NZ Jual Buku

NZ Jual Buku Menjual Novel Online Saya Ada menjual Novel - Novel Tempatan. 10% diskaun akan diberikan kepada sesiapa yang berminat untuk membeli novel dengan saya.

Harga buku tidak termasuk dengan kos penghantaran. Anda juga boleh order lebih dari sebuah buku

Hati orang tu dah terluka, baru nak minta maaf. Sekarang, hadaplah Fahim oi. 😒“Encik Fahim? Encik Fahim buat apa kat sin...
06/09/2022

Hati orang tu dah terluka, baru nak minta maaf. Sekarang, hadaplah Fahim oi. 😒

“Encik Fahim? Encik Fahim buat apa kat sini?”

“Err... ini…” Satu jambangan bunga mawar merah berserta coklat dan nota ringkas dihulur kepada Alisa. “Untuk kau. Tolong terima.”

“Tak payah susah-susah, Encik Fahim. Saya dah tak makan coklat. Dah lama dah.” Alisa beriak geram.

“Hmm... sejak bila, Lisa?”

“Sejak kita bercerai. Dah lama kan? Dah lima tahun. Jadi saya dah lupa macam mana rasanya.” Sinis terasa dengan pengakuan Alisa.

“Lisa…” Berubah riak wajah Fahim. Fahim menelan rasa pahit penolakan Alisa kali ini.

“Awak tahu tak Encik Fahim? Semanis rasa coklat tu pun akan jadi tawar bila kita tak ada selera makan. Apa lagi hati manusia yang dah banyak kali terluka. Encik Fahim sualah apa pun yang manis. Kenangan pahit takkan berubah jadi indah.”

Dalam kata-kata Alisa. Fahim terhenyak di situ. Seakan mahu meraung menyesali kesilapannya menyakiti Alisa. Dia tidak mungkin dapat berundur dari kesilapannya semula. Namun jika diberi peluang kedua, dia mahu memperbetulkannya.

“Maafkan aku, Lisa. Aku sungguh-sungguh ni.”

“Saya dah maafkan awak, Encik Fahim. Tapi satu yang harus Encik Fahim ingat. Memaafkan tak bererti sebuah hubungan yang pernah putus tu akan terjalin kembali. Ia cuma satu jalan agar kita tak saling mendendami.”

Fahim terkedu di situ. Dia sedar, Alisa benar-benar terluka. Lima tahun mungkin baginya waktu yang cukup untuk merawat hati yang terluka. Namun bagi Alisa ia cuma sebatas waktu untuk meredakan hati yang pernah remuk sebelumnya.

“Awak bagi je bunga dan coklat ni pada yang lebih layak. Saya dah lama hilang kelayakan tu Encik Fahim. Walaupun kenyataannya kita tak pernah membina kenangan manis selama bersama, saya tetap menghargainya. Terima kasih untuk segalanya. Encik Fahim baliklah. Jangan buang masa Encik Fahim dengan tunggu saya kat sini.”

“Lisa... tunggu. Aku hantar kau balik.”

“Saya boleh balik sendiri. Hari ni saya bawa kereta. Maaf, Encik Fahim.”

“Lisa, tunggu! Okey... aku minta satu peluang. Esok, mama nak jumpa. Dekat rumah dia. Aku datang ambil kau ya? Kali ni aku mengaku. Ini bukan rancangan aku. Mama betul-betul nak jumpa.”

Alisa pejam mata seketika. Itulah yang melemahkan pertahanannya. Puan Azeema tetap ada di antara mereka berdua.

“Saya tak boleh janji. Kalau jadi, saya pergi sendiri. Encik Fahim tak payah jemput.” Mengendur nada Alisa.

Fahim menjambak rambutnya. Kali ini segala usahanya gagal memenangi hati Alisa. Kecewa menghuni jiwanya yang sayu. Tanpa diduga Alisa, Fahim meraih tangannya p**a. Terkedu Alisa di situ. Cepat-cepat Alisa melepaskan pegangan tangan Fahim.

“Lisa...”

“Terimalah kenyataan Encik Fahim. Masa kita halal, Encik Fahim benci saya. Apa lagi nak pegang tangan saya. Sekarang kenapa nak macam ni? Tolonglah balik. Jangan ganggu saya lagi.” Kedua tangan Alisa ditangkup bawah dagunya. Matanya berkaca penuh berharap.

🍉


www.wasap.my/60174108572/TBMarenayidin

💜Hijrah cinta 💜Rafzil letakkan cincin yang baru di belinya di atas meja. Bibirnya mengukir senyuman. Ini janjinya. Gaji ...
03/09/2022

💜Hijrah cinta 💜

Rafzil letakkan cincin yang baru di belinya di atas meja. Bibirnya mengukir senyuman. Ini janjinya. Gaji pertama dia mahu melamar Khaleeda Anura. Dia mahu buktikan pada Khaleeda dia bersungguh mahukan Khaleeda Sebagai surinya. Bukan sehari dua dia dan Khaleeda kenal. Bertahun sejak dari tingkatan 1 lagi. Dia yakin Khaleeda faham perasaannya. Dia yakin KHaleeda juga ada perasaan yang sama.
“Kau ni kan tahap yakin kau macam gunung Everest.”
Ilham geleng kepala dengan Rafzil yang dari tadi tak lepas pandang cincin emas di atas meja.
“Mestilah aku yakin.”
“Kau baru je kerja kar firma guaman tu. Tak nak tunggu dulu ke bagi stabil.”
“Kau tahu tak ilham rezeki perkahwinan itu Allah dah tentukan.”
“Ya memang betul tapi kau beli tak bagitahu Khaleeda. Kau ingat ini filem Hollywood nak buat surprise macam tu.”
Rafzil ketawa.
“Aku pernah bagi hint dulu aku yakin Khaleeda memang tahu perasaan aku.”
Ilham ketawa.
“Kau ingat Khaleeda tu pawang ada ilmu boleh teka hati kau? Aku risau kau yang kecewa sendiri.”
“Aku yakin Ilham…aku yakin dengan kata hati aku.”
Ilham bangun tingglkan Rafzil yang tenggelam Dalam angan-angannya.

