19/01/2022
Penulis yang Disayangi Tuhan
Seingat saya, ini karya Bahruddin Bekri pertama yang saya baca, dan buku ini merupakan buku pertama saya untuk permulaan 2022.
Buku ini mengisahkan seorang penulis bernama Usamah yang merupakan penulis terkenal tetapi berhenti menuli kerana penulisannya dikritik oleh seorang pengkritik sastera, Joe Penapi. Jadi, buku ini merupakan kisah bagaimana Usamah bangkit semula untuk menjadi penulis.
Saya agak skeptik pada awalnya bahawa buku ini akan banyak menceritakan secara teknikal bagaimana untuk menulis. Tetapi, apa yang dibentangkan BB dalam novel ini merupakan suatu ilmu yang sangat berguna kepada penulis pemula dan sebagai suatu renungan buat penulis yang sudah biasa menulis agar dapat kembali melihat kepada asas. Malah, ada banyak watak dan babak yang muncul dalam buku ini sebenarnya yang menghidupkan cerita persis cerita Orang-orang Biasa oleh Andrea Hirata. Saya cakap begini sebab saya ketawa memmbaca buku ini sama seperti saya membaca OOB.
Saya sukakan watak-watak pendatang tanpa izin yang duduk di Kawasan setinggan bersama-sama Usamah dan bagaimana survival mereka untuk hidup di negara ini. Daripada setiap satu watak ini kita boleh belajar pelbagai karakter manusia ketika berhadapan masalah.
Joe Penapi p**a merupakan watak yang selalu saya bayangkan akan wujud dalam dunian sastera. Teguran Joe Penapi kepada Usamah di hujung cerita ini sangat benar dan seperti memberitahu apa yang bermain di fikiran saya sejak saya mula membaca karya-karya sastera penulis tempatan.
Kata Joe Penapi, “… Penceramah dalam dunia penulisan adalah pengkritik, tetapi dalam dunia penulisan sekarang, dipenuhi oleh ‘penceramah seni’. Mereka cuma mengkritik struktur karya, bukan nilai dan isu moralnya.”
Tak rugi habiskan baca buku ni. Dapatkan di sini https://shp.ee/t83ryst