31/08/2025
Roti RM200 Seketul???
Kalau dulu Gaza penuh dengan perniagaan kecil-kecilan – kedai roti, pasar sayur, bengkel kecil – hari ini semuanya tinggal runtuhan.
Menurut laporan UNDP, lebih 85% perniagaan di Gaza telah terhenti operasi sejak perang bermula. Apa maknanya? Bukan sekadar kedai tutup, tapi ratusan ribu isi rumah hilang sumber rezeki.
Akibatnya, kadar pengangguran kini melonjak ke lebih 79% salah satu yang paling tinggi di dunia.
Bayangkan, dari setiap 10 orang, 8 tiada punca pendapatan!
Dan bagi yang masih “bertahan”, harga barang p**a naik sampai tahap gila. Tepung yang dulu harga biasa kini boleh mencecah $60 sekilo di pasaran gelap.
Minyak masak, gula, beras – semuanya hanya mampu ditatap, bukan dibeli. Bila duit tak ada nilai, siapa yang kenyang? Hanya mereka yang ada kuasa simpan & jual semula.
Lebih teruk, bantuan makanan yang dijatuhkan dengan parachute pun jarang sampai kepada rakyat yang lapar. Sebaik saja kotak jatuh, ia diserbu looters.
Bantuan yang sepatutnya percuma, akhirnya dijual balik dengan harga 10 hingga 15 kali ganda. Ada laporan tepung dijual sekitar 40 shekel sekilo selepas dirampas.
Inilah realiti pahit, di tengah penderitaan, ada juga segelintir orang PaIestin sendiri yang ambil kesempatan. Survival menjadikan manusia sanggup jual barang bantuan kepada jiran yang lapar.
Apa pendapat anda?
Kita tengok, kita marah pada Israel... tapi bila dengar cerita sesama mereka pun ada yang ambil kesempatan untuk untung, hati kita jadi bercampur baur.
Persoalannya: bila perut kosong, adakah masih ada ruang untuk moral? Atau perang ini bukan saja hancurkan bangunan, tapi juga nilai kemanusiaan dalam masyarakat?
Adakah ini yang lsraeI mahukan sebenarnya? Sesama mereka pun bergaduh.
-ik
dari pandang mata timur tengah
PS: Kita tengok Gaza, kita sedih. Tapi jangan lupa, bila dunia penuh ketidakadilan, kita yang ada peluang & keamanan mesti manfaatkan rezeki Allah beri. Webinar saya “Nak Jual Apa? Mulakan Perniagaan Dari ZERO” akan bantu anda cari idea & mula langkah pertama dari rumah. Join percuma di sini www.MulaDariRumah.com