Semua mata tertumpu pada Rafzil dan Ilham.
“Boleh ke mak lang?”
Hasmah, Wanita yang menjaganya sejak dia kecil ketika ibu dan ayahnya meninggal dunia. Dengan Hasmahlah Rafzil menumpang sayang.
“Khaleeda Anura anak Haji Ismail?”
Soalan Hasmah di rasakan sedikit pelik. Rafzil angguk
“Ya lah mak lang yang selalu datang sini. Dulu kan Raf selalu belajar dengan dia kat bawah pokok pelam depan ni. Mak lang lupa?”
Hasmah geleng.
“Tak lupa.ingat. tapi…”
Ilham pandang Rafzil. Dia yakin ada sesuatu yang tak kena. Wajah Hasmah yang berubah nada suara yang berbeza dia tahu ada yang tak beres.
“kenapa Mak Lang?”
“Raf…Raf dah bagitahu Khaleeda ke? Raf nak pergi pinang dia?”
Rafzil geleng.
“Ya Allah Raf…tak bincang dengan Khaleeda ke?”
“Tak mak lang. sebab Raf rasa Khaleeda pun tak ada halangan.”
Hasmah diam.
“Raf Dalam hal ini mana boleh main rasa.”
“Tak apalah kita pergi dulu. Bawa cincin ini. Raf yakin Khaleeda memang tunggu Raf.”
“Selama lima tahun Raf kat luar negara Raf tak contact dengan Khaleeda ke?”
Rafzil angguk.
“Ada mak lang. sembang pasal pelajaran. Tanya khabar.”
“Soal hati? Pernah bincang?”
Rafzil senyum.
“Tak lah serius.”
Hasmah tarik nafas Panjang. Di hela perlahan, matanya meleret pada Ilham. Ilham faham Cuma tak tahu apa maksud sebenar pandangan Hasmah.
“Kenapa mak lang?”
“Raf…dengar cakap mak lang baik-baik. Terima dengan hati yang terbuka.”
Senyuman Rafzil mati.
“Ada apa mak lang?”
“Raf bawa cincin balik sini untuk pinang Khaleeda tapi…lusa ada orang lain yang akan sarungkan cincin pada Khaleeda.”
“Khaleeda nak bertunang?”
Hasmah geleng.
“Habis tu mak lang?”
“Khaleeda…nak nikah dah lusa.”
Rafzil terkejut. Berubah wajahnya. Ilham cuba tenangkan Rafzil.
“Mak lang tak tipu kan?”
“Tak ada faedah mak lang nak tiou Raf. Mak lang baru balik dari rumah Khaleeda.”
Rafzil terdiam. Kotak cincin di genggam erat.
“Dengan siapa mak lang?”
“Katanya kawan universiti. Mak lang pun tak kenal.”
“Raf..kau okey?”
Rafzil cuba bertenang. Cuba memncari kekuatannya yang hilang. Khaleeda Anura bukan untuknya.

Rafzil kembali ke alam nyata. Dia cuba mencari bayang Khaleeda tapi tiada.
“Aku memang tak mimpi. Khaleeda Anura. Memang dia Khaleeda Anura.”



www.wasap.my/60174108572/EbookKasihUntukmu

03/09/2022

Kadangkala, kita perlu bersabar dengan hujan untuk melihat pelangi.

Di mata Lya, Zhafran adalah segalanya. Tapi bagi Lya, dia hanyalah seorang sahabat yang disayangi Zhafran.

“Aku takkan benarkan sesiapa pun lukakan kau.” – Zhafran.

“Kecuali kau?” – Lyana Amira.

Memang amat melukakan hati Lya bila Zhafran memilih Nurin. Peliknya, Lya yakin Nurin itu bukanlah perempuan yang pernah Zhafran sebut sebagai pasangan yang dia mahukan.

Di mata Hareez, Lya itu hanyalah perempuan biasa-biasa. Tapi kenapa keluarganya mahu sangat Lya sebagai menantu?

“So, setuju tu maksudnya kita akan nikah la ya?”- Hareez.

“Kalau you bercakap pasal lamaran, jawapannya, ya.”- Lyana Amira.

“I nak kena jadi kambing hitam ke apa ni?”- Hareez.

Apa akan jadi bila Zhafran melarang keras rancangan untuk menyatukan Lya dengan abangnya, Hareez?

“Kau tak boleh kahwin dengan abang aku, Lya.” Zhafran.

“Alasan?” – Lyana Amira.
“Dia akan lukakan kau.”- Zhafran.

Sebenarnya, mana yang lebih melukakan? Melihat Zhafran yang dicintai bahagia dengan perempuan lain atau berkahwin dengan Hareez yang tidak dicintai?

