daun ketumbar yg dipotong
-Masukkan bwg besar yg dipotong tadi
-masukkan garam sikit.

cara2 daging :
-perap semalam
-bakar dalam suhu 150 selama 20minit/30minit
Kredit : Faizzah Razmi

24/03/2022

Nak resepi tak😂😂😂

Bilis segenggam

Cili padi (ikut kepedasan masing)

Cili hijau

Cili merah

Limau kasturi

Goreng sekejap bilis dgn cili..blend kasar je.nak menumbuk pun boleh...lpas tu perah limau kasturi..tak payah letak garam da..bilis da masin..kulit limau tu sy potong2 gaul skli.

21/03/2022
19/03/2022

Resepi Cucur Udang Rangup

Senang aja, caranya guna tepung gandum yang dicampur dengan tepung beras. Jom try resepinya kt bawah ni👇

BAHAN👇
1. Tepung gandum - 2 cawan
2. Tepung beras - hampir2 1 cawan
3. Udang saiz sederhana (udang harimau pon boleh)
4. Udang kecil
5. Ikan bilis - segenggam
6. Bawang merah dimayang nipis - 3 ulas
7. Daun kucai
8. Serbuk kunyit
9. Garam
10. Air (tiada dlm gambar)
11. Minyak masak (tiada dlm gambar)

CARA👇
1. Udang saiz sederhana di buang kulit dan dipotong2
2. Udang kecil dibuang kepala
3. Kemudian ambil satu magkuk besar
4. Masukkan kesemua tepung gandum + tepung beras
5. Masukkan garam / serbuk pati ayam
6. Gaul2 kan (kering tanpa air)
7. Kemudian masukkan kedua2 jenis udang & ikan bilis
8. Masukkan juga serbuk kunyit
9. Masukkan p**a bawang & daun kucai
10. Masukkan air (agak2, jgn terlalu lembik)
11. Gaul2 biar sekata (warna & bahan2 nya)
12. Panaskan minyak yg banyak dlm kuali
13. Goreng dengan cara jatuhkan bancuhan tu dari tepi kuali, supaya dia jatuh meleper & jadi nipis

Bila dah masak, angkat dan toskan cucur atau cekodok udang

Kredit : Farah Farhana

17/03/2022

Cara mudah menyediakan Begedil Daging yang sedap tanpa menggunakan banyak bahan. enak dinikmati bersama Soto atau Bihun Sup.

14/03/2022

RESEPI SAMBAL SOTONG

SOTONG
CILI KERING
BAWANG
BAWANG PUTIH

Tumis cili kering, bawang & bawang putih yg diblend hingga pecah minyak. Masukkan sotong, garam, asam keping, gula dan serbuk perasa. Masak dengan api yang besar supaya air sotong tidak keluar b*k. Last sekali renjis sedikit kicap. Siap...

Kredit : Rozzieta Abd Rahim

📌 PJJ Resepi Bangsawan by Broku bersama 10 chef selebriti❤️ + Pelbagai resepi berserta video dan Nota. klik👇🏼
https://osini.co/Resepibangsawanbybroku

Join seblm quota penuh. 😆

14/03/2022

Daging Bakar acah2 Daging HariRimau Nanges😅
2 kilo daging (daging batang pinang lembut) rebus besar2 dlm pressure cooker
Dah siap empuk
Angkat dan gaulkan sos
5 sdb sos cili
5 sdb sos tiram
6 sdb sos black pepper
6 sdb sos ikan
1 1/2 sdb black pepper guna dlm botol yg berbiji halus tak dak sendiqi tumbok😁
2 sdb gula
Sedikit garam
1/2 cawan minyak
Bakar sekejap utk bagi sedikit garing. Guna Air Fryer.
-lapik aliminium foil supaya sos tak jatuh ke bawah dan bole ambik dan sapu setelah daging dingkat.
Daging tu bila angkat letak dlm pinggan sapu lebihan sos yg ada..
Atau cara lain
Daging tak perlu rebus hanya perap dgn semua bahan dan perap semalaman.
Bakar smpi masak. Cara ini daging lebih berjuicy.
Sos pencicah-
1 cawan air suam
Segenggam asam jawa ramas keduanya ambil air saja
3 sdb sos ikan
1 sdb jus limau nipis atau jus dari 2 biji limau kasturi
3-5 sdb gula kabung Thai
15 cili padi merah Thai tumbuk
10 ulas bawang merah hiris nipis2
5 ulas bawang putih dadukan halus2
Sedikit cili sos- tak letak pun ok
1 sdb beras disangai dulu kemudian ditumbok
Daun ketumbar hiris nipis
Campo semua bahan.
Masak atas api sehingga mendidih kemudian tambah bancuhan air tepung jagung jika s**a.
Bancuhan sos klu tak guna tepung jagung tak payah masak pun tak pa..
Resepi asal gugel saja.. Ada sedikit penambahan bahan2.
Klu ada salah silap harap dimaafkan.
Hangpa buat la bagi sesedap cinta rasa dan perasaan hangpa,hahaha.
Kredit: Makcik Ratu

