11/09/2026
Syarikat Air Terengganu (SATU) telah menganjurkan sesi tazkirah bertajuk Perbaiki Kualiti Solat, Sempurnakan Ibadah bertempat di ibu pejabat SATU. Tazkirah ini dibawakan oleh Ustaz Muhaimin bin Selawi daripada Ikatan Muslimin Malaysia Cawangan Terengganu.
Sesi ini memberi ruang kepada warga kerja untuk menyemak dan memperbetulkan bacaan Surah Al-Fatihah, di samping mendalami perincian wuduk serta tertib solat yang sering dianggap ringan tetapi memberi impak yang besar kepada kesempurnaan ibadah.
Sebagai sebahagian daripada tanggungjawab organisasi terhadap kesejahteraan warga kerja, inisiatif kerohanian secara berkala ini menjadi landasan penting bagi membimbing warga kerja kembali kepada asas agama serta menyuburkan nilai murni di tempat kerja. Usaha berterusan ini mencerminkan komitmen SATU dalam melahirkan tenaga kerja yang bukan sahaja cekap menyempurnakan tanggungjawab membekalkan perkhidmatan utiliti, tetapi juga teguh rohani dan berintegriti dalam setiap aspek kehidupan dan ibadah.