11/10/2021
🥧RESEPI KEK BATIK CHEESE🧀
Min tahu sekarang tengah viral semua makanan letak cheese kan😂 So harini min nak kongsikan something special untuk korang semua iaitu resepi kek batik cheese.
BAHAN-BAHAN:
•250gm mentega
•1/2 cawan susu pekat
•2 1/2 cawan milo
•3 sudu makan serbuk koko 1 paket biskut meri
BAHAN KRIM KEJU:
•500gm cream cheese (krim keju)
•1 cawan gula aising
•1 biji telur
•2 sudu makan tepung gandum
1. Cairkan mentega dan masukkan susu pekat. Gaul sebati.
2. Kemudian masukkan serbuk koko dan milo. Kacau hingga sekata.
3. Masukkan biskut yang telah dipatahkan. Gaul hingga bersalut sempurna.
4. Tuang biskut ke dalam loyang bersaiz 10x10 yang telah dialas dengan plastik. Ketepikan.
5. Untuk membuat krim keju, satukan kri keju, gula aising, telur dan tepung gandum. Adun hingga sebati dan tak berketul.
6. Tuang adunan keju ke atas kek batik. Ratakan.
7. Bakar pada suhu 150cc selama 20 minit.
8. Sedia untuk dinikmati.
Nak lagi perkongsian menarik yang lain? Follow IG Chococrispy.untuk