14/03/2022

Resepi Kek Batik Melting versi biskut lembut macam kek😋

Bahan² kek batik
600g bskt marie (patah2kan)
200g butter
1 cawan milo
1 cawan susu pekat
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan air masak
2 biji telur
Esen vanila

Bahan2 topping@ganache
100g milk compound
100g dark compound
(sis guna beryls)
200ml whipping cream
1 sdb butter
1 sudu besar golden syrup (optional)
1sdk hazelnut oil (tips nak bagi choc sedap mcm cadbury kalau tak ada abaikan ye)

✅Double boil semua bahan topping atau nak senang masukkan dalam microwave. Ketepikan. Biarkan sejuk sekejap.

1. Masak butter smp cair, masak kek batik guna api kecik je ek. kemudian terus masukkan susu pekat. Kacau rata.
2. Masukkan p**a milo dan serbuk koko. Kacau cepat2 tkt berketul.
3. Next masukkan telur, kacau dl bg rata dan baru masukkan air. Kacau sebati biar semua sekata.
4. Last skali masukkan biskut. Kacau rata bg smua bskt bersalut coklat. Ok boleh tutup api.
5. Terus masukkan smua ke dalam loyang saiz 10inci (alas plastik bg bskt x melekat dan seng tarik keluar) dan tekan2 padat.
6. Tuang choc ganache melting dan simpan chiller selama 4jam atau lebih sebelum di potong.
7. Keluarkan kek dan biarkan suhu bilik sekejap bagi kek lembut sebelum senang untuk dipotong.

***Tips nak bagi potongan cantik. Pisau yang nak guna utk potong kek batik hendaklah dicelup air panas atau lap dengan tisu setiap kali nak potong. Barulah potongan cantik dan kemas. Tak comot. Nak makan pon sedap je👍🏻😋
Credit To Owner

07/03/2022

Resepi Daging Bakar Danok

Bahan perapan daging:-
-Daging sekilo(potong besar tebal 2@3cm)
-1sk sos ikan
-2 sb Sos tiram
-2@3 sb Brown sugar
-Sekeping gula melaka
-1 sk lada hitam
-Sedikit minyak
-Serbuk cukup rasa 1@2 sudu

Bahan sos:-
-Akar daun ketumbar
-Daun ketumbar
-1sb Beras(sangaikan dulu& tumbuk)
-1@2 ulas bwg putih
-1@2 sk Sos ikan(ikut tahap masin tekak masing2)
-2 biji limau nipis
-1 sk brown sugar
-1/2 keping gula melaka(tumbuk kasi hancur cmpur air sikit)
-Chili flakes
-1 sk sos cili
-1 sk sos tiram
-1 Bawang besar (hiris nipis)

Cara2:-
-Tumbuk akar daun ketumbar & bwg putih smpai lumat
-Masukkan sos ikan,gula melaka,brown sugar,beras yg disangai,perahan limau nipis
-Masukkan sos cili,sos tiram(saja tambah utk pekatkan sos)
-Masukkan daun ketumbar yg dipotong
-Masukkan chili flakes(kalau s**a pedas boleh tambah)
-Masukkan bwg besar yg dipotong tadi
~~kalau tawar jgk tmbah la garam sikit ok

# daging tu saya bakar guna pemanggang ajaib je dlm 20 hingga 30 minit dan bergantung jgk pada tahap air yg kluar dari perapan masing2 ye..bukak api slow
# utk daging cepat lembut bila nk masak..perap la semalaman & hiris halia keping2..perap sekali dgn daging

Kredit: Fb Yushazlina

06/03/2022

Resepi Waffle
----------------------
1 cwn tepung gandum
1 s.k baking powder
1/2 s.k soda bikarbonat
1 s.b gula
1/3 s.k garam
(Kacau kesemua bahan ini hingga sebati)

Dalam mangkuk yg berasingan,
1 cwn susu segar
3 s.b minyak
1 biji telur
2 s.k esen vanila
(Kacau kesemua bahan ini hingga sebati mengunakan whisk)

Campur bahan susu tadi ke dalam adunan tepung dan kacau sebati.
Biarkan adunan seketika (15-30 minit)
Sapukan butter/planta pada waffle maker
Tuang 2 senduk bancuhan
Masak hingga waffle garing

Selamat mencuba! 😊

Address

Kuala Lumpur

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tyara Rome posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share