Labuan Books Lover

Labuan Books Lover LABUAN BOOKS LOVER (LA0010990-P)

We are ONLINE selling books, novel, megazines & children learning

It's all about books and reading, making reading as a hobby is such a blessed =)

As i find that it's hard to purchase cheaper books here in Labuan F.T as everything cost us more because we live here in small island, even though we are in the "Tax free" island..huh..i find myself often browsing the books from internet rather than purchasing direct from the shop, because its cheaper. But still need the courage to wait for the delivery time because I'm such a "can't-wait" kind of person (and it's really take my full courage to do that). So, i like to make something that different, i want to provide cheaper books to you and HERE in Labuan. So, please do not hesitate to provide me the books tittle that you want and i will try my best to order and find cheaper books for you. I just really hope that someday i can provide any kind of books that SELLING with the lowest price. =)

20/08/2026
TEASER 2Di atas sofa uzur yang ada di ruang tamu itu, Fahad berbaring terlentang. Kaki panjangnya terjulur lepas hingga ...
20/08/2026

TEASER 2

Di atas sofa uzur yang ada di ruang tamu itu, Fahad berbaring terlentang. Kaki panjangnya terjulur lepas hingga ke hujung sofa. Kepalanya hanya berlapik bantal kecil yang keras kematu.
Dahaga. Tetapi, kerana tubuhnya yang sakit, Fahad masih berbaring di situ. Sesekali hendak menggerakkan tangan pun, badannya terasa seperti mahu remuk. Sedangkan jarak sofa itu ke dapur hanya beberapa langkah.
Seketika Fahad memejamkan mata. Ada baiknya jika dia tidur sebentar, bagi meredakan sakit-sakit di tubuhnya.
Selepas berlawan dengan Jokeng semalam, Fahad terus p**ang ke rumah, membawa wang RM20,000 yang dibayar pihak penganjur. Tetapi, jumlah duit itu masih terlalu kecil.
"Arghhhh..."
Sepi ruang itu bergema dengan teriakan suara Fahad yang garau. Dia bangkit sambil menekan rusuknya yang terasa senak. Lalu, tubuhnya disandarkan ke sofa. Matanya terpejam rapat menahan bisa-bisa di badan.
Patah atau retak, Fahad tidak pernah ambil tahu. Selagi nafasnya masih terhela, dia hanya akan berehat beberapa hari di rumah hingga tubuhnya kembali kuat untuk berlawan semula.
"Urghhh..."
Ketika dia cuba untuk bangun, teriakan itu semakin kuat. Akhirnya, badannya kembali rebah di atas sofa.
"Bisinglah! Urgh argh urgh arghh. Kau nak apa?"
Laju Husin menyelak langsir. Dia keluar dari bilik dengan langkah yang terhincut-hincut. Husin hampir terlena, tetapi terjaga ketika terdengar suara Fahad.
"Dahaga, yah..."
Langkah Husin yang mara ke ruang tamu berpatah balik ke dapur kecil itu. Air dari jug dituang ke dalam gelas lalu dibawa ke arah Fahad.
"Kau ni... hish... mati jugak karang."
Melihat keadaan muka Fahad yang lebam, bibirnya yang pecah, bahu yang membiru, dada yang penuh dengan tompok-tompok ungu, Husin menggeleng. Lalu, gelas air diserahkan kepada Fahad.
Hendak mencapai gelas itu pun, Fahad rasakan cukup seksa. Berkerut mukanya ketika tangan kanannya diangkat.
Kaki Husin yang sakit membataskan dia untuk duduk dengan laju. Perlahan-lahan dia duduk di lantai dengan kaki dilunjurkan.
Selesai meneguk segelas air, Fahad merenung kaki Husin.
"Kenapa, yah?"
Di dinding yang sudah terkopek catnya, Husin bersandar malas. Kakinya yang bengkak turut ditenung.
"Apa lagi? Kena katuklah. Kerja mintak duit ni kau ingat senang?"
Sudah 10 tahun Husin bertahan hidup dengan bekerja sebagai pemungut hutang. Dia salah seorang pencacai yang akan pergi memeras orang-orang yang berhutang dengan Geng Kepala Naga. Jika bernasib baik, dia akan dibayar. Kalau nasibnya buruk, dia p**a yang akan menerima habuan.
"Kau macam mana malam tadi?"
Kakinya diurut perlahan. Kesan dipukul dengan kayu di bahagian betis itu masih terasa bisanya.
"Menang pun... Mira tak boleh lepas, yah."
Terdiam dua beranak itu. Masing-masing terkenangkan Amira. Anak bungsu di dalam keluarga itu yang diculik Geng Raja Hitam. Kerana hutang yang tidak pernah selesai, gadis yang tidak berdosa itu yang menjadi taruhan.
"Dua ratus ribu celaka tu mintak. Sial. Aku hutang RM20,000 je. Babi punya penyangak!"
Dengan kaki yang masih sihat itu, Husin menendang daun pintu yang terbuka luas.
Hanya diam memendam rasa. Fahad sudah malas hendak membahaskan tentang itu. Dia hanya mahu cari duit dengan apa cara sekali pun, asalkan Amira terlepas dan p**ang semula ke rumah itu.
Telefon Fahad bergegar. Meja kopi yang berada jauh membataskan dia untuk laju-laju mencapai telefon itu.
"Jawablah..."
Telefon dicapai Husin. Lalu dibaling ke atas riba Fahad.
"Hello?"
Diam. Mata Fahad beralih ke arah Husin.
"Ye, ada apa?"
Suara asing di hujung talian menggegarkan perasaan Fahad. Namun, dia masih tenang. Jarang-jarang orang asing menghubunginya. Kalau ada pun, daripada orang yang tersalah nombor.
"Apsal aku kena pergi sana?"
Suara Fahad tertahan-tahan. Sesekali mukanya berkerut menahan sakit.
"Lima ratus ribu?"
Mendengar Fahad menyebut jumlah wang sebanyak itu, Husin berpaling.
Pandangan dia dan Fahad saling bertembung.

