13/07/2021
PENCUCI MUKA BERBUIH TAK BAGUS UNTUK KULIT. KENAPA?
Uolls tahu tak, kenapa pencuci muka yang menghasilkan banyak buih tak bagus untuk kulit muka?
Biasanya pembersih muka yang banyak buih ni mengandungi 'surfactant' (bahan untuk menanggalkan mekap dan membersihkan muka) yang sengaja ditambahkan ke dalam pencuci muka uolls.
Bahan buatan untuk menghasilkan buih yang banyak (paling popular SLS) iaitu SODIUM LAUREL SULFATE. Ianya di buat dari asid sulfurik, monododecyl ester dan sodium salt.
Pendek kata, SLS ni bukan semulajadi, tapi sintetik dan ia dihasilkan dari BAHAN KIMIA. Bahan-bahan ini memanglah buatkan uolls rasa muka jadi ‘sangat bersih’ tapi sebenarnya ia akan mengeringkan dan lebih memudaratkan kulit.
Kenapa buih tu berbahaya?
SLS sejenis bahan kimia yang terbukti secara klinikal boleh mendatangkan kerengsaan pada kulit seterusnya akan menyebabkan iritasi pada kulit dan membuatkan kulit menjadi sangat sensitif.
Bagaimana SLS bertindak mengeringkan kulit?
Pencuci muka yang ada SLS ni akan membersihkan kulit dengan cara ‘mengikis’ iaitu membuang lapisan minyak semulajadi pada kulit. Inilah penyebab kulit uolls menjadi kering sebab kelembapan semulajadi kulit tu dah hilang.
Jika uolls perasan, kulit muka akan jadi tegang sebaik sahaja selesai mencuci muka. Mungkin uolls rasa tegang itu bagus tapi lama-kelamaan kulit uolls rasa pedih seakan ditarik-tarik.
So uolls fikir-fikirkanlah. Pilihlah pencuci muka yang betul dan selamat untuk rawat kulit muka uolls ok.
Tips kenapa perlu pilih HYDRATING CLEANSER.
1. Tidak menegangkan kulit - Kulit yang menegang berpunca daripada kulit yang mengering akibat pencuci muka yang tidak sesuai.
2. Membersihkan kotoran dalam liang pori - Muka berminyak dan gemar memakai solekan akan menyebabkan masalah liang pori tersumbat. Cucilah muka dengan HYDRATING CLEANSER supaya kotoran yang tersumbat tadi dapat dikeluarkan secara mendalam.
3. Bertindak secara lembut - HYDRATING CLEANSER tidak menghasilkan buih yang banyak apabila di gosok pada tangan sebab kandungan pH nya yang NATURAL serta tidak mengandungi SLS, bertindak mengekalkan kelembapan semulajadi kulit sepanjang hari. Ia tidak menghakis pigment dan lapisan kulit muka uolls.
4. Melembapkan kulit - Pencuci muka yang terbaik adalah dapat melembapkan kulit. Bukan sahaja kulit akan jadi bersih, tapi juga sihat dan bebas bernafas.
HYDRATING CLEANSER
Formulasi dengan kandungan Aloe vera untuk melembutkan dan merawat kulit. Selain daripada menyembuhkan, aloe vera juga kaya dengan vitamin C dan E yang membantu untuk mengekalkan kelembapan kulit.
Aloe vera adalah salah satu bahan di dalam HYDRATING CLEANSER yang boleh merawat kulit secara perlahan.
Turut diperkaya dengan kandungan MINYAK ROSEHIP yang mempunyai Vitamin C yang lebih tinggi daripada lemon. Ini akan membantu kurangkan kesan kulit yang rosak akibat cahaya UV. Vitamin A juga membantu kurangkan kesan kedutan dan hiperpigmentasi.
So uolls rasa HYDRATING CLEANSER ni sesuai kan dengan kulit muka uolls? Jadi apa tunggu lagi, bertukar lah kepada pencuci muka yang tidak menghasilkan banyak buih agar kulit muka kekal lembap dan licin.