29/09/2021
5 PENTING BAGAIMANA BAJA EZIGROW BOLEH BERTINDAK LEBIH EFEKTIF TERHADAP TANAMAN
Untuk bercucuk tanam adalah mudah tapi untuk mendapatkan hasil dari tanaman anda adalah satu perkara yang sangat mencabar. Kalau tiada ilmu, silap haribulan boleh termenung dibuatnya.
Ramai di antara peladang, pekebun, petani mahu pun peminat kebun kecil di rumah sudah mula menggunakan Baja Foliar EZIGROW yang kini sedang keras diviralkan di media sosial. Jika tiada ilmu tentang penggunaan Baja Foliar EZIGROW ini, tanaman yang diusahakan mungkin kurang menjadi.
Jadi 5 tips ini yang pasti akan membantu anda untuk memahirkan diri dalam menggunakan baja foliar ini.
Nak tahu?
Teruskan bacaan...
1) SUKATAN YANG BETUL
Gunakan Baja EZIGROW pada kadar yang disyorkan oleh produk. Penggunaan Baja EZIGROW dalam kepekatan yang tinggi boleh menyebabkan kesan toksisiti (daun menjadi lecur) pada tanaman. Kadar pengesyoran Baja EZIGROW adalah berbeza bergantung pada jenis tanaman. Jika tidak pasti, mulakan penggunaan Baja EZIGROW dengan kadar yang rendah dan pertingkatkan jika perlu. Boleh rujuk pada pada peniaga jika belum dpt kesan.
2) GUNAKAN AIR TANPA KLORIN
pH larutan yang sesuai dalam lingkungan neutral (pH = 7). Gunakan air tanpa klorin (air hujan, air telaga atau air bekalan domestik yang telah dijemur untuk menghilangkan kandungan klorin) untuk dicampur bersama Baja EZIGROW. Bolehlah mula tadah air hujan macam orang kampung selalu buat.
3) SEMBURAN HALUS
Biasakan buat semburan Baja EZIGROW yang halus (fine spray) dan biarkan Baja EZIGROW menitik pada bahagian vegetatif (daun, mata tunas, dan pucuk muda) pokok. Semburan Baja EZIGROW halus memudahkan ianya diserap oleh daun. Selalunya nozzle pada botol semburan didatangkan dengan 2 jenis semburan, spray atau stream.
4) WAKTU TERBAIK SEMBURAN
Masa yang terbaik untuk membuat semburan Baja EZIGROW ialah di waktu pagi (selepas embun kering) atau lewat petang. Suhu yang rendah di waktu pagi atau petang akan menyebabkan stomata terbuka lebih luas untuk penyerapan nutrien dari Baja EZIGROW.
5) FOKUS BHG BAWAH DAUN
Untuk kesan Baja EZIGROW yang optimum, semburan baja digalakkan pada bahagian bawah daun kerana stomata banyak terdapat pada bahagian bawah daun. Semburan Baja EZIGROW juga boleh dituju kepada batang.
Untuk sebarang pertanyaan tekan link dibawah👇
Www.wasap.my/60107154173/EZIGROW
Www.wasap.my/60107154173/EZIGROW
Www.wasap.my/60107154173/EZIGROW