Manis Bookstores & Printing etc

Manis Bookstores & Printing etc Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Manis Bookstores & Printing etc, Book shop, Jalan Ayer Hangat, Langkawi.

PENGHANTARAN SEGERA‼️TERPISAT-PISAT Izuya bangun daripada lena. Tegak tubuh, Izuya pandang jam sekali lagi. Semedan tubu...
24/06/2022

PENGHANTARAN SEGERA‼️

TERPISAT-PISAT Izuya bangun daripada lena. Tegak tubuh, Izuya pandang jam sekali lagi. Semedan tubuh Izuya tegak. Dah pukul 1.00 pagi! Berlari, Izuya pergi ke arah tingkap. Jantung dah rasa berdetak lain macam. Risau kalau waktu sebegini pun Luzman masih belum balik lagi.

Namun bahu Izuya mengendur saat terpandangkan kereta Luzman elok terparkir di ruangan garaj. Hati bagaikan dicincang lumat. Jiwa Izuya terasa kosong dalam sekelip mata. Luzman dah balik? Jika Luzman dah balik, mustahil Luzman tak sedar dia tertidur dekat dapur.

Heret kaki, Izuya atur langkah menuju ke bilik Luzman. Sebaik saja dia kuak pintu, kelihatan Luzman sedang tidur p**as. Izuya tercegat di situ memerhatikan sang suami. Baru saja Izuya mahu menutup kembali pintu bilik, suara garau Luzman sudah menegurnya dari belakang.

“Zuya?” Sepatah Luzman soal. Terjaga sebab bunyi pintu dikuak oleh seseorang. Izuya balikkan tubuh semula.

“Dah lama ke you balik?”

“Pukul 11.30 malam tadi aku sampai rumah. Kenapa?” Sikit pun tak ada riak bersalah di wajah kacak lelaki itu.

“I tunggu you, nak makan malam sekali.” Seakan tak terkeluar suara Izuya.

“Aku tahu. Aku nampak aje kau tidur dekat dapur tu.” Selamba jawapan Luzman, hampir buat Izuya rasa hendak meraung di situ juga.

“Kenapa tak kejutkan I?” Tika ini, suara Izuya benar-benar bergetar. Sebak bergumpal dalam dada.

“Dah kau tengah tidur, takkan aku nak ganggu. Lagipun aku dah makan dekat kedai runcit tadi. Kau ni memang degil kan? Dah banyak kali aku pesan pun kau tak dengar. S**a hati kaulah kalau rasa seronok sangat susahkan diri sendiri. Bukan aku yang suruh ya?” selar Luzman mahu lepas daripada dipersalahkan oleh Izuya.

“Mak cakap kalau nak tambat hati suami, kena rajin memasak. Sebab tulah I tetap masakkan untuk you, walaupun you tak pernah jamah.” Lirih intonasi Izuya.

“Nak tambat hati aku?”

Izuya iakan. Luzman ketawa perlahan.

“Kalau macam tu, sampai bila-bila kau takkan berjaya. Aku tak s**akan kau, Zuya. Cintakan kau, lagilah jauh panggang daripada api. Tak payahlah kau buang masa nak tambat hati aku bagai. Tak mustahil aku akan jatuh cinta suatu hari nanti. Tapi aku yakin andai kata aku jatuh cinta sekalipun, perempuan tu bukan kau. Mungkin saja Aina atau perempuan lain. Yang pasti, bukan kau. Aku ingatkan ni sebab aku kasihan. Kasihan tengok kau perbodohkan diri kau untuk aku,” tutur Luzman tak teragak-agak.

Pagi-pagi buta pun Luzman nak sakitkan hati Izuya juga. Tak terfikir langsung kalau kej*p lagi Luzman tidur, tiba-tiba Luzman meninggal dunia dalam
tidur, waktu bila lagi Luzman nak minta maaf dengan Izuya?

Terangguk-angguk, Izuya dah tak sanggup nak tadah hati untuk ditoreh Luzman lagi. Terus pintu bilik Luzman ditutup rapat. Sepasang kaki diheret lemah kembali ke ruangan dapur. Di situ, Izuya hamburkan tangisan sepuas hati.



“Kenapa ni? Kenapa buat perangai macam ni?” Suara Yuzhan berubah dalam. Sedikit-sebanyak dia berkecil hati dengan karenah Yarissa. Dia bukannya terlalu bodoh untuk tidak mengerti. Dia faham, cuma dia tunggu saja Yarissa sendiri yang mengaku.

“I nak cari ketenangan aje sekej*p. Nanti I baliklah.”

“Nak cari ketenangan? Jiwa Yaya tak tenang ke sekarang?”

“Yes! Sangat-sangat tak tenang sekarang.” Laju saja Yarissa membalas.

“Sebab anak dalam perut tu?” tembak Yuzhan dah tak mampu nak bersabar. Bila Yarissa diam, Yuzhan rasa hati dia bagaikan luruh jatuh ke lantai. Retak.

“I dah cakap I tak bersedia. I tak nak anak ni.”

“Yaya, tak elok cakap macam tu. Kalau anak kita boleh dengar dan faham, tentu dia sedih.” Yuzhan tak sanggup nak biarkan Yarissa berkata bukan-bukan begitu. Apatah lagi yang Yarissa rungutkan itu darah daging sendiri.

“Kalau you berhati-hati sebelum ni, tentu I tak mengandung. Semua ni salah you!” Seakan membentak, cuba meletakkan kesalahan pada bahu Yuzhan. Bahu Yuzhan mengendur. Tak tahu mahu diperkatakan apa lagi.

“Habis tu, Yaya nak saya buat apa?” Cuba berdiplomasi. Deruan nafas Yarissa kian kencang. Yuzhan tunggu jawapan Yarissa. Hampir hancur lumat hati dia saat Yarissa meminta sesuatu yang tak mampu dia tunaikan.

“I nak gugurkan anak ni, you izinkan ke?” Tanpa berfikir panjang, mudah saja Yarissa ajukan pertanyaan di luar kotak fikiran.

“Allahuakhbar! Yaya..” Yuzhan terduduk di sofa semula.



Untuk urusan tem pa han,
www.wasap.my/60175496435/AnniversarySale

Thought the group would like this Www.wasap.my/60175496435/KahwinBff"Apa kata kau kahwin dengan dia cepat-cepat Noah? Ak...
20/06/2022

Thought the group would like this

Www.wasap.my/60175496435/KahwinBff

"Apa kata kau kahwin dengan dia cepat-cepat Noah? Aku rasa kan..."

Tak sempat Medina habiskan ayatnya, Noah berhenti mengejut kereta yang dipandu di bahu jalan.

"Aaarghh!" Melengking jeritan Medina. Buk! Dahi Medina terhantuk pada cermin depan kereta Noah.

Noah hentikan pemanduan keretanya mengejut di bahu jalan. Sambil sebelah tangan menggosok dahi yang cium cermin tadi, sebelah lagi tangan memukul lengan Noah melepas geram.

"Kau nak kita mati ke apa?" Marah Medina sambil jegilkan mata memandang Noah tak berkelip. Inilah salah satu perangai buruk Noah yang selalu buat dia angin satu badan.

