LegauToys Collection

LegauToys Collection My personal diary and my journey in collecting toy figures. Sharing thoughts about my collection.

[News]Pop Mart - Naruto lagi.. Tapi aku belum dapat maklumat lengkap lagi berkenaan barang ni.. Nanti aku kemas kini sem...
28/08/2026

[News]
Pop Mart - Naruto lagi.. Tapi aku belum dapat maklumat lengkap lagi berkenaan barang ni.. Nanti aku kemas kini semula dengan maklumat terkini..

[News]Pop Mart - Naruto Shipppuden - Childhood SeriesMendapat perkhabaran satu lagi Pop Mart Naruto akan dilancarkan pad...
27/03/2026

[News]
Pop Mart - Naruto Shipppuden - Childhood Series

Mendapat perkhabaran satu lagi Pop Mart Naruto akan dilancarkan pada hujung bulan Mac 2026. Seperti biasa, Pop Mart terkenal dengan bentuk jualan kotak misteri. Dimana kali ini terdapat sebanyak 12 watak yang dikeluarkan beserta 2 watak istimewa. Watak keluaran khas itu tidak lain adalah watak paling utama iaitu Naruto dan Sasuke. Ini menjadikan keluaran kali ini berjumlah 14 jenis kesemuanya. Dapatkan watak kegemaran anda sementara barang masih ada.

ps :- Well, aku takde lain la memang target Gaara je.. Benda boleh beli terus, buat apa nak bazir duit beli blind box.. Selamat memburu...!!

[News]Ichiban Kuji Naruto Kazekage Rescue ArcRelease date schedule July 2026Prize D - Kazekage Gaara
09/02/2026

[News]
Ichiban Kuji Naruto Kazekage Rescue Arc
Release date schedule July 2026
Prize D - Kazekage Gaara

Dalam hati aku.. Teringin sangat nak kumpul kamen rider black rx.. Masa kecik aku dulu, ini la kamen rider yang aku berp...
23/11/2025

Dalam hati aku.. Teringin sangat nak kumpul kamen rider black rx.. Masa kecik aku dulu, ini la kamen rider yang aku berpeluang tengok pun. Cuma masa tu bukan la versi jepun. Tapi versi saban.. Nama dia waktu tu mask rider.. Itu pun dah cukup menghiburkan masa kanak-kanak aku.. Helmet dan koler suit dia buat watak kamen rider black rx betul-betul nampak seakan-akan belalang..

Masa pun berlalu berserta umur aku yang meningkat tua ni.. Sampai aku pun lupa, ini la satu-satunya watak kamen rider yang pernah mendapat tempat dihati aku.. Sampai la hari tu aku nampak release SKC kamen rider black rx. Tiba-tiba bangkit semula kenangan mask rider menerjah ingatkan aku.. Sakit sungguh perasaan ni.. Mencintai, tapi tidak memiliki..

Aku kemam perasan ni.. Kemudian aku telan.. Agar dia tenggelam semula jauh ke dalam hati aku dengan harapan dia menghilang bersama waktu.. Tapi takpa la.. Mungkin bukan hari ni.. Kalau ada rezeki nanti akan bersusun jugak koleksi kamen rider black rx dalam rak mainan aku tu..

Hari ni aku di Taman Botani Kepong.. Memenuhi jemputan Pink October Fun Run anjuran Hospital Selayang. Program 1 hari je...
04/10/2025

Hari ni aku di Taman Botani Kepong.. Memenuhi jemputan Pink October Fun Run anjuran Hospital Selayang. Program 1 hari je 5/10/2025 dari jam 7 pagi sampai 12 tengah hari. Nak datang meet and greet siapa LegauToys pun boleh..

[News] PopMart dengan kerjasama Toei Animation telah melancarkan kotak kejutan rahsia bertemakan Kapal Besar dalam anima...
03/09/2025

[News]
PopMart dengan kerjasama Toei Animation telah melancarkan kotak kejutan rahsia bertemakan Kapal Besar dalam animasi One Piece. Pelancaran seluruh dunia diumumkan pada bulan Ogos 2025. Keseluruhan set berjumlah 12 biji semuanya tidak termasuk sebiji kapal misteri. Saiz purata setinggi 7cm ke 8cm setiap satu. Pengumpul mainan One Piece boleh mendapatkannya di kedai jualan rasmi PopMart di seluruh Malaysia.

Aku takde target lain, memang nak Baratie je.. Koleksi misteri yang dimaksudkan adalah kapal Luffy - The Going Luffy Senpai.. Kapal lain semua lawa. Saiz item ni lebih kurang WCF.

[News]Burger King® Malaysia akan buat kerjasama eksklusif dengan Naruto!. Untuk masa terhad sahaja, kipas susah mati Nar...
17/07/2025

[News]
Burger King® Malaysia akan buat kerjasama eksklusif dengan Naruto!. Untuk masa terhad sahaja, kipas susah mati Naruto boleh dapatkan koleksi Naruto dari cawangan Burger King terpilih di seluruh negara.