teaser 2 “Isya... tunggu.”Aku memejamkan mata, menghela nafas panjang. Kaki aku berhenti tepat di depan keretaku. Aku ti...
20/08/2026

teaser 2

“Isya... tunggu.”
Aku memejamkan mata, menghela nafas panjang. Kaki aku berhenti tepat di depan keretaku. Aku tidak menoleh tapi aku dapat rasakan kehadirannya.
Aroma maskulinnya terlalu kuat untuk aku tak sedar dia datang ke arahku.
“Cantik kereta kau.”
Aku tak dapat bezakan ini sindiran atau pujian.
Mazda 3 merah terang ini dibeli oleh mama apabila aku masuk kolej.
Aku berpaling padanya. Dia kelihatan kasual dengan t-shirt putih yang dilapisi jaket merah. Helaian rambutnya sedikit kusut tapi tidak mencacatkan penampilannya, malah membuatkan wajah segarnya lebih menyerlah.
Tak kerja ke mamat ni? Fikirku. Aku rasa mama pernah cakap yang Ben kerja dengan papa dia.
“Kau nak apa?”
“Saja nak tengok muka hodoh kau.”
Aku ketap bibir lalu aku menjelingnya tajam.
“Kelakar. Aku ingatkan umur-umur macam kau ni dah matang. Tapi, rupanya...” aku pandang dia ke atas dan ke bawah dengan pandangan sinis. Dia dah 28 tahun, bukan budak-budak lagi nak bergaduh dengan aku hal-hal bodoh macam ni.
“Well, maturity isn’t measured by age.” Dia menjawab selamba.
Ya, betullah tu. Matang tak diukur dari usia. Tengok gaya dia ni... aku dah tahu. Macam budak hingusan!
“Kalau kau tak ada hal mustahak nak bagitahu aku, jangan berani-berani tegur aku.” Aku memberinya amaran.
Dia fikir aku s**a ke bila dia datang menempel macam ni? Tak ada hujan tak ada ribut nak tegur aku macamlah kami ni mesra sangat.
“Bagi contoh hal mustahak tu. Sebab pada aku, semua benda penting.”
Aku memutarkan bebola mata. Tanpa melayan provokasi sinisnya, aku membuka pintu kereta namun pantas dia menutupnya kembali.
“Apa kau buat ni?!” suara aku melengking tajam.
Wajahnya aku tatap dengan bengis. Riak yang tadi nampak main-main, sekarang bertukar serius. Dia condongkan sedikit badannya, buatkan aku terpaksa bersandar pada pintu kereta. Tangan kanannya masih melekat di atas bumbung kereta, mengunci pergerakan aku.
Dia kepung aku lagi. Macam malam tadi.