"Kau tu nak suruh aku mati ke apa?"

Soalan berbalas soalan oleh Noah itu buat Medina jadi pelik. Soalan yang terpacul dari mulut Noah cuba Medina hadam. Tak tahu apa punca Noah tiba-tiba berubah emosi. Dia ada salah cakap p**ak ke? Dia cuma suruh...

"Kahwin cepat dengan Viy? Kenapa nak aku kahwin cepat dengan Viy? Sebab bila aku dah kahwin dengan Viy, kau boleh la bebas buat hal dengan Dato' Ed tu? Tak sabar nak jadi emak mentua aku ke?" Macam peluru berpandu Noah punya soalan meluncur keluar.

Terkedu Medina. Diam sekej*p. Hanya matanya sahaja terus menentang mata Noah. Wajah lelaki itu berubah tegang tiba-tiba. Tadi elok je moodnya.

"Kalau aku kahwin dengan Viy pun, aku tetap tak izinkan kau kahwin dengan orang tua tu, D. Kau tetap bawah jagaan aku. Hanya aku yang akan tentukan lelaki mana untuk kau."

Noah pakai ilmu apa p**ak berkata begitu? Dah apahal dia di bawah jagaan Noah? Mereka kan kawan baik je. Bukan ada hubungan pertalian darah pun sampai Noah kawal hidup dia macam ni. Medina hembus keluh panjang. Sungguh dia makin tak mampu membaca apa yang ada di fikiran Noah.

"Kenapa kau control life aku gila-gila? Kau ada Viy, aku tak marah sikit pun. Aku tak kisah pun. Tapi aku nak bercinta, kau halang-halang. Semua lelaki yang aku baru kenal-kenal kau cakap tak sesuai. Semua kau buat hal sampai dia orang tinggalkan aku." Entah untuk kali yang ke berapa, Medina luahkan lagi hal itu. Kebelakangan ini bila Noah terlalu mencampuri hal dia, entah kenapa dia rasa rimas.

"Aku pun nak ada kekasih. Macam orang lain." Medina menyambung sambil kerling Noah di sebelahnya. Menanti respon Noah.

Lelaki itu diam tak berkutik. Pandangannya tajam dibuang ke hadapan. Hanya hela nafasnya yang menampar telinga Medina.

"Macam ni. Kita kahwin dulu. Sambil tu, aku carikan kau lelaki yang betul-betul sesuai dengan kau. Bila dah jumpa lelaki tu, kau s**a dia, dia s**a kau, aku lepaskanlah kau. Selagi belum jumpa, selagi itu kau tanggungjawab aku."

Muka Noah nampak berseri-seri sambil menjelaskan perancangannya sedang Medina ternganga dan rasa tak mampu percaya dengan apa yang dia dengar. Perancangan gila apa ni?

"Kahwin bukan main-main, bro. Apahal kita nak kena kahwin dulu sementara kau cari lelaki yang sesuai dengan aku? Isy, aku..."

"Aku nak jaga kau. Aku sayang kat kau D. Aku takut kau silap jumpa lelaki yang sesuai dengan kau. Aku tak mahu kau dipermainkan. Lagi-lagi yang spesies bapak setan tu. Kalau kita kahwin, 24 jam kau tu tanggungjawab aku. Kau ada depan mata aku."

Medina tersenyum seraya menggeleng-geleng. Noah akan serabutkan lagi keadaan kalau buat macam ni. Dia tak sedar agarnya.

"Kenapa geleng?"

"Kita tak boleh kahwin."

"Sebab?" Nada suara Noah meninggi. Nampak tegang raut wajahnya.

***
Raisyas Azliey

Blurb 💞“Hubungan kita dah lama berakhir. Abang tak menyesal tinggalkan awak terlebih dulu dari hati abang terus terluka....
17/06/2022

Blurb 💞

“Hubungan kita dah lama berakhir. Abang tak menyesal tinggalkan awak terlebih dulu dari hati abang terus terluka.” AFGHAN
Kenyataan datang menimpa, apabila lelaki yang ku tunggu bertahun-tahun untuk halalkan hubungan kami, melabel aku sebagai perempuan yang tiada masa depan. Bohong tak menangis, tapi aku pasrah dilukai lebih awal dari terus menjadi habuan lelaki curang. Ya, dia curang!
“Nak jadi girlfriend saya kena sanggup patah hati dua tiga kali dulu. Saya ni banyak peminat sebab ada brand SHELL.” ADHIL
Ego? Cuma takut pada cinta palsu kembali melukai lagi. Hati sentiasa berhati-hati dalam memilih. Nilai cinta bukan seperti beli baju di pasar malam.
“Saya tak kan pilih ‘orang minyak’ jadi boyfriend. Apa lagi jadi bakal calon suami saya. Senang cakap, nanti tak ada masa depan. Jadi tak payahlah awak nak try usha saya lagi.” DINDA
Dari penampilan dia, cara bercakap sampailah kenderaan dua roda yang di guna setiap hari datang kerja. Sungguh aku tak berkenan.
Ada gosip mengatakan dia cucu jutawan. Serius aku tak percaya. Paling tak logik, cucu jutawan kerjanya di stesyen minyak? Apa kelas!
“Orang kerja macam tu tak ada masa depanlah. Sampai tualah kau tak mampu nak rasa pergi bercuti tempat best-best.” MAK SU
Mulut puaka! Itu gelaran yang along bagi pada mak cik sendiri. Bercakap langsung tak pandai nak jaga perasaan orang.
Kata along, yang nak kahwin aku, nak hidup aku. Bila hati dah ikhlas menerima, jangan pandang kekurangan orang.
Kata mak p**a, biar bakal menantunya gelap asal manis orangnya. Tak senang tak apa, janji baik dan pandai berdikari.
“30 ribu serba satu. Cukup bulan nikah.” ATOK
Tubuh jadi beku tiba-tiba. Hantaran ala-ala diva di tetapkan si datok untuk anak dara Puan Maya. Sungguh aku ternganga.
“Saya cuma ada satu hati. Untuk awak, untuk awak dan untuk awak. Saya tak minta lebih, cukuplah awak terima baik buruk saya untuk kita bina hubungan ni.” ADHIL



💗 R M 3 0 tidak termasuk p0s

📌 Pree hoderrr dibuka sehingga 26 November 😘

💜💜💜

U N T U K T E M P A H A N 👇🏻👇🏻
Www.wasap.my/60175496435/AbgPamMnyakKomboHitamMenawan

MELAMAR CINTA 🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀(MELL MARIANN)SINOPSIS, BAGAI anak burung yang patah sayap. Inas terkapai-kapai apabila dia di hala...
30/05/2022

MELAMAR CINTA
🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀
(MELL MARIANN)

SINOPSIS,
BAGAI anak burung yang patah sayap. Inas terkapai-kapai apabila dia di halau dari rumah oleh si ibu angkat setelah bapa angkatnya di jemput ilahi.

Mujur ada Adraa dan keluarganya yang menerima dia dengan hati yang terbuka.

Kerana risaukan keselamatan Inas, Puan Suraya yang juga ibu kepada Adraa meminta Inas bernikah dengan anak sulungnya, Hariz. Si duda kejung bak kata Adraa.

