10/09/2026
GAMBAR: SUASANA CABUTAN BERTUAH DELFI (10.9.2026)
Alhamdulillah selesai sudah majlis penyampaian hadiah untuk Cabutan Bertuah Delfi Bersama Sabasun yang berlangsung di Bukit Kecil petang semalam.
Majlis berlangsung meriah dengan kehadiran semua pemenang yang datang dari pelbagai kawasan. Ada yang datang dari Kijal, dari Ajil, dari Cheneh, dari Dungun dan termasuklah pemenang-pemenang yang tinggal di sekitar Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.
Majlis turut disertaikan wakil dari syarikat SJ Ria Marketing sebagai penaja utama bagi cabutan bertuah ini.
Terima kasih juga kepada semua kru-kru sabasun yang bersusah payah menjayakan program ini, dan semua yang hadir bagi menyempurnakan majlis.
Semoga ada rezeki, kita buat lagi. InsyaAllah.
Jangan lupa untuk sentiasa support Sabasun ๐
Terima kasih
Bye-bye