Satu set ada 8 figura koleksi Naruto edisi terhad kesemuanya. 1 figura diberikan secara rawak dengan setiap pembelian King Jr. Meal. Jadi para pengumpul mainan harus memburu 8 figura untuk melengkapkan 1 set figura koleksi Naruto. King Jr. Meal didatangkan dengan pilihan 4-pc Nuggets, BK Chick'N Crisp®, atau Cheeseburger, dan termasuk kentang goreng dan Milo, semuanya dihidangkan dalam beg khas kanak-kanak Naruto.

Turut ditawarkan dalam kempen ini ialah Sate Burger Meal, iaitu: 1. Sate Tendercrisp™, dengan ayam rangup dan sos sate kacang berkrim, dan 2. Burger Daging Sate XL, yang dilapisi dengan daging lembu panggang dan perisa sate yang berani dan berperisa. Dengan setiap pembelian hidangan ini, peminat kipas susah mati Naruto boleh menebus baju-T Naruto “Your Ninja Way” edisi terhad dengan hanya RM25.90!

Dalam kempen ini juga, BK Sunway Pyramid, BK Elmina Lakeside Mall, BK Limbongan Melaka, atau BK Botani Village Ipoh akan melakukan dekorasi penuh bertemakan Naruto! Promosi berlangsung dari 21 Julai hingga 31 Ogos 2025, selagi stok masih ada!

Ikuti Burger King Malaysia untuk maklumat lanjut.
Facebook: https://www.facebook.com/bkmalaysia

Jom serbu Burger King dan selamat memburu koleksi Naruto anda!

[News]Funko POP! Animation (2073) - Dragon Ball GT - Vegeta SS4.Tarikh keluar pasaran pada Ogos 2025.Akhirnya ada alasan...
10/07/2025

[News]
Funko POP! Animation (2073) - Dragon Ball GT - Vegeta SS4.
Tarikh keluar pasaran pada Ogos 2025.

Akhirnya ada alasan nak beli funko Vegeta. Selama ni aku skip semua figura vegeta mainkan dia Ichiban Kuji. Tapi memandangkan ini SS4, figura biasa, gashapon malahan keychain pun aku kumpul.

[News] Blokees Kamen Rider Galaxy Version 04Di jangka keluar Ogos 2025ps :- Aku update gambar Kamen Rider Dread je sebab...
09/07/2025

[News]
Blokees Kamen Rider Galaxy Version 04
Di jangka keluar Ogos 2025

ps :- Aku update gambar Kamen Rider Dread je sebab itu je wish-list aku..

[Sesi Curhat] Aku akur yang aku ketinggalan dalam hobi koleksi mainan. Ada banyak mainan yang aku terlepas sebab aku bar...
10/06/2025

[Sesi Curhat]
Aku akur yang aku ketinggalan dalam hobi koleksi mainan. Ada banyak mainan yang aku terlepas sebab aku baru tahu kewujudan dia sedangkan item tu dah lama release sampai item tu dah takde di pasaran. Kalau ada di pasaran pun mungkin harga dia sekarang dah jadi tak masuk akal. Atau secara jujurnya aku tak mampu la nak ikut rentak harga yang macam gitu.

Walaupun begitu, cita-cita aku tetap tinggi. Dalam kes aku ni, aku terlepas nak kumpul bandai legacy zords yang aku kena buru. Bukan banyak pun yang aku perlukan. Aku cuma nak white tigerzord (won tiger), dragonzord (dragon caesar) dan falconzord (tsubasamaru) untuk custom jadi white tiger dragonzord idaman aku ni.. Tapi lineup bandai legacy dah susah nak jumpa dan harga 2nd hand value dia sekarang melampau.

Walau bagaimanapun, spektrum koleksi mainan ni luas.. Kalau tak dapat bandai legacy, masih ada lagi cara lain untuk aku laksanakan cita-cita aku.. Ada banyak lagi lineup lain yang aku boleh pilih. Kebetulan aku dapat ilham yang lebih baik. Aku rasa aku lebih selesa dan tenang dengan pilihan alternatif ni nanti. Dan yang pastinya nak custom pun lebih mudah jika nak di bandingkan dengan bandai legacy. Ada banyak kelebihan dari pilihan alternative dari pilihan asal bandai legacy.

Ok.. Gambar ni adalah gambar white tiger dragonzord. Dia tak ada dalam sentai zyuranger mahupun di mighty morphine power rangers. Dia cuma ada dalam siri komik power rangers sahaja. Aku s**a sangat dragonzord (dragon caesar) sampai aku nak kumpul semua form dia dalam mana-mana siri pun. Dan kalau dia takde official release, aku akan custom sendiri. Tulah beban fikir yang bersarang dalam kepala aku sekarang ni. Sedikit dilema dan cara menyelesaikannya.. Macam mana aku nak selesaikan masalah ni. Kita tengok nanti jika ada rezeki dan jika tuhan mengizinkan..

Address

Kuala
42300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when LegauToys Collection posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share