Bagi Inas, dia memang sudah lama memendam rasa pada lelaki itu.

Tapi tidak bagi Hariz, kegagalan rumahtangganya yang dulu sedikit sebanyak membentuk peribadi dinginnya yang sekarang.

Mampukah Inas membuka kembali pintu hati Hariz yang dingin dan beku?

Berminat boleh ws sis di
www.wasap.my/60175496435/MelamatCinta

EBOOK PROMO ‼️ LIMITED TIME ONLY ‼️RM 10 SAHAJA GUYS 🤯🤯 Tersangat murah nii, mana lagi nak dapat 🤤🤤 PROMOSI SEHINGGA 12 ...
27/05/2022

EBOOK PROMO ‼️ LIMITED TIME ONLY ‼️

RM 10 SAHAJA GUYS 🤯🤯 Tersangat murah nii, mana lagi nak dapat 🤤🤤 PROMOSI SEHINGGA 12 JUN SAHAJA TAU!!!

Tunggu apa lagi! Jangan lepaskan peluang keemasan ni...

Meh wasap saya laju-laju.. Penghantaran dlm tempoh 24 jam saja...
wasap.my/601161038073/promosiHERM10

🌸🌸🌸🌸🌸

DUA DUNIA : QAYS RICO

Pertemuan dengan seorang gadis kristian bernama Talia di sebuah bilik hotel mula merubah segala-galanya. Pada diri Talia, Kaka lihat sesuatu yang tidak pernah ada pada gadis-gadis lain. Dan pertemuan mereka cukup aneh.

‘How did you end up here? Ini bilik aku kut.’ – Kaka Hazraf

‘Saya tumpang bilik Tuan, boleh? Saya takut..’ – Talia

Dan siapa sangka, pertemuan kali pertama itu jugalah mampu membuatkan hatinya melekat pada Talia. Malangnya, Talia menghilang sebaik saja dia terjaga dari lena. Separuh nanar dia cuba menjejaki Talia. Janji pada diri sendiri andai kata peluang kedua itu datang kepadanya, Talia itu akan dia jadikan miliknya seorang.

‘Kalau aku ajak kau kahwin, kau sudi tak?’ – Kaka Hazraf

‘Tapi kita berlainan agama, Tuan.’ – Talia

Mudah bagi Kaka bila Talia sudi untuk bergelar mualaf. Syarat lain, perkahwinan mereka tidak boleh dihebahkan pada sesiapa. Kehidupan mereka bahagia seperti pasangan lain hinggalah perubahan diri Talia yang mendadak mula membuatkan rumahtangga mereka mulai berkocak.

‘Kau memang isteri aku yang sah kan?’ – Kaka Hazraf

Mungkin saja soalan itu tidak terlalu tepat. Namun mampukah Kaka sekadar mendiamkan diri andai 'Talia' tiba-tiba saja kelihatan seperti dingin tatkala bersama dirinya?

‘Kenapa awak tanya saya macam tu?’ – Talia

‘Sebab kau buat seolah-olah aku ni haram untuk sentuh tubuh kau. I'm your husband, Talia. – Kaka Hazraf

Banyak persoalan menyemak ke dalam fikiran Kaka. Malah, Kaka sendiri merasakan begitu banyak kelainan pada diri Talia. Benarkah masih ada kewujudan seorang Talia atau mereka sebenarnya sedang berada di dalam dua dunia yang berbeza? Segala-galanya akan terungkai dalam naskhah ini.

🌸🌸🌸🌸🌸

BURU : QAYS RICO

Ini bukan kisam seram semata-mata. Ini bukan kisah untuk bacaan dewasa semata-mata. Tapi ini kisah pabila manusia mula hidup berajakan nafsu dan bertuhankan syaitan. Kehidupan Ziyaz dan Ayra yang sangat terpesong dari landasan agama. Namun yang anehnya pabila Ziyaz mula berubah laku. Membuatkan Ayra mula dahagakan belaian daripada lelaki itu.

I miss your touch, Ziyaz. – Ayra

I love you but I can’t keep doing this, Ayra. – Ziyaz

Ziyaz memang menolak dia secara terang-terangan. Tapi bukan itu yang membuatkan ego Ayra rasa tercalar. Tapi pabila Ziyaz sudah berani-berani hendak menasihati dirinya. Demi memastikan Ayra sudah tidak bergaul bebas lagi, Ziyaz sanggup mengurung wanita itu di dalam banglo miliknya. Dan itu cukup-cukup melampau!

I kurung you sebab I tak nak you buat perkara yang bukan-bukan dekat luar. You ni memang tak tahu nak ingat Tuhan ke? Kalau sekali lagi you gugurkan kandungan, peratus untuk you selamat tu rendah, Ayra. You nak pergi dalam keadaan dosa yang bertimbun? - Ziyaz

Pergi mampos dengan nasihat you tu, Ziyaz. I tak mahu dengar. You pun belum tentu masuk syurga.- Ayra

Dan ternyata perubahan Ziyaz itu memang bersebab. Ziyaz yang selalu tertangkap keresahan. Ziyaz yang selalu kelihatan ‘berbicara’ dengan seseorang. Paling mengejutkan Ayra, pabila makhluk itu kelihatan selalu berdamping dengan Ziyaz. Gemar menumpang tubuh Ziyaz dari belakang.

Siapa dia, Ziyaz?! - Ayra

I don’t know him. Cukup tanya I soalan mengarut macam tu! - Ziyaz

You’re lying to me! Ni kali kedua I nampak dia dengan you. Who is he?? – Ayra

Siapa makhluk yang sering dilihat oleh Ayra? Kenapa makhluk itu seperti sedang memburu mereka berdua? Misteri ini hanya akan terungkai dalam naskhah BURU.

🌸🌸🌸🌸🌸

TAHANAN TUAN DHAZRIF : QAYS RICO

Selalu orang akan labelkan dia sebagai manusia yang ‘pelik’. Manusia yang tak normal sahaja akan bina rumah jauh di dalam hutan. Semua kerja mencabar Dhazrif dah biasa lakukan, termasuklah saat diberikan ‘tugasan’ oleh teman baiknya sendiri.

Anak aku tu muda lagi, Zrif. Aku tak tahu apa yang buat dia berubah. Yang aku tahu, dia sebenarnya sengaja nak memberontak dengan aku. – Datuk Izzat

Kau nak aku buat apa dengan budak tu? – Dhazrif Emran

Apa saja asalkan kau tak cuit tubuh dia. Yang tu tak sempat tangan kau buat kerja, bersepai gigi kau makan penumbuk aku nanti. – Datuk Izzat

Dhazrif jungkit bahu. Mula-mula sangsi. Bila tengok wajah tua Datuk Izzat, dia jadi kasihan p**a.
Pandang wajah anak dara Datuk Izzat, ada sesuatu yang buat Dhazrif benar-benar ingin tahu.

