NADI Pakr Panching

NADI Pakr Panching Pusat Sebaran Maklumat Nasional yang menyediakan pelbagai kemudahan untuk kegunaan penduduk kampung khususnya penduduk kampung Panching.

TAKWIM AKTIVITI/PROGRAM NADI PAKR PANCHING BAGI BULANAN SEPTEMBER 2026☎️wasap.my/60163307426/perkhidmatanpintarnadi
07/09/2026

TAKWIM AKTIVITI/PROGRAM NADI PAKR PANCHING BAGI BULANAN SEPTEMBER 2026

☎️wasap.my/60163307426/perkhidmatanpintarnadi

07/09/2026
07/09/2026

📢 ENGLISH PROFICIENCY 7-13 SEPTEMBER 2026 📢

Khas untuk pelajar Guidance Tuition!

Nak mantapkan penguasaan grammar Bahasa Inggeris anda? Minggu ini kita akan fokus kepada salah satu asas tatabahasa yang paling penting. Jangan lepaskan peluang untuk belajar secara santai tapi berkesan!

🗓️ Tarikh: 7-13 September 2026
📝 Topik: Lesson 38 - Articles

Kenapa modul ini best?
✅ Pembelajaran Secara Kendiri: Anda boleh belajar mengikut kelajuan sendiri tanpa tekanan.
✅ Masa Fleksibel: Waktu pembelajaran adalah mengikut keselesaan anda sendiri.
✅ Pemantauan Prestasi: Pencapaian anda akan dipantau melalui rekod kemajuan bulanan untuk pastikan anda sentiasa on track.
✅ Akses Penuh: Nikmati akses kepada semua elemen pembelajaran yang disediakan.

Program ini adalah KHUSUS untuk pelajar Guidance Tuition sahaja.

Langkah Penyertaan:
1. Kunjungi NADI terdekat
2. Login ke LMS Tuisyen Rakyat (dilea.nadi.my)
3. Masuk ke course English Proficiency
4. Sertai pembelajaran
5. Tanda penyertaan di dalam dalam LMS & NES

07/09/2026

📢 PENDAFTARAN EDUTIPS SIRI 3 KINI DIBUKA!

Siri video pendek Program Khas NADI Tuisyen Rakyat kini kembali dengan topik yang lebih menarik: Teknik Pomodoro.

Ubah cara belajar anda hari ini supaya masa belajar betul-betul berbaloi dan jauh lebih berkesan!

📅 Tarikh Tayangan: 7-13 September 2026 (waktu fleksibel)
⏰ Format: Siri video pendek
💵 Yuran: PERCUMA di NADI berdekatan anda
👥 Sasaran: Terbuka kepada semua peringkat umur

💡 Antara isi penting menarik dalam Siri 3:
* Konsep Asas Pomodoro: Melaksanakan 25 minit kerja berfokus yang disusuli 5 minit rehat mikro bagi mengelakkan otak menjadi tepu atau burnout.
* 4 Langkah Pelaksanaan: Panduan pantas bermula daripada memilih tugasan spesifik, membuang gangguan, berfokus 25 minit, hingga berehat 5 minit.
* Nisbah Masa Mengikut Subjek: Pelarasan masa fokus dan rehat mengikut kesesuaian beban mental subjek Pengiraan, Hafalan, serta Penulisan.
* Tips Pantas: Larangan membuka media sosial sewaktu rehat 5 minit serta penggunaan "Aturan 5 Saat" (5-4-3-2-1) untuk mengelakkan rasa malas.

📌 Panduan langkah penyertaan:
1. Layari LMS NADI Tuisyen Rakyat di dilea.nadi.my.
2. Pilih course Edutips (di bawah kategori Special Programme).
3. Tonton siri video EduTips Siri 3.
4. Tanda kehadiran anda melalui NES dan LMS.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan NADI berdekatan anda.

🎓 Daftar sekarang & tingkatkan produktiviti belajar anda hari ini!

