Pusat Pungutan Zakat

Pusat Pungutan Zakat Pusat Pungutan Zakat Memudahkan Anda Berzakat

Layari zakat.com.my untuk khidmat KIRA,BAYAR & SEMAK

11/08/2026

POV : Lelabah-Man pun tak lupa tanggungjawab.

Anda bila lagi?

11/08/2026

Pemergian insan tersayang pastinya meninggalkan luka yang sukar diubati.

Allahyarham Mej Muhammad Zul Afifie Muhammad Rizal telah kembali ke rahmatullah setelah mengalami masalah jantung, meninggalkan seorang balu, Puan Siti Nuramirah Jaafar, serta keluarga yang pasti amat merasai kehilangan ini.

Alhamdulillah, PPZ-MAIWP telah menyempurnakan penyerahan Sumbangan Skim Kafalah Muzakki kepada waris Allahyarham sebagai tanda penghargaan atas komitmen beliau menunaikan zakat melalui PPZ-MAIWP.

Penyerahan telah disempurnakan oleh Pengurus Kanan Unit Khidmat Majikan dan Operasi Dalaman PPZ-MAIWP, Puan Hajah Rosniza Din bersama Lt Kol (DOM) Badelisham Md Juda.

Semoga sumbangan ini dapat sedikit sebanyak meringankan beban yang dipikul oleh waris serta menjadi bukti bahawa setiap amal kebaikan yang dilakukan semasa hayat, termasuk menunaikan zakat, terus membawa manfaat kepada insan yang ditinggalkan.

Marilah kita bersama-sama menghadiahkan doa buat Allahyarham. Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa-dosanya, melapangkan kuburnya, menerima segala amal kebajikannya serta menempatkan Allahyarham dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beroleh rahmat. Semoga isteri dan seluruh ahli keluarga dikurniakan kekuatan, ketabahan serta kesabaran dalam menghadapi ujian ini.

Semoga inisiatif Skim Kafalah Muzakki PPZ-MAIWP ini terus memberi manfaat kepada para muzakki dan waris.

Kongsi Rasa, Pahala Berganda diteruskan lagi minggu ini!Selepas membuka tirai sepanjang Ogos dengan perkongsian rezeki m...
10/08/2026

Kongsi Rasa, Pahala Berganda diteruskan lagi minggu ini!

Selepas membuka tirai sepanjang Ogos dengan perkongsian rezeki minggu lalu, kali ini giliran Cafe Mone’t p**a tampil meraikan para pembayar zakat PPZ-MAIWP.

Pada Jumaat ini, 14 Ogos 2026, sebanyak 60 pek Dessert Tiramisu akan diberikan kepada 60 pembayar zakat terawal di kaunter PPZ-MAIWP yang terlibat.

Inilah indahnya keberkatan zakat. Apabila rezeki yang dikurniakan Allah SWT bukan sahaja disyukuri, malah dikongsi agar manfaatnya dapat dirasai bersama.

📅 Jumaat, 14 Ogos 2026
🍰 60 pek Dessert Tiramisu
🎁 Untuk 60 pembayar zakat terawal

📍 Kaunter PPZ-MAIWP yang terlibat:
• Taman Shamelin Perkasa
• Wangsa Maju
• TTDI
• Presint 15
• Presint 9
• Masjid Negara
• Menara MAIWP

Jumaat ini, jom tunaikan zakat harta anda, semoga setiap yang ditunaikan menjadi asbab rezeki yang lebih berkat.



10/08/2026

Zakat sekarang semudah satu imbasan.

PPZ-MAIWP kini memperkenalkan Sistem Bayaran QR Zakat bagi memudahkan anda menunaikan zakat dengan lebih mudah, pantas dan selamat.

Hanya imbas QR Zakat PPZ-MAIWP di premis terpilih dan terus tunaikan kewajipan anda secara digital.

Satu imbasan, satu langkah menuju keberkatan.




09/08/2026

“Kita keluar cari rezeki, untuk tidak bergantung kepada orang lain,”

Dengarkan mau’izah dari saudara Imran Zaki

Semoga bermanfaat.

08/08/2026

Beli barang mahal untuk keperluan atau hanya untuk rasa ‘belong’ di dalam sesuatu komuniti?

Dengarkan mau’izah dari saudara imran zaki an

Semoga bermanfaat.

08/08/2026

Sibuk, Tetapi Ke Mana?

Alhamdulillah, Program Mesra Majikan anjuran PPZ-MAIWP dengan kerjasama Takaful Malaysia telah berlangsung dengan jayanya.

Program kali ini menampilkan ceramah inspirasi oleh PU Amin bertajuk “Sibuk, Tetapi Ke Mana?” yang membawa kita untuk sejenak berhenti dan bermuhasabah.