You are only 19 years old, kid. Aku tak tahu p**a anak Datuk macam kau ni pun jenis tak cukup makan sampai perlu jadi ‘pickpocket’? – Dhazrif Emran

Aku tak kacau poket kau kan? Jadi jangan masuk campur urusan aku. – Izya Ammara

Dhazrif lepaskan Izya untuk kali pertama bersama satu syarat. Syarat supaya Izya meninggalkan kegiatan buruknya. Sadisya gadis hati kering ini memang sengaja mahu menduga dirinya. Untuk itu, Dhazrif dah jatuhkan hukuman terhadap Izya. Selagi Izya masih kekal begitu, selagi itulah Izya akan jadi ‘Tahanan Tuan Dhazrif.’

Dalam rumah ni aku yang akan tetapkan peraturan. Mulai hari ini juga aku nak kau panggil aku, Tuan Dhazrif. Tolong belajar tentang adab dari sekarang. – Dhazrif Emran

Dah tak ada tempat lain ke kau nak bawa aku? – Izya Ammara

Untuk manusia tak beretika macam kau, hutan ni aje yang paling tepat.– Dhazrif Emran

Izya atur strategi untuk menyelinap keluar daripada hutan. Gagal tatkala muncul satu susuk tubuh menghalang dirinya. Dan susuk tubuh itu buat Izya pengsan dan demam selama dua hari berturut-turut.

Kau bela hantu ke dalam rumah ni?? – Izya Ammara

Jadi kau dah jumpa ke ‘dia’? – Dhazrif Emran

Terlopong. Terhenyak pabila Dhazrif langsung tidak menyangkal. Jangan cakap tu pun salah satu hobi ‘pelik’ lelaki ini. Memang gila namanya! Namun sampai ke sudah Izya masih belum tahu siapa nenek bongkok tiga yang muncul di hadapannya dua hari yang lalu.

Ingin ketahui kisah selanjutnya, sila dapatkan dan layari naskhah ini.

🌸🌸🌸🌸🌸

ISTERI TUAN DHAZRIF : QAYS RICO

Mengahwini perempuan yang jauh lebih muda, tentu saja banyak cabarannya. Sejak dulu lagi Izya jenis tamakkan kasih sayang seseorang. Kalau dulu Izya tak sudi berkongsi kasih sayang seorang ayah. Sejak dah kunci Dhazrif sebagai suami, perangai hendak memiliki Izya makin menjadi-jadi. Wajarlah sebab Datin Annura tu memang terang-terang nak curi perhatian Dhazrif.

“Datin dekati suami saya sebab datin nak cuba goda dia ke?” - Izya Ammara

“If yes?” - Datin Annura

Jawapan menduga kesabaran Datin Annura buat Izya tak fikir panjang. Terus Izya ‘lanyak’ Datin Annura sepuas hati. Sejujurnya pertama kali dalam hidup, Dhazrif dapat lihat adegan tarik rambut sesama perempuan yang cukup comel pada mata dia. Namun sebagai suami, dia harus juga menegur tindakan Izya.

“What on earth are you doing, Izya Ammara?” - Dhazrif

“l’m protecting my husband.” - Izya Ammara

Tepuk dahi Dhazrif bila Izya langsung tak ada tanda-tanda rasa bersalah. Makin buat Dhazrif rasa nak juling biji mata saat Izya hantar si kecil Inas untuk jadi ‘spy’ bila mana Izya sibuk dengan urusan untuk menghabiskan pengajiannya di tahun kedua.

“Hari ni Inas ikut daddy ke pejabat. Hantar report pada mummy kalau ada perempuan lain cuba rapat dengan daddy tau?” - Izya Ammara

“Jangan libatkan Inas dalam urusan orang dewasa. She knows nothing, baby.” - Dhazrif

Teguran Dhazrif buat Izya tarik muncung panjang. Kalau dari awal mereka sama-sama bersetuju takkan ada ‘adik’ untuk Inas selagi Izya tak habiskan pengajian Sarjananya, berubah rentak rumahtangga mereka bila Izya tak sudah-sudah keluarkan jurus mahu menggoda Dhazrif.

“Baju tu tak boleh nipis lagi ke, sayang? Hari-hari you duga I macam ni, jangan salahkan I kalau Inas dapat adik nanti.” - Dhazrif

“Kalau nak lagi nipis, senang malam ni saya tak payah pakai apa-apa langsung. Sanggup ke nak tengok? - Izya Ammara

Dan seorang Izya Ammara harus menjadi lebih gedik jika mahu memastikan seorang suami itu kekal menjadi kepunyaan dia. Zaman kaum perempuan makin ramai jadi kaki sondol, dugaan yang datang sesekali buat Izya hidup dalam ketakutan juga. Agak-agak berjaya ke Izya pastikan cinta Dhazrif itu milik dia sampai ke syurga?

🌸🌸🌸🌸🌸

PENJARA HEDRAQIL : Qays Rico

Pabila cinta mengungguli carta hati, kematian itu satu penyeksaan separuh mati. Kehilangan isteri dan zuriat pertama yang masih belum sempat menjengah dunia memberikan satu tamparan yang maha hebat buat Hedraqil. Dia hidup dalam halusinasi yang diciptanya sendiri.

“Hedra berbual dengan siapa tu?”- Hessa

“Berbual dengan isteri Hedra, kak long.”- Hedraqil

Hessa terpempan. Acap kali dia ingatkan yang Yasmin Jannah sudah lama meninggal dunia, Hedraqil masih tetap begitu. Hessa lelah. Kelak sampai bila Hedraqil hendak hidup dalam bayang-bayangnya sendiri? Takdir Allah itu rupa-rupanya cukup indah. Ada yang kata, dalam dunia ni pasti ada tujuh wajah yang hampir serupa. Dan Adelia Khadeeja salah seorang daripadanya. Kalau Hessa sendiri tersentak melihat serabut wajah milik Adelia, apatah lagi seorang Hedraqil. Malangnya, hati Hedraqil seakan-akan keras hendak menerima insan lain di dalam hidupnya lagi.

“Boleh Adel tolong saya?” - Hessa

“Tolong apa, Dr?” - Adelia

“Tolong rawat hati adik saya. He needs you.” - Hessa

Adelia tak pernah menyangka permintaan berat sebegitu akan terbit daripada bibir pensyarahnya sendiri. Mulut ingin menolak, saat hati mula terpaut rasa cinta, jiwa lemah untuk memberontak. Sudahnya Adelia akur, Hedraqil perlu dibantu.

“Aku tak perlukan perempuan macam kau untuk gantikan tempat isteri aku. Kau pun sama macam kak long. Isteri dan anak aku belum mati lagi!” - Hedraqil

“Nak saya tunjukkan pusara mereka?” - Adelia

Diamnya Hedraqil buat Adelia mengerti. Hakikatnya, jiwa lelaki itu sebenarnya sedang dibunuh perlahan-lahan. Lantaran itu Adelia nekad, apa sekalipun yang terjadi dia akan kembalikan seorang Hedraqil yang dulu.

“Jangan sesekali cuba untuk masuk ke dalam hidup aku, Adel.” - Hedraqil

“Kalau Adel nak masuk juga?” - Adelia

“Then, I will make your life a living hell. Jangan cakap aku tak pernah ingatkan kau, Adel. - Hedraqil

Masuk ke dalam hidup Hedraqil, tak ubah seperti Adelia serahkan diri untuk dipenjarakan lelaki itu. Maki-hamun? Itu sudah biasa. Sepak-terajang? Sesekali ada juga tersasar menyentuh batang tubuhnya. Namun cekal itu perlu. Saat pengorbanan mula menjadi pilihan.

