K-Shoppe Uitm Negeri Sembilan

K-Shoppe Uitm Negeri Sembilan K Shoppe UiTM Negeri Sembilan Bidang utama dalam kelab MYAGROSIS ini ialah Agro Ladang, Agro Niaga, Agro Inovasi dan Agro Akuakultur.

MYAGROSIS

Kelab MYAGROSIS ditubuhkan untuk membangunkam generasi hari ini dan melahirkan generasi akan datang yang berdaya saing dan maju dalam sektor pertanian. Generasi hari ini yang sedang melanjutkan pengajian di semua IPTA seramai 546,987 orang, merupakan sumber tenaga yang boleh digunakan untuk pembangunan pertanian negara. Graduan universiti yang kreatif dan berdaya usahawan diharapka

n dapat membantu dalam isu-isu seperti pengwujudan pekerjaan, teknologi inovasi, pertumbuhan ekonomi dan seterusnya menjadikan Malaysia lebih berdaya saing di peringkat global. Kerjasama melalui pendekatan Blue Ocean Strategy antara Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dengan Kementerian Pengajian Tinggi telah diterjemahkan dengan penubuhan Kelab Myagrosis. Kelab ini akan ditubuhkan di semua 20 IPTA di Malaysia dan dijangkakan akan melibatkan 20,000 orang pelajar IPTA. Kerjasama ini akan menjadikan kawasan tanah yang luas di IPTA untuk dibangunkan oleh ahli kelab bagi menambah pengeluaran pertanian negara dengan menggunakan teknologi terkini dengan penglibatan generasi hari ini iaitu siswazah. Objektif penubuhan Kelab MyAgrosis ini adalah bagi melahirkan generasi usahawan siswazah tani moden yang kreatif dalam mengamalkan pelbagai kaedah teknologi untuk mencapai berpendapatan tinggi dalam bidang perniagaan tani. Rujukan:

http://www.fama.gov.my/en/myagrosis
http://www.agrobank.com.my/myagrosis

Address

UiTM
Kuala Pilah
72000

Telephone

01113182488

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when K-Shoppe Uitm Negeri Sembilan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share