05/12/2022
Cendawan kukur atau dikenali cendawan sisir lazimnya hanya ditemui pada batang pokok kayu mati atau hidup.
Secara amnya, cendawan kukur tumbuh meliar dan mula hidup selepas hujan. Tidak hairan, cendawan berkenaan hanya boleh ditemui mengikut musim tertentu hingga ada ketikanya ia sangat sukar diperoleh.
Cendawan kukur atau cendawan sisir lazimnya hanya ditemui pada batang pokok kayu mati atau hidup
Kini cendawan kukur boleh didapati sepanjang masa dan tidak lagi perlu bersusah payah mencarinya.
Selain itu, katanya, cendawan kukur yang boleh diusahakan sendiri ini mampu mengelak risiko keracunan jika ia dikutip tanpa diketahui keadaan persekitaran ketika itu.
Hasil penyelidikan dijalankan, cendawan kukur mempunyai khasiat nutrisi dan perubatan yang tinggi berbanding cendawan lain antaranya cendawan butang, enoki dan tiram. Cendawan kukur mengandungi schizophyllan iaitu sejenis ramuan di dalam ubat antibarah khususnya barah serviks. Ia bertindak meningkatkan sel imun bagi membunuh sel barah, virus atau kuman yang menyerang badan. Ia juga mengandungi sebatian antioksidan yang kuat seperti selenium, asid protocatechuic, ergotheionene dan sebatian fenolik yang diperlukan bagi menyingkir toksik dalam badan selain kaya dengan protein, karbohidrat, magnesium dan vitamin