Kadangkala, kuasa memilih bukan di tangan kita tetapi tidak semestinya kita harus mati saat takdir menetapkan pilihannya.


ws 0174108572

Penerbitan Idea Kreatif

Mencari Mr. Hook.Apabila kita belajar ilmu penulisan, salah satu aspek yang ditekankan ialah tentang 'Hook'.Mungkin ada ...
30/08/2022

Mencari Mr. Hook.
Apabila kita belajar ilmu penulisan, salah satu aspek yang ditekankan ialah tentang 'Hook'.
Mungkin ada penulis baharu yang belum tahu tentang 'Hook' tetapi bagi penulis yang sudah mula serius menulis, mendapatkan dan menetapkan 'hook' ini satu perkara yang memeningkan kepala.
Nak tulis begini ke, begitu ke? Mula di sini, mula di sana. Buat begini, buat begitu. Cukup menarik kah? Cukup kah sebagai hook? Menjadi tak hook itu? Hisy! Macam- macam fikir. Boleh dikatakan tak payah belajar lebih baik daripada belajar.
Apabila kita tahu tentang kepentingan hook ini kita boleh jadi risau dan ragu-ragu. Akibatnya mungkin kita hilang keyakinan yang pada mulanya ada.
Kalau nak tulis perenggan pertama pun payah sampai sakit kepala, macam mana seterusnya nanti?
Tidak dinafikan perenggan pertama, babak pertama, bab pertama sangat menak*tkan. Saya sendiri puas melawan perasaan. Kadang-kadang berkali-kali tukar. Selepas itu tawakal. Doa sahajalah. Let it go.
Jadi, nasihat saya ialah jangan fikirkan sangat. Kita tulis sahaja dulu. Semasa edit, kita tengok semula. Kalau rasa okey, biarlah begitu. Kalau dapat idea yang lebih baik, kita tukar. Apa yang penting, jangan disebabkan Mr. Hook ini kita tak boleh nak mula menulis atau mengambil masa yang sangat lama untuk bab 1 sahaja.
Mulakan sahaja. Jangan stuck atau terkaku disebabkan teori Mr. Hook tadi. Okey, semoga berjaya.
Dari meja kecil
Maria Kajiwa
Pesanan untuk Janji Julia di link ini:

https://alvo.chat/d2P
https://alvo.chat/d2P
https://alvo.chat/d2P

hari terakhir   KEPALA Dahlia mula terasa berdenyut kerana semalaman tidak melelapkan mata. Tetapi dia masih tidak berga...
15/08/2022

hari terakhir

KEPALA Dahlia mula terasa berdenyut kerana semalaman tidak melelapkan mata. Tetapi dia masih tidak berganjak dari situ.
Danz merenungnya tajam. Manakala Farel yang baru tiba merenungnya dengan riak kecewa.

"Apa Didi buat dengan dia dekat situ?"

Dahlia tertunduk menekur lantai dek ketak*tan dengan renungan Danz yang garang.

"Dahlia dan saya akan berkahwin. Tolong restu hubungan kami." Sampuk Izzat.

"Apa?" Danz dan Farel tersentak. Mencerlung mata mereka berdua memanah Dahlia yang makin menunduk ketak*tan.

Saat ini mereka berada di pejabat Danz. Malam tadi Danz yang menguruskan hal tangkap basah adiknya di balai polis.

"Dahlia setuju nak kahwin dengan saya." Tekan Izzat lagi bila Danz seperti tak percaya dengan kata-katanya.

Dahlia panggung kepala. Bila masa p**a dia cakap setuju!

"Didi!"

Bahu Dahlia terenjut dek jerkahan Danz yang membingitkan telinga.

"Danz, sabar." pujuk Farel lembut.

Danz tarik nafas dalam. Direnung tidak lepas adiknya yang diam tertunduk seperti seorang banduan dijatuhkan hukuman.

"Didi kata nak move on! Habis ni apa? Betul Didi nak kahwin dengan mamat ni? Dia suami orang Didi!"

Danz dah tak boleh sabar. Geram dengan perangai Dahlia dan malu bila memikirkan adiknya membuat onar begini.

"Saya akan ceraikan Jasmeen."

"Kau diam!"

Izzat terus menikus bila disergah Danz. Tak berani mahu menyampuk lagi tatkala melihat wajah bengis Danz yang menak*tkan.

“Betul you nak kahwin dengan dia, Dahlia?”

Lutut Dahlia menggigil ketak*tan. Panggilan nama dan sebutan you cukup menjelaskan yang kemarahan Danz dah tak terbendung. Itu belum lagi bila nada dingin Danz memecah sunyi.

Dahlia rasa dia seperti berada di dalam mahkamah. Sedang disoal siasat bertubi-tubi dengan seorang pendakwa bernama Dazrin Danial.

“Lepas Izzat ceraikan Jasmeen.” Cicit dia perlahan.

“What?” Farel terlepas suara. Terlalu terkejut dengan pernyataan Dahlia.

“Dara Dahlia!” Danz meraup wajahnya yang merah padam menahan marah.

“Jangan mimpi Dahlia! Mana pergi akal logik kau ni ha! Kena sampuk hantu ke apa? Aku takkan benarkan kau kahwin dengan mamat tak guna ni!” Danz menjerkah kuat sebelum menerpa ke arah Izzat.

Kolar baju Izzat ditarik kasar membuatkan lelaki itu yang sedang duduk terlonjak bangun serta merta.

“Kau dengar sini jahanam. Aku takkan benarkan kau kahwin dengan adik aku! Aku tahu apa yang kau dah buat dekat dia. Aku tahu! Dan aku akan cari bukti atas semua jenayah yang kau dah buat!” Nada suara Danz rendah tetapi penuh amarah.

