30/07/2022
KINABATANGAN:
BIDADARI SYURGA
MENYELAMATKAN IBU DARI BUAYA
MOHON DOA SEMUA SUPAYA MUDAH DIJUMPAI MAYATNYA 🙏
"dia Telah selamatkan ibu dia.
dia tolak ibu dia jauh2 dari dia.
pastu dia yg disambar ditarik masuk kedalam air.
Seorang wanita dilaporkan hilang selepas dipercayai disambar buaya dalam satu kejadian di Kampung Tanjung Bulat, dekat sini, pada Sabtu.
Dalam kejadian sekitar pukul 3.40 petang itu, mangsa, Norsila Sayong, sedang memancing di tebing anak sungai yang bersambung dengan Sungai Kinabatangan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamaluddin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.42 petang.
"Mangsa dilaporkan memancing bersama keluarganya di tebing sungai di kampung berkenaan ketika kejadian.
"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang giat dijalankan dan perkembangan semasa akan dimaklumkan, " katanya ketika dihubungi pada Sabtu.
Salam takziah dari kami🙏😔
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
Rumah lelongan bank pantai timur
http://www.wasap.my/601137592599
Baucer free RM20 pembelian baru
https://shp.ee/ncu3x6t