27/02/2025
🌹
“Time of death,”
Saat kata-kata itu menerjah pendengarannya, Seth Adham jatuh melutut ke lantai.
Tanpa dapat ditahan, tangisannya pecah!
Tak dapat terima, anak yang ditunggu sembilan bulan lamanya, meninggal pada hari kedua-duanya lahir ke dunia.
Manakala Mawar yang mendengar berita itu, hanya mampu menangis dalam diam.
Lelah mengandung dan melahirkan belum hilang, kini dia terpaksa menerima anak yang dikandung sembilan bulan, langsung tak bernyawa saat dilahirkan.
Rasa bagai nak gila!
Rasa nak meraung sekuatnya!
Tapi… dia keletihan. Penat emosi, mental dan fizikal.
Sudahnya, Mawar redha dalam kesakitan. Pasrah dalam kebingungan.
Manakala Seth p**a, menangis semahu-mahunya. Nak-nak lagi bila anak-anak yang tak bernyawa itu, diserahkan ke dalam dakapannya.
Sumpah! Sakitnya, tak mampu nak digambarkan!
“Anak papa!” tangis Seth, sambil memeluk erat jasad kedua-dua anak perempuannya, yang lahir sempurna dan cukup sifat!
Bingung!
Tertanya-tanya, kenapa ini yang berlaku?
“Kenapa papa?!” rintih Seth, sambil memeluk kedua-dua jasad yang tak langsung tak sempat dilihat hidup!
“Cry baby, cry! Please…. Menangis untuk papa! Menangis untuk papaaaa!” rayu Seth dalam tangisan yang menggila!
Kedua-dua bayi yang kaku tanpa sebarang gerakan itu, digoyang-goyangkan!
Ditepuk-tepuk punggung yang kedinginan, tapi kedua-dua kembarnya tetap kaku dalam dakapan.
“Ya Allahhhhhh!” tangis Seth, sehancur jiwanya!
Tak tahu bagaimana nak dilalui saat-saat yang amat memeritkan ini.
Bagaimana dia nak lupakan anak-anak yang sangat dia harapkan?
“Kalau kau bangun, aku janji akan hadiahkan kau anak seikhlas hati! Aku tak akan buat kau derita lagi!”
Terngiang-ngiang semula janji yang pernah dia tuturkan pada isterinya dulu. Ayat yang membawa kepada wujudnya kembar di dalam dakapannya.
“Papa ikhlas nak terima anak-anak papa! Papa dah janji dengan mama, papa akan berikan anak yang mama nak!” tangis Seth lagi.
“Aku dah janji dengan isteri aku, Ya Allah! Aku dah janji kalau Mawar bangun dulu, aku akan hadiahkan dia anak seikhlas hati! Aku ikhlas, Ya Allah! Aku ikhlas! Jangan ambil anak aku, ya Allah! Pulangkan anak akuuuu!” Suara garau Seth berselang seli merintih dan merayu dalam tangisan yang tak berpenghujung.
Lama…
Lama Seth menangis, sambil memeluk kedua-dua anak yang dah lama meninggalkan dunia, sambil tertanya-tanya, mengapa begini jadinya?
Di mana salah mereka?
Di mana salahnya?
Tapi, dalam pada dia tertanya-tanya, jauh di sudut hati, Seth dapat rasakan ini ujian yang Allah berikan pada dia.
Kerana dulu… berkali-kali dia arahkan Mawar gugurkan anak mereka.
Dan, setiap kali Mawar keguguran, dia dulu yang bersorak kegembiraan kerana dah berjaya jadikan Mawar seorang pembunuh!
Tapi sekarang, bila dia mahukan anak, bila dia menunggu kelahiran anak-anak yang Mawar kandungkan, anak-anak dia p**a lahir dalam keadaan tak bernyawa.
“Ya Allah, kembalikan anak-anakku, ya Allah!” tangis Seth lagi!
Kehilangan ini, memeritkan!
Terlalu menjerut tangkai hati dan nyawanya, sebagai seorang bapa dan suami.
It really pains him!
TEKAN LINK UNTUK PEMBELIAN
https://anisashikali.orderla.co
https://anisashikali.orderla.co
https://anisashikali.orderla.co
https://anisashikali.orderla.co