Usai memberi amaran, kolar baju Izzat dilepas kasar. Direnung tajam p**a Dahlia yang menikus ketak*tan. Diterpa ke arah adiknya lalu pergelangan tangan Dahlia ditarik kasar.

“Along!” terjerit kecil Dahlia dek terkejut dengan perbuatan Danz yang agak kasar. Sampai sakit tangan dia dicengkam si abang.

“Danz.” Farel cuba menahan kawan baiknya itu. Dia tak mahu Danz berkasar dengan Dahlia.

Mata Danz tajam membalas pandangan mata Farel yang redup.

“Aku tahu apa aku buat.” Pesannya tegas lalu menghilang bersama Dahlia.

Farel meraup wajah. Panggung kepala melihat Izzat yang terduduk lemas di sofa. Rasa kecewanya memuncak bila Dahlia setuju mahu berkahwin dengan lelaki itu.

www.wasap.my/60174108572/kombosweet

Mell Mariann Cik Bawang

“Jangan cakap macam tu. Apa pun yang berlaku, kita dah tak boleh berpatah balik. Anggap saja ini jalan sehala. Jambatan ...
07/08/2022

“Jangan cakap macam tu. Apa pun yang berlaku, kita dah tak boleh berpatah balik. Anggap saja ini jalan sehala. Jambatan di belakang kita dah terbakar. Kau sedar kan yang kita tak boleh balik semula ke sana?”

Mimi menghela nafas. Soalan Julia tidak dapat dijawab.

Julia mengerling Mimi. “Jangan pandang belakang lagi. Jangan ada penyesalan. Kita kena teruskan juga perjalanan ini walau apa pun yang berlaku. Aku dah berjanji kepada kau. Aku akan hantar kau balik. Jangan bimbang, okey?” katanya sambil cuba mengukir senyuman walaupun terasa berat.



Untuk tem pa han
www.wasap.my/60174108572/janjjulia

Novelis Maria Kajiwa

06/08/2022

HARI TERAKHIR
JEN NJ
SEPULUH HENGGET JERR
🎂🎂🎂🎂

KERANA AKU LELAKIMU😎

***
"Kau buat apa kat sini?"

"Dah kau balik sini, aku datang sini la cari kau."

"Tak payah cari aku dah. Cepat p**ak polis tu lepaskan kau."

"Jadi kau s**a la aku lama kat dalam?"

"Kau nak apa?"

"Duit."

"Aku takde duit."

"Agak-agak la kalau nak tinggalkan aku terus pun janganlah campak aku macam kau campak batu tepi jalan. Bagi can la sikit."

"Blah la. Tak payah cari aku dah. Family aku dah terima aku balik jadi takde sebab aku nak stay dengan kau."

"Kau cakap tak reti nak berlapik kan? Aku ni kalau nak hancurkan kau sekejap je aku boleh buat. Kau pregnant lagi kan? Hari tu masa aku nak kena cekup aku tengok pregnancy test yang kau pakai. Positif. Anak aku kan? Sebab rasanya kau takde menyendeng dengan jantan lain."

Aleeza kerutkan wajah. Dia terperangkap. Taqif tahu yang dirinya mengandung lagi.

"Hal aku kau tak payah nak sibuk."

"Aku nak duit je pun. Kau banyak duit. Bagi je lah."

"Kau balik. Nanti aku transfer."

"Aku nak cash."

"Takde la bodoh."

"Better kau bagi."

"Aku transfer sekarang."

Aleeza melakukan transaksi di telefonnya. Hanya kurang seminit, semuanya selesai. Dia menunjukkan bukti kepada Taqif. Lelaki itu senyum.

"Lima ratus ni untuk seminggu ni je. Nanti aku contact kau balik. Thanks sayang. Jaga baby kita elok-elok."

Aleeza menepis tangan Taqif yang singgah di pipinya. Dia sudah tidak s**a dengan usapan dari tangan lelaki itu. Dia menjeling ke dalam rumah. Tepat seperti yang diduga, Aleesya dan Zakuan sedang memerhatikan dirinya. Semak je.

Taqif meninggalkan Aleeza dengan deruman enjin motosikal yang sedikit bingit. Lelaki itu telah menjauh. Aleeza masuk ke dalam rumah.

"Sape laki tu?"

"Tak payah sibuk."

Aleesya geleng kepala. Dia pandang Aleeza yang menghenyakkan punggung ke atas sofa depan televisyen. Bersebelahan dengan Zakuan. Lelaki itu sedikit mengelak.

"I dah mandi. Takde bau langau pun."

Aleesya ambil tempat. Dia duduk di tengah-tengah. Adik kembarnya senyum.

"Kedek*t."

"Kau tu yang langau. S**a kacau laki aku dah kenapa?"

"Mana ada aku kacau dia. Depan kau kot. Takde pun aku pegang."

"Sebab tak sempat kan?"

Aleeza ketawa besar.

"Janganlah over sangat. Stress laki kau nanti. Over protective."

"Dengan kau semua benda kena over kalau tak nak kau yang take over."

Aleeza ketawa lagi. Dia s**a tengok muka selamba Zakuan. Lelaki itu hanya diam.

"Okeylah. Nak naik bilik. Macam kehadiran aku kat sini tak dialukan je."

Aleesya jungkitkan keningnya. Dia menggenggam tangan Zakuan.

"Best ke cerita ni sayang?"