TEASER 1Sekeliling gelanggang masih gamat. Jeritan dan sorakan menjadi minyak yang menyimbah  api yang sedang marak di d...
20/08/2026

TEASER 1

Sekeliling gelanggang masih gamat. Jeritan dan sorakan menjadi minyak yang menyimbah api yang sedang marak di dalam dada Fahad.

Mukanya yang berdarah, bibirnya yang pecah, langsung tidak diendah. Sakit dipukul hanya sedikit berbanding sakit yang dipikul orang susah sepertinya sejak kecil.

Malah, luka-luka itu yang membuatkan Fahad kembali bangkit dari lantai gelanggang. Setiap kali dia rebah, dia akan ingat betapa payah dan kejamnya hidup yang pernah dia lalu. Semua itulah yang menjadi sahabat yang memapahnya setiap kali tumbang.

Darah yang meleleh di dagu disapu perlahan. Bibirnya mengoyak senyum yang cukup sinis.

Di mana-mana gelanggang, Fahad belum pernah tumbang terus. Sehancur apa pun harapan, dia akan memilih untuk percaya bahawa dia akan tetap menang. Musuh yang mundar-mandir dengan renungan tajam hanya dianggap sebagai budak kecil yang sedang bergurau kasar.

Kedua-dua tangan Fahad digenggam kuat.

"Kau memang nak mati ke, babi?"

Jokeng, fighter kump**an Raja Hitam, gelak lepas. Melihat Fahad bangkit dari lantai semula dengan senyum sinis, Jokeng sebenarnya ketakutan. Namun, dia sengaja bertahan. Memujuk akal sendiri untuk percaya bahawa dialah fighter pertama yang akan menumbangkan Fahad di dalam gelanggang.

"Tengok nanti...sapa mati, sapa babi."

Jawapan Fahad membakar amarah Jokeng.

"Arghhh..."

Tidak mahu memberi peluang untuk Fahad menyerang, Jokeng menerkam tiba-tiba.

Langkah dibuka, tangan kanannya dikepal kejap. Jokeng melompat tinggi ketika penumbuknya dihala betul-betul ke ubun-ubun Fahad.

Lebih pantas lutut Fahad menjadi pertahanan. Ketika Jokeng turun dari lompatan bersama penumbuknya yang keras, tubuh Fahad disengetkan, lutut tajamnya ditadah. Muka Jokeng terhentak kuat.

Prak!

Tulang hidung retak.

Ketika Jokeng merasa perit betapa perit hentaman lutut Fahad di muka, belakang tengkuknya p**a dihentak siku Fahad.

Gelap. Jokeng rasakan dunianya kelam tiba-tiba.

Bum!

Di lantai gelanggang, Jokeng tertiarap. Dan suara sorakan semakin menggila. Apabila Jokeng langsung tidak bergerak selama sepuluh saat, loceng dibunyikan.

Sekali lagi, malam itu Fahad merangkul kemenangan.

"Sial betul budak ni, eh? Anak haram!"

Ketua Dua Geng Raja Hitam bangkit dari kerusi. Dia meninggalkan tempat tontonan VIP di bahagian atas gelanggang. Malam itu, sekali lagi puaknya kalah.