🌸🌸🌸🌸🌸

UNTUK TEMPAHAN
wasap.my/60175496435/promosiHERM10

T E R J U A L  L E B I H   5 0 0 0   N A S K H A H 💯TUAN ALDRIC ARJUNA | SUAMI UNTUK 100 HARI Alhamdulillah ❤️“❤️❤️❤️❤️❤...
24/05/2022

T E R J U A L L E B I H 5 0 0 0 N A S K H A H 💯

TUAN ALDRIC ARJUNA | SUAMI UNTUK 100 HARI

Alhamdulillah ❤️

“❤️❤️❤️❤️❤️ Best... best... best. Memang terbaik. Perancangan 100 hari ada matlamat. Nanti nak repeat balik. Semua novel memang tangkap HATI ❤️❤️❤️❤️❤️ Syukur Alhamdulillah. InsyaAllah semoga diberikan idea dan ilham untuk novel akan datang. Tak sabo tunggu next novel. Jibrael2 ❤️❤️❤️❤️❤️” - Feedback Tuan Aldric Arjuna

“Saya dapat Tuan Aldric Arjuna hari Sabtu. Hari tu jugak habis baca. Maigadd love sangat 💗💗” - Feedback Tuan Aldric Arjuna
Suami Untuk 100 Hari

“Alhamdulillah dah habis baca. Semua buku Suci Hidayat tak pernah mengecewakan saya. Semua terbaik sis.”- Feedback Tuan Aldric Arjuna | Suami Untuk 100 Hari ❤️

“Tak apa... terima kasih jugak untuk novel yg tidak pernah mengecewakan... selalu tertunggu-tunggu untuk membaca 😍😊” - Feedback
Tuan Aldric Arjuna

“Jalan cerita yang simple dan padat. Namun mampu menerbitkan macam-macam rasa di sepanjang perjalanan penceritaannya. Best sangat2” - Feedback Tuan Aldric Arjuna ❤️

“Sangat best cerita ni. Tak rugi beli. Terbaik sis 😍” - Feedback Tuan Aldric Arjuna

“Assalammualaikum. Hai Kakd. Tadi dah received novel Tuan Aldric Arjuna. Kenapa semua novel akak best ek? Saya s**a gile jalan cerita Tuan Aldric Arjuna. Thank you sebab akak ada good idea untuk menulis novel. Saya dah beli novel akak Jibrael, Ezrael, Cinta Sampai Mati, My Girl. Semua tak mengecewakan. Hope kakd success ya. Bila dapat buku novel tadi pastu tengok sign kakd ase macam excitedlahhh. Hehehhe. Done meluah. Ikhlas dari saya ❤️❤️❤️” - Feedback Tuan Aldric Arjuna

“Salam D...habis dah baca novel TUAN ALDRIC ARJUNA... ya ampuunnnn D...penceritaan yang sangat-sangat tak mengecewakan bila baca novel nie...rasa tak puas baca 😘😘..kot mana tau ada version 2 nanti..😁..apa pun memang 5 ⭐⭐⭐⭐⭐ la D...” - Feedback Tuan Aldric Arjuna ❤️

“Nak cakap, buku dah smpai tengahari tadi. And best sangat2😭😭😭❤️❤️❤️❤️if jadi terbitan tv nih, mau tak tersenyum:'') the best kak, success selalu❤️✨” - feedback Tuan Aldric Arjuna

“Dah habis baca sis. Best sangat. In loveee sangat-sangat dengan karya Suci Hidayat 🥰🥰😘 Semoga sis terus maju jaya dengan menghasilkan karya yg best²😘” - Feedback Tuan Aldric Arjuna

“Memang best. Jalan cerita yang menarik.Terbaik D.. ❤️❤️👍👍👍 100 hari yang sungguh bermakna.. 😊 Hasil tulisan D sentiasa saya puas hati.. ❤️👍” - Feedback Tuan Aldric Arjuna

“Satu je kurang Aldric ni. Kurang tebal.” 😅 Fuh suspen j*p. Ingatkan apa tadi. Feedback Tuan Aldric Arjuna

“Best sangat citer ni. Hero ######xx dengan he**in. Tak macam citer lain. Suspens dengan 100 hari tu. Mujur ######.”- Feedback Tuan Aldric Arjuna ❤️

“Salam Kak Suci. Saya nak komen sikit. Tuan Aldric Arjuna tu bila baca tak menepati citarasa saya. Kenapa tak tebal?! Best gila2 lah... Nak more Tuan Aldric! Saya bagi lima 5 bintang kat akak. Best gila2. Cuma kecewa sebab tak tebal. Harap ada sambungan. Tak puas hati saya. 3 kali ulang baca tetap tak buat hati. Buatlah lagi Tuan Aldric. More Tuan Aldric please........” - Feedback Tuan Aldric Arjuna. Mini novel memang tak tebai yayang oi 😅

“Dah 4 kali baca. Tak puas! Kej*p je habis.” - Feedback Tuan Aldric Arjuna ❤️

“Assalamualaikum....
Buku telah selamat diterima.
Tak puas baca...dah habis.
Tahniah Puan Suci Hidayat.
best citer nie.
Santai...❤️”

“Dah dapat. Dah baca. Best sesangat.”

“Tahniah Novelis Suci Hidayat. Penulisannya tak pernah tak hidup. Feel sesangat.”

“assalamualaikum..sy dah habis baca buku ni..baru paham nape 100 hari..rupanya ❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️ 😁😁😁..mulanya geram jgk ngan aldric arjuna..kesian sgt ngan asmara..tp bila baca sampai habis..paham segalanya..tp sy tak puas baca..kalau cite ni dikembangkan lg..sy rasa mst lg ummph...kebabom..🤣🤣🤣..apa pun tahniah cik suci hidayat..ni buku pertama sy beli..in shaa Allah..akan ada pembelian buku seterusnya..😊😊😊”

***

TUAN ALDRIC ARJUNA | Suami Untuk 100 Hari ❤
Cukupkah 100 hari untuk melakar kisah asmara...
=====

ALDRIC ARJUNA. Majlis perkahwinan bersama kekasihnya MAYA ROSE, bakal berlangsung kurang tiga bulan lagi. Namun dalam kesibukan membuat persiapan majlis, Aldric tiba-tiba memutuskan untuk menikahi ASMARA KALEENA.

"Seratus ribu ringgit. Jadi isteri aku untuk 100 hari. Hanya 100 hari. Dalam tempoh 100 hari aku berhak sepenuhnya ke atas kau. Dalam tempoh 100 hari, aku akan penuhi apa sahaja keperluan dan kehendak kau. Apa sahaja. Tapi selepas 100 hari, kita tak kenal lagi antara satu sama lain. Kalau kau setuju, kau boleh ambil duit seratus ribu ringgit tu. Kalau kau tak setuju, kau boleh keluar sekarang. Jangan buang masa aku." - ALDRIC ARJUNA

Asmara yang terperangkap dalam situasi yang maha mendesak, tak punya banyak waktu dan pilihan. Demi kebaikan mereka yang Asmara cintai, Asmara pertaruhkan seluruh dirinya .