Sengaja dia buat manja. Aleeza p**a yang menggeleng dengan perangai kakak kembarnya.
***

ws 0174108572

💜HEARTLESS SHAH RAYYAN💜‼️R M 15‼️“Terima kasih, bagi saya jambangan bunga rose dan tulip yang cantik tu,” ucap Rose sewa...
19/07/2022

💜HEARTLESS SHAH RAYYAN💜
‼️R M 15‼️

“Terima kasih, bagi saya jambangan bunga rose dan tulip yang cantik tu,” ucap Rose sewaktu kakinya melepasi jenang pintu pantri.

Dia memandang belakang tubuh Rayyan dengan penuh minat, teruja mahu melihat wajah lelaki itu setelah dua belas hari tidak bertemu.

Rindu? Adalah sikit!

Sebagai kekasih? No!

Sebagai musuh? Pun tak juga! Dia tak mahu bermusuh dengan Rayyan.

Kawan gaduh? Yes! Tepat sekali!

Bahu Rayyan terangkat sedikit dari kedudukan asal. Tanda dia terkejut disergah dalam diam. Pantas, tubuh berpusing seratus lapan puluh darjah ke belakang.

Rose! Pandangan mereka berlaga buat sesaat.

“Siapa kata saya yang bagi bunga tu pada awak?” soal Rayyan seraya memusingkan tubuh, kembali membelakangi Rose.

“I’m sorry”,” Rose ulang kata-kata yang tertera di atas kad ucapan yang diterimanya.

“Kata-kata tu… bukti awak pengirimnya,” tokok Rose yakin.

Rose ingat lagi, lima minit selepas Najla keluar dari wad, dia terima sejambak bunga tulip putih yang dikirimkan dengan ucapan ‘I’m sorry’, tanpa titipan nama pengirim.

Serta merta, Rose tahu jambangan itu datang daripada Rayyan. Hati yang sedih, terus berbunga-bunga.

Dia sangka, Rayyan tak peduli kalau dia mati sekalipun. Mana tahu, rupanya lelaki ini punya cara tersendiri untuk tunjukkan rasa peduli.

“Apa kaitan saya dengan I’m sorry?”
Rayyan pusingkan tubuh, menghadap Rose yang tak berhenti merenungnya sedari tadi.

Kaki kanan, Rayyan silangkan atas kaki kiri, berdiri sambil bersandar di kabinet pantri bersama kedua tangan yang diselukkan ke dalam kocek seluar.

Aksi Rayyan, buat hati Rose melompat satu denyutan! Tapi dek kerana sedar, niatnya cuma mahu berkawan, cepat-cepat Rose neutralkan semula rentak hati yang sudah pandai mahu huru-harakan hidupnya.

“Sebab awak rasa bersalah tinggalkan saya sendiri malam tu. Mungkin juga, awak nak minta maaf sebab awak pergi tanpa tolong saya, hingga saya terperangkap dalam lif dan hampir mati,” Rose bentangkan rumusannya.

“Jambangan bunga tu boleh datang daripada sesiapa saja, Rose. Mungkin pihak maintainance yang hantarkan pada awak, sebab mereka terlambat datang sepuluh jam untuk selamatkan awak,” kata Rayyan bersama mata yang tak lepas melekap di wajah menawan itu.

“Murah betul hati pihak maintainance, ya? Sampaikan sanggup hantarkan saya jambangan bunga ros merah dan tulip putih untuk meminta maaf, setiap satu jam… selama saya berada di hospital?” nada tak puas hati terlontar keluar dari mulut Rose.

Tangan naik memeluk tubuh, merenung wajah kacak maut Rayyan bersama kedua kening yang sudah ternaik tinggi.

‘Come on, Rayyan. Nak menipu pun, cerdiklah sikit!’ bidas Rose dalam hati.

“Why not? Mereka kaya. Lif pun boleh selenggara, apalah sangat setakat jambangan bunga,” jawab Rayyan acuh tak acuh.

Rose mendengus kasar. Geram dengan sikap Rayyan yang s**a bermain-main.

“Really? Pemurah benar mereka sampaikan bilik saya jadi taman bunga?” sinis Rose lagi.

Rayyan tak peduli langsung dengan kesangsian Rose. Semakin Rose berminat mahu mencungkil kebenaran, semakin galak Rayyan menayang riak beku di wajahnya. Menafikan!

“Empat puluh lapan jambangan, Rayyan! Empat puluh lapan! Masuk akal ke, pihak maintainance nak hadiahkan saya bunga sebanyak tu?” Rose renung wajah Rayyan dengan mata yang sudah memicing kecil.

Rasa geram mula memalu dada!

Kenapa susah sangat Rayyan mahu mengaku bahawa empat puluh lapan jambangan bunga yang diterima selama dua hari dia berada di wad itu, merupakan pemberian daripada Rayyan?

“Pihak maintainance bagi, awak rasa tak masuk akal. Tapi, awak rasa masuk akal p**ak kalau saya yang bagi sampai empat puluh lapan jambangan bunga pada awak?”

Rayyan bermain dengan logik akal, sambil menaikkan kedua keningnya.

Seolah-olah mahu katakan pada Rose. ‘Fikir Rose, fikir. Sebutlah dari arah mana sekalipun, memang tak logik langsung!’