Namun, kemenangan Fahad untuk kali yang entah ke berapa itu pun masih belum mampu menebus adiknya daripada genggaman Geng Raja Hitam.

teaser 1 “Good morning, my little sis.”Aku menjeling apabila suara serak dan dalam itu mengusik gegendang telingaku. Tan...
20/08/2026

teaser 1

“Good morning, my little sis.”
Aku menjeling apabila suara serak dan dalam itu mengusik gegendang telingaku. Tanpa berpaling padanya, aku menghempas punggung pada kerusi, di sebelah mama.
“Isya... abang tegur Isya tu,” tegur mama bila aku tak memberi respons. Nadanya lembut, tapi buat aku rasa menyampah.
“So what? Isya kena pergi sembah dia ke?”
Mama nampak terkejut dengan balasan kasar aku. Mungkin dia berharap aku cakap baik-baik di hadapan keluarga baru. Tapi, ternyata tidak. Jangkaan dia jauh meleset.
Aku dengar dia ketawa kecil di seberang sana. Tanpa pedulikan siapa pun, aku memeluk tubuh. Memasang wajah masam mencuka, aku tidak sembunyikan kebencianku pada perkahwinan ini.
“Kamu berdua dah jadi adik-beradik walaupun tanpa talian darah.” Kata mama.
Aku memutar bebola mataku.
“Isya kena terima dia sebagai abang Isya.”
Aku menjeling.
“He’s not my brother. He will never be.”
Lelaki di depan aku, makan dengan selamba tanpa pedulikan pertelingkahan kecil antara aku dan mama. Tapi entah kenapa, bila dia buat tak tahu aku lagilah aku rasa sakit hati.
Rasa macam nak cincang dia lumat-lumat!
“Dia orang luar. Sampai bila-bila pun akan tetap orang luar.” Kata aku lagi. Kali ini mata aku tajam menatap ke arahnya.
Ben hentikan suapan. Dia letak sudu dan angkat kepalanya. Sepasang mata helangnya yang tenang menatapku.
“Auch, little sis... sakit hati Abang Ben dengar Isya cakap macam tu.” Dia herot bibir, tersenyum sinis.
Aku picingkan mataku.
“Tengok. Ben pun boleh terima Isya sebagai adik dia. Kan, Ben?” mama mencelah.
Aku lihat kepala Ben terangguk-angguk. Dia senyum manis pada mama. Entah apa motif dia, aku tak tahu.
“Mestilah... Puan – maksud Ben, mama pun dah terima Ben sebagai anak mama, dah tentu Ben pun akan terima keluarga mama dengan hati yang terbuka.”
Ya Tuhan... di sebalik kata-kata dia, aku tak nampak sedikit keikhlasan pun.
Tapi mama kelihatan terharu.
“Syukur. Lega betul hati mama bila dengar Ben cakap macam tu,” kata mama dengan suaranya yang sedikit sayu.
Werk! Nak muntah aku mendengarnya.
“Dasar hipokrit!”

HER FIGHTERFahad hidup seadanya sahaja.Ayahnya gangster. Emaknya pelacur.Tinggal p**a di rumah yang tidak serupa rumah.S...
20/08/2026

HER FIGHTER

Fahad hidup seadanya sahaja.
Ayahnya gangster. Emaknya pelacur.
Tinggal p**a di rumah yang tidak serupa rumah.

Sejak adik perempuannya menjadi tahanan Puak Raja Hitam, Fahad membanting nyawa untuk membebaskan adiknya.

Lalu, dia menggunakan satu-satunya kemahiran yang dia ada;
bertumbuk!

Nama Fahad terulung dalam dunia fighter haram. Ramai fighter lain yang gerun dengannya. Demi menebus adik perempuannya, dia berusaha mengumpul wang.

“Kerja kau mudah. Jaga je anak aku.” – TAN SRI MOKTAR.