"Saya tak faham. Tuan cintakan Maya. Tapi kenapa tuan nikahi saya?" - Asmara Kaleena.

"That is none of your business." - Aldric Arjuna

"Macam mana kalau selepas 100 hari, saya baru tau yang saya mengandung?" - Asmara Kaleena

"That is none of my business." - Aldric Arjuna

Menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri, memenuhi segala kemahuan dan hak Aldric sebagai seorang seorang suami dengan sepenuh hati , Asmara terlupa yang dia dibayar untuk melakukan semua itu. Malah hanya untuk 100 hari.

100 hari. Kenapa mesti 100 hari?

Dan 100 hari melakar kisah asmara bersama, tidak berbenih langsungkah cinta dalam hati seorang Tuan Aldric Arjuna? Apakah ada harapan untuk seorang Asmara Kaleena untuk terus di sisi sang lelaki yang halal untuknya? Atau kisah mereka benar-benar berakhir selepas 100 hari?

♥️

ASMARA KALEENA tunduk menekur permaidani gebu di kaki. Nyamannya tapak kaki menyentuh permukaan permaidani itu tak mampu membuatkan jiwanya nyaman saat ini. Nafas dihela dalam-dalam. Cuba mengatur nafas yang sedari tadi tidak tentu arah. Ketar tubuhnya juga belum tidak benar-benar reda. Pelbagai rasa bergelodak dalam dada. Membuatkan Asmara mual. Loya.

Kelopak mata redup itu membengkak hasil menangis hampir seharian. Itu sahaja cara yang Asmara mampu setelah usahanya asyik menemui jalan buntu.

Mencuri pandang ke arah jam dinding, masa semakin suntuk. Peluang untuk Asmara hanya berbaki beberapa jam sahaja lagi.

Dan saat ini, Asmara di sini. Di sebuah penthouse mewah yang terlalu asing bagi Asmara. Bersama Asmara, berdua di dalam rumah ini adalah seorang lelaki. Yang juga sangat sangat asing.

Tak seharusnya seorang gadis seperti Asmara, mengikut seorang lelaki yang tidak pernah dia kenali. Duduk di dalam satu ruang berdua-duaan. Yang mana, peluang untuk syaitan merealisi impian sehingga akhir zamannya sangatlah terbuka luas.

Namun, ketakutan, keterdesakan dan kasih sayang yang terlalu akhirnya membawa Asmara ke sini.

Takut-takut, Asmara angkat wajah. Mencuri memerhati gerak lelaki asing itu yang sedari tadi mundar mandir tidak jauh darinya.

Lelaki itu. Lelaki yang langsung tidak Asmara kenali ini adalah percubaan terakhir yang mampu Asmara usahakan. Kalau dalam masa satu jam lagi percubaan ini gagal, maka Asmara benar-benar gagal!

Tunduk, rasa takut menyerang lagi. Membuatkan mata Asmara terpejam rapat. Resah. Sesaat bagai setahun Asmara rasakan. Penantian itu terlalu menyeksakan. Ya atau tidak. Hanya itu yang Asmara mahu tahu.

Saat itu Asmara dapat mendengar derap langkah yang sedari tadi ke hulu dan ke hilir, kini senyap sunyi. Perlahan-lahan Asmara buka mata. Perlahan-lahan juga memanggung kepala. Mencari wajah sang lelaki asing yang sehingga kini belum Asmara tahu namanya.

Lama lelaki itu merenung tepat ke mata Asmara. Lama. Dan tajam. Sehingga Asmara larikan pandangan. Tak mampu menahan panahan renungan itu. Takut. Asmara takut. Kalau lelaki itu mempunyai rancangan jahat, lelaki itu pasti akan berjaya melaksanakan apa yang dia rencanakan.

“Kau nak duit?” soal lelaki itu dengan riak kosong tanpa rasa. Sengaja mengulang tanya walaupun segalanya telah gadis untuk jelaskan di awal perkenalan mereka sebentar tadi.

Pantas pandangan Asmara kembali terhala lurus ke wajah lelaki itu. Mendengarkan soalan yang diajukan, pantas Asmara mengangguk. Sehabis pantas. Semakin lama semakin pantas. Diikuti debar dalam dada yang mengiringi. Sumpah. Asmara sangat terdesak.

Soalan lelaki itu seakan memberi harapan buat Asmara. Namun, selagi tiada kata putus dari lelaki itu, selagi itulah Asmara bimbang. Teramat bimbang. Kalau jawapan lelaki itu tidak seperti yang Asmara harapkan.

Tidak terus menjawab, lelaki itu masih terus menerus merenung Asmara. Tepat di mata. Dan untuk beberapa ketika pandangan itu turun perlahan-lahan menuju hujung kaki Asmara. Dan naik semula tepat ke mata.

“Baik. Aku akan bagi apa yang kau nak.”

Mendengarkan jawapan itu, kelopak mata Asmara terbuka luas. Rasa lega terasa mulai berputik dalam dada. Rasa resah, rasa gelisah, mulai rebah.

“Terima kasih, tu… tuan. Terima kasih sebab tolong saya.”

“Nanti. Aku belum habis cakap. Dan tak perlu ucap terima kasih. Sebab aku tak tolong kau percuma. Aku akan bagi kau apa yang kau nak. Tapi…” Baris perkataan yang penuh ketidakpastian itu membantutkan rasa lega yang baru sahaja bercambah mahu menenteramkan dada Asmara.

Lelaki itu merenung Asmara dengan senyum sinis. Tentu sekali ada ‘tapi’nya. Tidak ada yang percuma dalam dunia yang penuh tipu daya ini.

“Tapi?” Ada getar dalam lontaran suara Asmara. Takut, namun Asmara terdesak. Bola mata Asmara berkaca. Ada yang kembali merusuh dalam dada. Asmara dah tak punya masa untuk berlengah-lengah lagi.

Soalan Asmara tak berjawab. Sebaliknya lelaki itu mengatur langkah menuju ke kamar yang terletak paling hujung di dalam penthouse mewah itu. Meninggalkan Asmara terpinga-pinga sendiri. Tapi apa?

Sekali lagi lelaki itu membuatkan Asmara terseksa. Satu saat, terlalu lama bagi Asmara. Rasa takut itu datang lagi. Terasa menjalar ke segenap saraf. Membuatkan Asmara merasa tak berdaya.

Memejamkan kelopak mata rapat-rapat, Asmara meramas perlahan pelipis kepala. Menekup wajah dengan kedua-dua tapak tangan, serasa tak sanggup lagi berhadapan dengan semua ini. Namun, untuk melihat semuanya ‘berakhir’ begitu sahaja dan ada yang akan lebih terseksa, Asmara lebih tak sanggup. Tak boleh! Tak boleh! Asmara mesti dapatkan juga wang itu sebelum jam 12 malam ini.

Pap!

Pantas Asmara buka mata apabila terdengar ada sesuatu yang dicampakkan di atas meja kopi yang terletak betul-betul di hadapannya.