‼️R M 15‼️

www.wasap.my/60174108572/heartlessANIS


   Safi mendekat. Berdiri di hadapan meja kerja Bilal. Wajah ketat itu dipandang dengan berani. Tak perlu tak*t untuk me...
17/07/2022



Safi mendekat. Berdiri di hadapan meja kerja Bilal. Wajah ketat itu dipandang dengan berani. Tak perlu tak*t untuk mencipta satu kenangan.
“Nak apa datang sini?”
“Nak abang. Safi rindu sangat dengan abang.”
Beberapa saat, Bilal terkedu di tempatnya berdiri. Fail di tangan diletak ke atas meja. Sudahlah dia masih terkejut lagi dengan kemunculan Safi, kini Safi dah buat dia hilang kata-kata.
“Kau nak apa, Safi? Jangan ganggu aku nak buat kerja.” Hanya itu yang keluar dari mulut Bilal. Kata-kata yang kasar serta menyakitkan.
“Safi nak jumpa dengan abang. Ada benda yang Safi nak cakap dengan abang.”
“Tak boleh tunggu sampai aku balik?”
“Tak sempat dah.”
“Apa?”
Safi menggeleng dalam senyuman. Dia pandang sekeliling sebelum hinggap kembali pada wajah Bilal.
“Kenapa abang sembuh cepat sangat?”
“Hah?”
“Kenapa abang sembuh cepat sangat? Safi tak puas lagi nak jaga abang. Nak berbakti untuk insan yang bergelar suami.”
“Kau tak s**alah aku dah boleh jalan sekarang ni? Kenapa? Ada hati untuk terus kekal sebagai isteri aku?”
Lama Safi merenung sebelum menggeleng. Sampai ke sudah, bicara Bilal tak pernah manis untuknya. Hanya tahu menuduh saja.
“Safi tahu semua tu takkan muncul dalam hidup Safi. Kalau Safi nak pun, Safi takkan dapat. Safi dah cukup bahagia dapat bersama dengan abang walaupun sekejap sangat waktu yang abang bagi Safi.”
“Habis, kau nak apa datang sini? Aku banyak kerja nak buat. Kalau tak ada apa-apa, kau boleh balik.”
“Garangnya abang dengan Safi. Sampai ke sudah, Safi tak berpeluang untuk mendengar bicara manis abang dengan Safi. Hanya suara kasar serta kesat saja yang Safi dengar. Tapi tak mengapalah. Suara kasar itu juga akan menjadi satu kenangan terindah dalam hidup Safi nanti.”
“Kau nak apa, Safi?”
“Safi nak jumpa abang aje. Safi…”
“Sayang!”
Bicara Safi terhalang oleh suara yang kuat itu. Adra yang baru muncul terus menerkam ke arah Bilal. Safi hanya dijelingnya sepintas lalu.
“Sayang, saya rindu sangat dekat awak. Lamanya nak tunggu kaki awak baik.”
Kedua tangan Bilal kini berada di dalam tangan Adra. Bila Adra memeluk tubuh Bilal, Safi paksa matanya untuk menoleh ke arah lain. Air mata yang keluar disapu dengan laju.
Perempuan lain sedang memeluk suaminya di hadapan mata. Hati mana yang tak sakit? Lebih-lebih lagi bila Bilal hanya membiarkan saja. Rela dirinya dipeluk Adra.
“Kau buat apa kat sini? Tugas kau dah selesai, kan? Kau dah boleh berambus dari hidup Bilal.”
“Akak jangan risau. Safi takkan kacau dia lagi. Dia hanya milik akak.”
“Dia memang milik aku. Kami akan berkahwin dalam masa yang terdekat ni. Bilal akan ceraikan kau nanti. Atau… awak dah ceraikan dia atau belum, yang?”
Lambat-lambat Bilal menggeleng. Melumpuhkan segala kekuatan dalam diri Safi.
“Dia pasti akan ceraikan Safi nanti. Adik beradik tak boleh nak bermadu, jadi dia pasti akan lepaskan Safi untuk berkahwin dengan akak.”
Kedua mata saling merenung. Safi enggan untuk alihkan perhatiannya ke tempat lain. Hanya pada wajah Bilal sahaja. Dia nak pandang muka itu puas-puas sebelum dia kehilangan Bilal untuk selama-lamanya.
Adra yang melihat sudah mula panas hati. Risau sekiranya Bilal tak nak lepaskan Safi. Tanpa menunggu, dia terus menuju ke arah Safi. Tubuh itu ditolaknya dengan laju.
Tubuh Safi hampir saja tersungkur ke lantai, namun masih berjaya dikawal oleh Safi. Matanya masih pada Bilal. Memandang bersama dengan deraian air mata.
Rasa sakit yang dia tanggung bukannya sedikit bila melihat wajah bersahaja Bilal. Bilal biarkan saja tubuhnya ditolak oleh Adra. Sedikit pun Bilal tak halang. Itu yang lebih menyakitkan hati Safi.
“Pergilah. Tugas kau dah berakhir hari ini. Aku nak kau berambus dari sini dan jangan muncul depan mata kami untuk selama-lamanya. Aku benci sangat tengok muka kau ni.”
Tubuh Safi ditolak lagi. Safi nampak Bilal menuju ke arah sini. Sebelum dia kena marah atau tengking dengan seorang lagi yang bencikan dia, biarlah dia pergi terlebih dahulu.
Safi tak sedih sangat bila orang lain yang hina dia, marah dia. Tapi dia tak sanggup untuk mendengar kemarahan daripada mulut Bilal. Ianya teramat-amat menyakitkan.