“Aku tak jaga anak orang!” – FAHAD

“Kalau aku bagi 500,000, setuju?” – TAN SRI MOKTAR.

Dari fighter haram, Fahad diangkat menjadi penjaga seorang perempuan kaya yang kelakuannya menyebalkan.

“Fahad... saya takut. Saya sembunyi kat belakang awak, eh? Saya pegang lengan awak tau...” – FARA

“Kau ni... nak mampos pun nak menggedik lagi.” – FAHAD

Walaupun Fahad tidak pernah pandai berlembut dengan perempuan, namun Fara tergila-gilakan dia.

“Fahad... awak perasan tak... nama awak pun mula dengan huruf F, saya pun F. Bayangkan kat kad kahwin kita... ada F & F...” – FARA

“F? F**K?” – FAHAD

Gadis itu tidak pernah ambil hati.

Malah, setiap kata-kata kasar Fahad menjadi sebab dia semakin s**akan lelaki itu.

“Awak tau tak kenapa saya s**a baca novel dark romance... sebab hero-hero dia handsome macam awak... kasar, dingin, tapi... dia jaga girlfriend dia elok-elok. Macam awak jaga saya. Eiii... bestlah...” – FARA

“Best kepala hotak kau!” – FAHAD

Kasar, baran dan s**a pukul orang, tetapi Fahad sedar, setelah hadir Fara di dalam hidupnya, dunianya yang gelap seakan disuluh cahaya.

Tetapi, layakkah dia yang hidup serba kurang mendampingi perempuan sesempurna Fara?

HER STEP-BROTHER“Jangan lupa kunci pintu bilik kau malam ni... Aku takut kaki aku tersalah masuk bilik bila aku mabuk na...
20/08/2026

HER STEP-BROTHER

“Jangan lupa kunci pintu bilik kau malam ni... Aku takut kaki aku tersalah masuk bilik bila aku mabuk nanti.”

Bagi Isya Hawra, keputusan mama untuk berkahwin semula dengan Abbas—bekas musuh perniagaan arwah babanya—ialah satu bentuk pengkhianatan. Apabila dua beranak itu berpindah masuk ke dalam rumah peninggalan babanya, Isya rasa maruah dan privasinya telah diceroboh.

Lebih-lebih lagi oleh anak lelaki Abbas. Idris Binyamin.

Lelaki berambut putih berkilau, dengan senyuman yang sentiasa sinis dan mulut yang... tersangatlah celupar!

Isya melancarkan perang emosi dan psikologi setiap kali mereka bersua muka di rumah itu.

“Kau nak apa?” – ISYA

“Saja nak tengok muka hodoh kau.” – BEN

Di sebalik sifat menyakatnya, Idris juga tidak pernah bersetuju dengan perkahwinan baharu papanya. Kubur arwah mamanya masih merah, lukanya masih berdarah. Namun, melihat papa kembali tersenyum bahagia, tiada apa yang mampu Ben lakukan melainkan menelan segala kepedihan itu sendirian.

Bagi Ben, anak tiri papanya iaitu Isya Hawra ialah satu teka-teki yang menarik. Setiap kali gadis bertubuh kecil itu memandangnya, sinar matanya penuh dengan kebencian. Wajahnya sentiasa ketat sehinggakan Ben tidak pernah berpeluang melihat senyumannya.

“Come on, little sis. Kau ni asyik tension je. Kau nak benci aku banyak mana lagi? Parents kita dah bahagia dah pun.” – BEN

“Aku akan benci kau sampai bila-bila!” – ISYA

Sejauh manakah hubungan yang berlandaskan kebencian ini akan bertahan?

Adakah mereka akan terus menjadi adik-beradik tiri?

Atau adakah kebencian ini akan bertukar menjadi satu hubungan yang terlarang?

Address

(LA0010990-P) Block L5, Taman Mutiara, Kg. Sg. Bedaun
Labuan
87000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Labuan Books Lover posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Labuan Books Lover:

Shortcuts

Share