JOM SERTAI PROGRAM SSM BIZSTART SIRI 7/2026 Jom sertai webinar ini untuk mendapatkan maklumat terkini dan perkongsian be...
03/09/2026

JOM SERTAI PROGRAM SSM BIZSTART SIRI 7/2026

Jom sertai webinar ini untuk mendapatkan maklumat terkini dan perkongsian bermanfaat berkaitan Pendaftaran Perniagaan serta Produk dan Perkhidmatan SSM.

📅Tarikh:22 September 2026 (Selasa)
⏰ Masa:9.00 pagi – 12.00 tengah hari
💻 Platform:Microsoft Teams Webinar

Penyertaan adalah percuma dan terhad kepada 1,000 peserta sahaja.

📲 Imbas kod QR pada poster atau klik pautan di bawah untuk mendaftar:

🔗 [88d68b49-cd99-430c-95a5-aa63f3b820d7@49da479b-9de2-4ed2-ad4b-e6145c015d6c?source=copyLinkLegacyShareLinkDialog" rel="ugc" target="_blank">https://events.teams.microsoft.com/event/88d68b49-cd99-430c-95a5-aa63f3b820d7@49da479b-9de2-4ed2-ad4b-e6145c015d6c?source=copyLinkLegacyShareLinkDialog

Jangan lepaskan peluang ini! Daftar sekarang dan jumpa anda di webinar SSM!

02/09/2026
Program Senam Sihat MADANI Merdeka 2026
29/08/2026

Program Senam Sihat MADANI Merdeka 2026

28/08/2026

INFO | INISIATIF BAJU SEKOLAH NADI

Inisiatif Baju Sekolah NADI merupakan inisiatif NADI yang dilaksanakan sebagai kesinambungan daripada program NADI Mahir Jahit, salah satu program di bawah Perkhidmatan Pintar NADI.

Program NADI Mahir Jahit telah memberi peluang kepada peserta mempelajari kemahiran menjahit yang boleh dimanfaatkan untuk menjana pendapatan. Melalui inisiatif Baju Sekolah NADI, kemahiran tersebut diteruskan melalui penghasilan baju sekolah oleh Alumni Mahir Jahit untuk memenuhi keperluan komuniti.

Antara objektif inisiatif ini adalah untuk:

•⁠ ⁠Membuka peluang kepada peserta dan alumni NADI Mahir Jahit, termasuk suri rumah dan ibu tunggal, untuk menjana pendapatan melalui kemahiran yang dimiliki.
•⁠ ⁠Menyediakan pilihan baju sekolah yang lebih murah dan mudah diperoleh oleh ibu bapa dan komuniti.
•⁠ ⁠Membolehkan bayaran dibuat secara ansuran tanpa faedah dan caj tambahan.

Kemudahan bayaran secara ansuran ini diperkenalkan sebagai salah satu pilihan bagi membantu meringankan komitmen pembayaran, khususnya bagi keluarga yang mempunyai keperluan pembelian baju sekolah untuk lebih daripada seorang anak.

Teruskan menyokong usaha NADI dalam memperkasakan komuniti melalui pelbagai inisiatif yang disediakan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program Perkhidmatan Pintar NADI, layari www.nadi.my.




28/08/2026
Jom Sihat dengan NADI!Sempena Bulan Kebangsaan 2026, Senam Sihat MADANI Merdeka bakal menyatukan komuniti di 1,099 NADI ...
28/08/2026

Jom Sihat dengan NADI!
Sempena Bulan Kebangsaan 2026, Senam Sihat MADANI Merdeka bakal menyatukan komuniti di 1,099 NADI seluruh negara dalam satu aktiviti kecergasan secara serentak.
Program ini bukan sekadar menggalakkan gaya hidup sihat. Ia membawa semangat kebersamaan dan perpaduan, sambil menyasarkan pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) bagi penyertaan secara serentak secara fizikal dan virtual menerusi rangkaian NADI.
🗓️ 29 Ogos 2026
⏰ 8.00 – 10.00 pagi
📍 Dewan PAKR PANCHING
Ayuh ajak keluarga, rakan dan komuniti anda.
Kita bergerak bersama, kita raikan semangat Merdeka bersama! 🇲🇾💪 See less

Address

Kuantan
26200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NADI Pakr Panching posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share