www.wasap.my/60174108572/MengalahEbookCikTet
Cik Tet

"Encik Dareem, ini bakal mak mertua saya, Puan Shida.”“Oh, bakal mak mertua rupanya. Patutlah saya nampak awak tak seles...
16/07/2022

"Encik Dareem, ini bakal mak mertua saya, Puan Shida.”
“Oh, bakal mak mertua rupanya. Patutlah saya nampak awak tak selesa tadi. Risau bakal mak mertua awak ni fikir yang bukan-bukan pasal kita?”
Aku cuma menunduk. Tak tahu nak cakap apa lagi.
“Jangan risau, puan. Saya cuma terserempak dengan dia di sini. Tak ada niat pun nak kacau bakal menantu puan yang ayu sangat ni. Saya dah ada anak, duda p**a tu. Takkanlah dia nak jatuh hati dengan duda anak satu macam saya ni.”
Melampaulah p**a. Pergi sebut habis pasal dia tu, buat apa?
“Oh, duda ke? Bercerai mati, atau...”
“Bercerai hidup. Jodoh tak panjang.”
“Awak masih muda lagi. Boleh cari yang lain nanti. Tapi, jangan sesekali nak kacau bakal menantu saya ni. Dia ni anak saya yang punya tau.” Seloroh Puan Shida dalam senyuman yang aku nampak macam sinis sangat. Tak tahulah sama ada dia nak bagi peringatan kepada Dareem, atau dia ada maksud lain.
“Jangan risau, puan. Dia hanya akan jadi milik anak puan tu. Bertuah anak puan dapat seorang pendamping yang ayu dan sopan macam ni. Ada sifat keibuan yang tinggi dalam diri.”
Pandailah dia. Ingat aku tak tahu yang dia cuma nak perli aku saja?
“Tak apalah, saya pergi dulu. Anak saya dah tunggu tu. Tadi, saya bawa dia jalan-jalan sebab dia rindukan mama dia. Bangun pagi terus panggil mama, cari mama dia. Kesian, orang tak ada mama.”
Waktu dia ucap semua itu, mata dia hanya pada muka aku saja. Seolah-olah sedang menyampaikan sesuatu kepada aku, sekaligus dia nak suruh aku serba salah dengan dia.
“Kesian dia. Cepat-cepatlah cari mama baru untuk dia. Awak pun muda lagi. Ada rupa, tak susah rasanya nak dapat pengganti bekas isteri awak tu.”
“Yang saya berkenan tu memang ada. Tapi sayang... dia dah nak jadi milik orang lain. Saya datang ke sini untuk dia, tapi dia dah buang saya dari hati dia.”
Dia dah buat aku terkaku di tempat aku berdiri. Dipasak dengan kata-katanya yang penuh makna itu. Dia maksudkan aku ke? Tapi, kenapa?
“Ya ke? Awak ada buat salah dengan dia ke, sampai dia merajuk dengan awak?”
Mata saling bertatapan. Aku nak tahu juga jawapan dari mulut Dareem. Apa sebenarnya yang ada dalam hati dia kalau benar dia datang ke sini untuk aku.
“Banyak salah saya pada dia. Saya langsung tak hargai bila dia ada di depan mata saya. Bila dia dah pergi, baru saya sedar yang dia begitu bermakna untuk saya.”
Tak tahu nak gambarkan perasaan aku bagaimana ketika ini. Sekeping hati yang sebelum ini teruk terluka kerana dia, kini dicuit kembali. Dia dah buat hati aku jadi tak menentu dengan kata-katanya itu.
Maksud dia apa? Kenapa rasa kesal itu yang meniti di bibirnya?
“Orang lelaki ni memang macam tu. Ego tu tinggi sangat. Waktu ada depan mata, sebelah mata pun tak sudi nak pandang. Bila dah hilang, baru nak menyesal. Nak cari balik.”
Kuat Dareem kena sembur dengan Puan Shida. Aku s**a juga sebenarnya. Memang lelaki s**a sangat menjunjung ego. Bermacam cara aku buat untuk tambat hati dia dulu, namun sedikit pun dia tak layan aku.
“Saya sedar, puan. Itu memang salah saya. Saya ego sangat waktu tu. Tapi tak mengapalah. Saya reda dengan pilihan yang dia dah buat. Asalkan dia bahagia, itu dah cukup untuk saya.”
Aku menunduk. Hati aku semakin resah. Semakin kucar-kacir. Aku tak nak semakkan semula hati aku dengan kenangan yang menyakitkan itu. Andai benar seperti apa yang dia kata tadi, bermakna dia dah terlambat. Aku dah buat pilihan dan aku akan hapuskan nama dia dari hati aku.



www.wasap.my/60174108572/dareem

Penerbitan Kaseh
Cik Tet

LELAKI GENGSTER UNTUK DIA “Tak payah buat-buat tanya. Geng gengster pun ada mesyuarat jugak ke? Tapi kenapa nak buat mes...
14/07/2022

