29/03/2019
Salam,
*Episode seterusnya - Bazaar Juadah Ramadhan, Kakitangan & Jbtn Penjaja DBKL jadi bahan maki golongan penjaja akibat ketidakpuashatian berhubung pendaftaran online*
Sprt yg saya katakan sebelum ini, terbukti hari ini kerosakan berhubung bazaar juadah ramadhan makin bertambah teruk.
Hari ini 29hb March adalah hari dimaklumkan keputusan kelayakan utk pengundian yg akan berlangsung bermula 1hb April yg sepatutnya dijalankan pda 27hb March lepas & difahamkan akan dijalankan di Stadium Titiwangsa yg akan sekaligus menyusahkan dr segi pembaziran masa dan meningkatkan kos pemohon dlm urusan permohonon tapak bazaar juadah ramadhan yg sebelum ini amat mudah bila berurusan dgn Persatuan atau NGO.
Ramai pemohon secara online marah dan kecewa kerana nama mereka tidak tersenarai untuk kelayakan mengundi & mula menghubungi dan merujuk kpd pihak DBKL, tetapi alasan yg diberikan tidak konsisten dan ada yg memberi alasan yg remeh sprt penyata bank tiada nama pemohon walaupun pemilik sebenar akaun, salinan kad pengenalan tiada bahagian belakang, nama pemohon tiada dalam bil utiliti dan sebagainya. Lebih teruk lagi adalah tidak tahu sebab kegagalan.
Kenapa begitu "rigid" dgn proses ini?? Nampaknya angka jumlah pemohon dari 2,200 sudah tentu akan bertambah berkurangan selepas proses kelayakan pengundian dan lebih malang lagi tiada lagi peluang kedua utk mereka ini sekiranya ingin berniaga kerana hanya dibenarkan sekali sahaja memohon. DBKL menunjukkan sikap ego dan bongkak dengan ayat *"KEPUTUSAN ADALAH MUKTAMAD"* dan tidak lagi melayani dgn alasan sistem online sudah tutup.
Malanglah kepada peniaga2 bazaar juadah ramadhan ini, Kenapalah YB Menteri & Datuk Bandar KL ni tidak ada hati perut....Kita tunggu p**a episod seterusnya...
Gulam Muszaffar
Aktivis Masyarakat
29hb March 2019