ZIAF MUSIC ialah sebuah sekolah muzik yang ditubuhkan pada tahun 2019 dengan matlamat menyediakan pengalaman pembelajaran muzik yang menarik dan bermakna untuk semua peringkat umur bagi komuniti di daerah Kulai dan sekitarnya. Kami menawarkan kelas untuk pelbagai jenis alat muzik, termasuk piano, dram, gitar, biola serta alat-alat brass dan woodwind seperti trompet, trombon, dan saksofon. Dengan g
uru-guru yang berpengalaman dan berbakat, kami memastikan bahawa setiap pelajar mendapat pendekatan pembelajaran yang bersesuaian dengan keperluan dan minat mereka. Di ZIAF MUSIC, kami tidak hanya menekankan pada teknik bermain alat muzik, tetapi juga pada pemahaman mendalam tentang teori muzik dan penghargaan seni. Kami percaya bahawa setiap individu mempunyai potensi muzik yang unik, dan kami berusaha untuk membantu setiap pelajar mengembangkan bakat mereka sebaik mungkin. Jadi, jika anda berminat untuk turut serta atau inginkan keterangan lanjut, sila hubungi Mr Faiz di talian +601126751249.