LELAKI GENGSTER UNTUK DIA

“Tak payah buat-buat tanya. Geng gengster pun ada mesyuarat jugak ke? Tapi kenapa nak buat mesyuarat? Oo… mesti nak bincang siapa p**ak yang bakal kena lanyak lepas ni, kan?” tuduh Rozana tak agak-agak.
Tak peduli Reetawa besar Reezza kembali mengelegak.
“Awak!” Makin kuat ketawanya bila lengannya langsung ditampar.
Geram Rozana jadinya. Segan pun ada memandangkan banyak mata sedang memerhati gelagat mereka ketika ini biarpun masing-masing buat-buat tak kisah.
“Awak fikir saya ni jahat sangat ke, hah? Cuba awak tengok saya betul-betul. Muka begini punya handsome, layak ke pegang watak gengster? Jadi hero untuk awak lagi sesuai k*t.” Lagi panjang muncung Rozana.
“Tak payah nak berangan tinggi sangatlah. Tak adanya saya nak buat awak jadi hero saya,” cebik Rozana lalu Reeza ketawa lagi.
“Dua hari saya tak ada, jangan rindukan saya sangat tau. Susah saya nanti,” kata Reeza kemudian dengan nada yang lebih romantis pastinya kali ini.
“Tak ada kerja saya nak rindu awak,” sahut Rozana selamba.
Padahal dalam hati, ada rasa lain yang mulai timbul biarpun lelaki itu masih berada di depan mata. Rasa kehilangan.
Dia hanya merengus memandang Reeza kembali meluah tawa.
“Kerja baik-baik tau. Balik dari KL nanti saya berikan awak duit hantaran ya,” ucap Reeza lagi, penuh sungguh.
Belum pergi pun hatinya sudah rindu. Entah macam mana dia nak menahan rasa hati selama berpisah nanti, Reeza masih tak tahu.
Berkerut semula dahi Rozana.
“Duit hantaran? Buat apa nak bagi saya duit hantaran?” soal Rozana dengan muka sudah berubah rona.
“La… nak buat apa lagi, nak halalkan hubungan kita nilah sayang. Takkanlah sampai ke tua kita nak berdating kat depan pintu butik mak cik Marina ni. Tak nak saya. Tak best.”

TUKANG MASAK TUAN GENGSTER

“Hah, ada pun. Macam ni kan bagus. Mudah aku nak buat kerja.” Kayu panjang itu segera dicapai sebelum dia mula menjolok. Sekali, dua kali. Kali ketiga, terkena tepat pada tempatnya lalu buk! Serentak itu,
“Aduh!” Aireen terduduk ke tanah. Bersebelahan buah betik yang ik*t tergolek jatuh.
“Kau okey tak?” Aireen langsung menoleh. Berderau darahnya melihat kelibat yang sudah tergesa-gesa mendapatkannya. Duduk bertinggung di sisinya dengan mata sudah meliar ke seluruh tubuhnya.
“Err… saya okey aje tuan,” sahutnya dengan jemari menggosok-gosok kepala tempat buah betik mendarat terlebih dulu sebelum bergolek ke tanah. Tersejat darahnya bila jemarinya bersentuhan dengan jemari kasar lelaki itu. Dia gosok kepala aku? Biar betul tuan muda ni!
“Hei kau ni. Tak ada mulut ke apa sampai tak reti nak minta tolong orang? Kalau ya pun nak ambil betik, suruh ajelah Pak Nan ke, aku ke. Bukan main jolok ik*t sedap sendiri aje.” Tak pasal-pasal Aireen terpaksa dengar bebelan lelaki itu.
“Apa p**ak? Setakat nak ambil betik tu, saya boleh buat sendirilah. Tak payah nak menyusahkan orang ke apa,” sahut Aireen seraya bangun. Bajunya yang terkena kotoran segera digosok-gosok dengan telapak tangan.
“Yalah tu buat sendiri. Tak pasal-pasal kepala otak kau tu dah kena hempap dengan betik. Mujur betik. Kalau buah kelapa tadi, aku berani jamin. Dah berserban kepala kau tu, tahu? Siap dapat pakej terbaring kat wad hospital lagi.” Azmir masih tak puas membebel. Siap cekak pinggang lagi.
“Isy, tak baik tahu tuan doakan saya macam tu. Terkena betik aje k*t. Tuan merepek sampai ke wad segala apahal p**a?” Aireen ik*t cekak pinggang.
“Bukan aku merepek, tapi aku ingatkan aje. Ingat kena hempap buah tu perkara main-main ke? Sekali kena seumur hidup pun belum tentu boleh betulkan balik urat-urat kepala kau tu.”
“Huh. Dahlah tuan, malas saya nak layan cakap tuan tu lagi.” Aireen terus capai buah betik sebelum mahu berlalu. Namun tiba-tiba dia terpijak tanah lembut. Hampir tergelincir lalu,
“Argh!” Dia terjerit sebelum lengan Azmir langsung disambar.
Lelaki itu tidak bersedia lalu gedebuk! Kedua-duanya sudah jatuh bergolekan di tanah basah kebun. Saling bertindih.
“Astaghfirullah al-azim. Kau orang berdua ni nak kahwin free ke apa? Kalau betul s**a sama s**a, suruh orang tua masuk kira. Lepas nikah nanti nak buat apa pun orang tak kata apa dah,” sergah Pak Nan tiba-tiba saja muncul di situ. Lelaki tua itu sedang sibuk membersihkan laman tepi rumah sewaktu kedengaran riuh-rendah itu.
“Isy, Pak Nan nak jangan nak buat cerita ya. Bukan saya doa minta benda ni jadi pun!” Aireen terus menyanggah. Cepat-cepat dia bangun dari terus mendarat di tubuh Azmir. Kebas mukanya waktu ini, Allah saja tahu.

untuk tempahan boleh ke link www.wasap.my/60174108572/komboQQ

Qhayra Qhayriesa

Address

Brickfields
Kuala Lumpur
50470

Telephone

0174108572

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NZ Jual Buku posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to NZ Jual Buku:

Shortcuts

Share

Category