25/07/2021
PUNCA JERAGAT
1. Sinaran UV Daripada Matahari
Punca jeragat di muka yang utama adalah disebabkan sinaran UV daripada matahari. Sinaran ini akan tembus ke dalam kulit muka lalu menyebabkan kulit wajah bertindak menghasilkan pigment hitam (jeragat) yang berfungsi untuk mengelakkan sinaran uv itu tembus kedalam kulit lebih dalam sehingga boleh menyebabkan kanser kulit. Mengikut kajian antarabangsa, sinaran uv juga terhasil daripada lampu kalimantang. Majoriti wanita mendapat jeragat hasil daripada terdedah kepada lampu kalimantang di pejabat dan rumah.
2. Tekanan Perasaan
Tekanan ditempat kerja mahupun dirumah juga menjadi salah satu punca jeragat di muka. Ini disebabkan oleh kadar radikal bebas didalam badan meningkat apabila seseorang itu tertekan. Radikal bebas menjadi penyebab utama dari dalam badan sehingga menyebabkan terjadinya jeragat degil dan hitam di wajah. Radikal bebas akan membuat kulit wajah berinteraksi sehingga terhasilnya tompok-tompok hitam dan gelap. Lagi tinggi kadar tekanan anda, lagi banyak jeragat akan muncul.
3. Persekitaran Tercemar
S**a atau tidak, persekitaran kita sekarang sangat tinggi kadar pencemarannya. Sekaligus menyebabkan badan menghirup udara yang kotor. Udara tercemar ini akan meningkatkan kadar radikal bebas dalam badan. Lihat point diatas, radikal bebas menjadi faktor terbesar dalam penghasilan jeragat di wajah anda.
4. Tersalah Pakai Krim Anti Jeragat
Punca jeragat di muka disebabkan tersalah pakai krim anti jeragat kerap terjadi, niat dihati nak pulihkan jeragat, tapi akibat produk mengandungi bahan merbahaya, lain p**ak jadinya pada kulit. Hati-hati dalam pemilihan sapuan dari luar. Kerana andai tersalah pakai produk, kulit lapisan luar akan jadi sangat nipis dan sangat sensitif pada sinaran uv.
5. Perubahan Pada Hormon
- Hormon berubah apabila anda mengandung. Kebanyakan wanita yang mengandung akan merasakan pengalaman perubahan hormon, terutama pada kulit mereka. Wanita mengandung sering mempunyai jeragat pada muka. Apabila jeragat muncul pada wanita, ia dipanggil chloasma, atau topeng kehamilan.
Sebanyak 90% wanita yang mengandung mempunyai kulit yang berjeragat. Sewaktu hamil, tubuh mengeluarkan banyak melanin dan meningkatkan risiko untuk kulit mudah menjadi gelap dan kusam.
6. Mengambil Ubat-Ubatan.
- Ubat-ubatan memang membantu kita sewaktu kita sedang sakit, demam, keradangan dan sebagainya. Tapi tahukah anda ubat anti-radang seperti ibuprofen adalah salah satu ubat yang akan menyebabkan kesan sampingan kulit. Ubat lain termasuk antimalaria, anti-epilepsi dan antipsikotik juga boleh menyumbang kepada peningkatan pigmentasi di bahagian kulit. Sekiranya anda sedang mengambil jenis-jenis ubat ini dan berasa risau dengan kesan sampingan ubat tersebut pada kulit anda, anda harus berbincang dahulu dengan doktor anda sebelum anda berhenti mengambil ubat tersebut. Jangan pandai-pandai berhenti sendiri nanti penyakit lain p**a yang datang.
7. Sinaran Daripada Gadget Dan Telefon Pintar Anda
- Ramai yang tak tahu punca jeragat timbul adalah dari cahaya yang datang daripada telefon bimbit, laptop atau komputer bahkan mentol lampu. Kenyataan daripada laman web Refinery29 menyatakan bahawa cahaya daripada komputer, telefon bimbit dan mentol lampu juga boleh menjadi punca terjadinya jeragat pada kulit muka anda. Dermatologist Dr. Mona Gohara, MD menjelaskan sumber-sumber cahaya ini bertindak sama dengan matahari kerana ia merangsang kulit untuk menghasilkan pigmen yang berlebihan. Pernah tak anda terfikir, walaupun anda telah menggunakan pelindung uv sebelum keluar rumah, namun jeragat masih juga muncul. Rupa-rupanya jeragat tersebut muncul di sebabkan oleh cahaya daripada telefon bimbit yang anda sering gunakan.