Demi melihat apa yang berlonggok di atas meja saat ini, kelopak mata Asmara terbuka luas. Jantung berdetak laju. Pandangan Asmara kabur dek air mata yang mulai meliputi bola mata. Dan tanpa mampu Asmara tahankan, air mata itu jatuh menitik-nitik.

"Seratus ribu ringgit. Jadi isteri aku untuk 100 hari. Hanya 100 hari. Dalam tempoh 100 hari, aku berhak sepenuhnya ke atas kau. Dalam tempoh 100 hari, aku akan penuhi apa sahaja keperluan dan kehendak kau. Apa sahaja. Tapi selepas 100 hari, kita tak kenal lagi antara satu sama lain. Kalau kau setuju, kau boleh ambil duit seratus ribu ringgit tu. Kalau kau tak setuju, kau boleh keluar sekarang. Jangan buang masa aku."

Seakan terhenti denyut jantung Asmara saat mendengar ‘harga’ yang perlu Asmara bayar untuk mendapatkan sejumlah wang ini. Tak berkelip kelopak mata memandang lelaki itu. Namun air mata Asmara tetap menitik laju. Semakin lama semakin laju.

“Isteri?” soal Asmara kembali. Manalah tau kalau-kalau Asmara sebenarnya salah dengar.

“Yup. Isteri.”

“Untuk seratus hari?”

“Ya. Hanya untuk seratus hari.”

Dengan riak bersahaja, dengan kedua-dua tangan di dalam poket seluar dan bersandar relaks di tepi dinding tidak jauh dari situ, lelaki itu membuat pengesahan. Sekaligus menekankan perkataan isteri dan seratus hari itu biar jelas di pendengaran si gadis. Biar benar-benar jelas. Kerana ianya bukan tentang hal kecil. Ianya soal sebuah kehidupan. Kehidupan yang perlu gadis itu korbankan sekiranya gadis itu mahu kepingan-kepingan ungu itu.

Tunduk, pandangan Asmara jatuh kepada bongkahan wang ringgit yang terbentang di hadapannya. Bukan sikit cagarannya yang lelaki itu minta.

Menjadi isteri. Itu bermakna Asmara perlu menyerahkan seluruh diri Asmara. Jasad dan jiwa. Bukan hanya itu. Tetapi menyerahkan seluruh milik Asmara. Tapi…

Menjadi isteri, tiada apa yang perlu dihairankan. Tapi, menjadi isteri kepada seorang lelaki yang tidak pernah Asmara kenali. Dan menjadi isteri cuma untuk 100 hari? Asmara tertanya-tanya, apakah ada apa-apa muslihat di sebaliknya?

“Tapi… kenapa hanya untuk seratus hari?” Selepas seratus hari apa? Apa yang akan berlaku? Asmara akan diceraikan? Dan dalam tempoh 100 hari. Adakah hubungan mereka akan berlangsung seperti suami dan isteri sesungguhnya? Maksud Asmara, apakah mereka akan mempunyai hubungan tubuh seperti suami isteri lain? Dan… bagaimana p**a kalau Asmara hamil? Selepas seratus hari apakah lelaki itu akan menganggap Asmara dan benihnya sendiri tak pernah wujud?

“Itu bukan urusan kau.”

Asmara terdiam. Apakah erti menjadi isteri hanya untuk seratus hari. Seperti sahaja Asmara hanyalah perempuan simpanan. Bezanya Asmara ‘dihalalkan’.

“Kenapa diam? Dah tak nak dah duit tu? Aku tak kisah kalau kau tak…” Lelaki itu susun langkah mendekati bongkahan duit yang dia lambakkan tadi. Namun pantas Asmara mengaut sebanyak mungkin yang mampu. Memeluk sekuat hati.

“Saya nak. Saya betul-betul nak. Tolong… saya memang betul-betul perlukan duit ni. Saya betul-betul perlu.” Air mata Asmara jatuh lebih laju. Menitik-nitik di atas kepingan wang kertas itu.
Wang kertas yang menjadi saksi Asmara mengorbankan seluruh hidupnya. Wang kertas yang menjadi saksi Asmara serahkan segala miliknya. Wang kertas yang menjadi saksi Asmara melakukan semuanya kerana Asmara cinta. Sumpah, Asmara terpaksa.

“Yup. Silakan. Secara rasminya duit tu dah pun jadi milik kau.”

Sumpah Asmara lega. Terasa segala beban yang menghempap jiwa, hilang serta-merta. Tuhan sahaja yang tahu betapa lapang dada Asmara saat ini. Dada yang tadi terasa sesak, kini mulai bernafas tenang.

“Dan secara rasminya, kau dah pun jadi milik aku.”

❤️

MEMBUKA peti sejuk, Aldric mencapai kotak jus oren. Membawa kotak jus oren itu bersama gelas berkaki jernih. Lalu melabuhkan punggung di kerusi meja bar. Menuang jus oren itu lalu meneguk beberapa kali. Meletakkan gelas dengan berhati-hati, mata Aldric melirik ke arah jam dinding yang tergantung tidak jauh dari situ. Jari jemari kasar milik Aldric mengetuk-ngetuk permukaan meja bar.

11: 55 malam. Berbaki lima minit sahaja lagi.
Ada bara yang mulai memanaskan dada. Pendingin hawa yang berada di ruang itu juga gagal memujuk, menyejuk panas hati Aldric saat ini. Benarkah dia baru sahaja dipermainkan oleh seorang gadis yang terlihat suci dan naif bernama Asmara Kaleena?

Rahang Aldric bergerak-gerak. Menahan rasa. Dada Aldric turun naik. Jika itu berlaku, Aldric takkan teragak-agak untuk ikut ‘bermain’ dalam permainan gadis kampung itu. Dan Aldric akan pastikan gadis itu ‘tewas’ dan melutut penuh penyesalan.

12:01 malam.

Kalau tadi hanya dada Aldric terasa panas. Tapi sekarang bahang itu telah merebak naik ke kepala. Bangkit dari kerusi meja bar itu bersama gelas di tangan, Aldric lepas kasar gelas jernih berkaki halus itu ke sinki. Mujur sahaja gelas itu bukan murah kualitinya. Jika tidak, sudah pasti kaca gelas itu akan pecah berderai.

“Sial punya perempuan! Berani kau main-mainkan aku! Kau…!” Belum habis caci maki Aldric terhadap Asmara Kaleena, bunyi loceng penthouse menoktahkan maki hamun Aldric. Namun itu belum cukup untuk menyejukkan hatinya selagi belum pasti yang menekan loceng tadi adalah Asmara Kaleena.

Satu demi satu langkah kaki Aldric atur menuju ke pintu. Dalam hangat, ada debar yang berdetak untuk menyambut kehadiran sang tetamu yang memang diundang untuk hadir sebelum jam 12:00 malam ini. Dan Aldric harap yang berdiri di depan pintu itu memang Asmara Kaleena. Seperti yang Aldric rencanakan. Bukan Maya Rose, yang hanya akan merosakkan segala rancangan.