Dalam kesibukan mengejar kerjaya, mencari rezeki, memenuhi tuntutan kehidupan dan mengejar pelbagai impian, pernahkah kita bertanya…

Kita sibuk mencari rezeki, tetapi ke mana rezeki itu membawa kita?
Kita sibuk mengumpul harta, tetapi sudahkah kita tunaikan hak yang ada pada harta tersebut?

Sesibuk mana pun kita bekerja dan mengejar kejayaan, jangan sampai kesibukan itu membuatkan kita terlupa bahawa dalam setiap rezeki yang Allah kurniakan, ada tanggungjawab yang perlu ditunaikan.

Zakat bukan sekadar kewajipan, tetapi tanda syukur atas rezeki yang diterima dan satu cara untuk kita berkongsi nikmat dengan mereka yang memerlukan.

Sepanjang program, warga Takaful Malaysia turut berpeluang mendapatkan pelbagai perkhidmatan PPZ-MAIWP seperti pertanyaan, pengiraan dan pendaftaran Potongan Zakat Bulanan (PZB), di samping menerima baucar Ayam Gepuk Top Global bernilai RM6 sebagai tanda penghargaan.

Terima kasih kepada semua warga Takaful Malaysia yang hadir dan bersama-sama menjayakan program ini.

Semoga perkongsian yang disampaikan menjadi satu peringatan bahawa dalam kita sibuk mengejar dunia, jangan lupa untuk mencari bekalan menuju akhirat.

Sibuklah mengejar rezeki, tetapi jangan lupa ke mana rezeki itu mahu kita bawa.

Jom singgah ke kaunter kami. Mana tahu, persoalan yang selama ini bermain di fikiran tentang zakat dan wakaf dapat dijaw...
07/08/2026

Jom singgah ke kaunter kami. Mana tahu, persoalan yang selama ini bermain di fikiran tentang zakat dan wakaf dapat dijawab dengan lebih jelas.

Kaunter Zakat Bergerak KRT Sri Segambut

KUNJUNGI KAMI!

Tak sempat nak ke kaunter PPZ-MAIWP? Kaunter Zakat & Wakaf Bergerak kami p**a datang dekat dengan anda!

Sempena Program Komuniti KRT Sri Segambut, jom manfaatkan peluang ini untuk mendapatkan pelbagai perkhidmatan berkaitan zakat dan wakaf.

📅 8 Ogos 2026 | Sabtu
📍 Dewan Komuniti KRT Sri Segambut, Kuala Lumpur
⏰ 7.30 pagi – 2.30 petang

Semua dijemput hadir!
Tak perlu tunggu lama. Kalau ada persoalan tentang zakat, nak semak kiraan atau terus tunaikan kewajipan, singgah sahaja ke Kaunter Zakat & Wakaf Bergerak PPZ-MAIWP.

Jumpa kami di KRT Sri Segambut!

Program Ziarah Dakwah Mesra Fakir MiskinKUNJUNGI KAMI! Ada persoalan tentang zakat atau wakaf? Nak buat kiraan, semakan ...
07/08/2026

Program Ziarah Dakwah Mesra Fakir Miskin

KUNJUNGI KAMI!

Ada persoalan tentang zakat atau wakaf? Nak buat kiraan, semakan atau terus tunaikan bayaran zakat?

Jangan risau, Kaunter Info Zakat & Wakaf PPZ-MAIWP akan hadir bertemu anda di Program Ziarah Dakwah Mesra Fakir Miskin 2026.

Pelbagai perkhidmatan disediakan untuk memudahkan urusan anda.

📅 8 Ogos 2026 | Sabtu
📍 Dewan Serbaguna TLKB Seri Sabah, Kuala Lumpur
⏰ 7.30 pagi – 4.00 petang

Semua dijemput hadir!

07/08/2026

Satu lagi langkah bermakna dalam memperkasa budaya berzakat.

Alhamdulillah, PPZ-MAIWP terus mengorak langkah melalui pemeteraian Memorandum Perjanjian (MOA) bersama Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), sekali gus melantik UPNM sebagai Ejen Kutipan Zakat Rasmi PPZ-MAIWP.

Kerjasama strategik ini menjadi simbol komitmen kedua-dua pihak dalam memperkukuh ekosistem zakat, memperluaskan kesedaran tentang kepentingan menunaikan zakat serta memudahkan warga universiti melaksanakan tanggungjawab berzakat.

Semoga jalinan kerjasama ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak inisiatif yang memberi manfaat kepada warga UPNM, memperkukuh institusi zakat dan wakaf, serta membawa keberkatan kepada ummah.

Address

68-1-6, Dataran Shamelin
Kuala Lumpur
56100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Pungutan Zakat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pusat Pungutan Zakat:

Shortcuts

Share