Tombol pintu dip**as. Daun pintu dibuka luas. Demi melihat figura yang sedang tegak di hadapannya, Aldric hadiahkan pandangan dan senyuman sinis. Pandangan dan senyuman itu menjelajah dari hujung rambut sehingga hujung kaki si gadis yang basah lencun dan menggigil menahan kesejukan. Basah sehingga air hujan masih belum berhenti menitis dari hujung rambut Asmara Kaleena.

“Sa… ya minta maaf sebab lam… lambat. Sa… saya tersalah naik bas. Bi… bila dah dapat bas yang betul, dah sampai dekat perhentian bas ja… jauh dari kawasan rumah tuan ni, hu… hujan lebat tak berhenti. Saya ingat nak tunggu hujan re… da. Tapi dah sejam lebih saya tunggu. Hu… hujan tak juga berhenti. Saya tak… tak ada payung.” Lontaran suara Asmara Kaleena terketar-ketar. Tersekat-sekat. Sejuk. Seluruh tubuh Asmara basah. Tak ada satu tempat pun yang selamat dari sang hujan. Termasuk beg pakaian Asmara dan isi kandungannya. Semuanya habis. Tangan naik memeluk tubuh sendiri yang menggigil-gigil. Cuba menghangatkan tubuh. Namun bukan panas yang Asmara rasakan. Malah bertambah-tambah sejuk.

Senyum sinis Aldric bertambah lebar. Tak peduli apa yang Asmara tempuhi untuk ke sini. Apa yang Aldric tahu, Asmara Kaleena wajib muncul seperti yang telah dia arahkan.

“Aku ingatkan kau dah lari.”

Teguk liur, Asmara menggeleng laju.

“Tak… tak. Sa… saya takkan lari. Sa… saya tak berani lari. Sa… saya tahu. Sa… saya hu… hutang dengan tu… tuan.” Kesejukan terasa mencengkam hingga ke tulang. Ditambah lagi dengan sejuk pendingin hawa yang sesekali menghembus menerpa dirinya, kedinginan itu terasa menggigit.

Tiada lagi sebarang dakwaan dari Aldric. Mengjungkit kening sebelah, tanda menerima jawapan Asmara Kaleena.

“Masuk.”

Mendengarkan hanya satu perkataan itu, gigil Asmara menjadi-jadi. Bukan sahaja pada jasad. Tapi juga jiwa.

Sebaik sahaja menapak ke dalam penthouse mewah milik lelaki yang bernama Aldric Arjuna ini, akan bermulalah satu alam baru yang penuh asing bagi Asmara. Tak tahu apa yang menunggu. Namun untuk berpatah semula, itu tiada dalam senarai pilihan. Yang terbentang kini hanyalah jalan di hadapan. Yang perlu Asmara teruskan. Sehingga selesai.

“Sini. Aku tunjukkan bilik kau,” arah Aldric. Lantas menyusun langkah meninggalkan Asmara jauh dibelakang.

Teragak-agak, lambat-lambat, dan dengan hati yang maha berat Asmara mengekori langkah Aldric.

“Ini bilik kau.”

Dari daun pintu yang terkuak luas, Asmara mengintai ke segenap ruang kamar yang tercapai dek pandangan. Luas. Cantik. Perabot serba moden. Katil besar yang sangat selesa. Lengkap dengan pendingin hawa. Semuanya sangat sempurna. Namun sempurnanya kamar itu hanya menyelesakan jasad. Jiwa Asmara, masih belum tenteram.

“Kau akan tidur dalam bilik ni sementara kau belum jadi isteri aku.”

Asmara angguk perlahan. Tanda Asmara mendengar. Sementara Aldric mencerun renung tepat ke mata gadis yang beberapa hari sahaja lagi akan bergelar isterinya. Perempuan yang dibayar. Untuk menjadi isteri. Selama 100 hari.

“Bila kau dah sah jadi isteri aku, kau akan tidur dekat bilik aku. Tidur dengan aku.”

❤️

“Eh… tuan tinggal je semua tu dekat situ. Nanti saya angkat.” Janggal p**a Asmara rasa bila Aldric membawa sendiri pinggan dan gelas yang dia guna ke sinki.

“It’s okay. Aku boleh je angkat sendiri. Lagipun, aku bayar kau untuk jadi isteri. Bukan orang gaji.”

Mendengarkannya Asmara terdiam. Manis apabila Aldric mengakui dia adalah isteri. Bukan orang gaji. Namun pahit apabila Aldric mengingatkan bahawa dia dibayar untuk jadi isteri. Dada rasa sesak tak semena-mena. Asmara hela nafas dalam-dalam. Cuba melapangkan dada yang terasa sempit. Memejamkan mata untuk seketika, cuba menghalau rasa kecewa yang menyapa. Cuba lupa. Memusatkan segala perhatian kepada pinggan mangkuk yang sedang dicuci.

Namun tiba-tiba ada tangan yang melingkar di pinggangnya. Memeluk Asmara erat dari belakang. Mengucup p**i Asmara berkali-kali. Menyangkut dagunya di bahu Asmara. Mendekatkan bibirnya di cuping telinga Asmara.

“Thanks. Kau masak sedap sangat. Tak salah aku pilih kau jadi isteri. Cantik. Pandai masak. Dan…”

Asmara teguk liur payah. Kata-kata Aldric buat Asmara berderau darah. Baru sekej*p tadi dengan kata-katanya lelaki itu musnahkan segala kebahagiaan yang Asmara rasakan. Dan hanya dengan beberapa perkataan, lelaki itu seakan menjanjikan harapan. Sungguh. Asmara tersungkur.

Dan? Dan apa? Entah kenapa Asmara rasa tak sabar mahu mendengar baris ayat seterusnya.

“Dan kau pandai buat aku ‘rindu’.” Bibir itu hinggap lagi di p**i Asmara. Puas di p**i, bibir itu menjelajah telinga. Leher. Bahu. Tengkuk. Tiada balasan kata dari Asmara. Namun seluruh roma tegak berdiri.

“Aku nak keluar. Tak payah tunggu aku. Mungkin aku balik lambat. Kau tidur dulu.” Aldric leraikan pelukan. Mula mengatur langkah. Mahu menuju pintu keluar.

Asmara sembunyi kerut wajah. Aldric mahu ke mana? Lewat-lewat begini? Segera Asmara keringkan tangan. Laju langkah kaki mengekori Aldric yang sudah hampir sampai ke pintu keluar.

“Errr… tuan balik lambat sangat ke? Errr… bukan apa. Saya… saya takut tidur sorang.”

Mencerun pandang, Aldric lukis senyum nakal. Tapak tangan kasar itu naik mengusap p**i mulus sang isteri.

“Jangan risau. Aku takkan biar kau tidur sorang.” Ikutkan hati Aldric pun malas nak keluar. Lebih nikmat duduk di rumah mengulit perempuan yang halal untuknya ini. Tapi Aldric terpaksa. Selagi tak cukup 100 hari, selagi tulah hidup Aldric takkan aman!

R E A D Y S T O K ❤️
U N T U K T E M P A H A N :

http://www.wasap.my/60175496435/TUANALDRICARJUNA

Address

Jalan Ayer Hangat
Langkawi
07000

Telephone

+60175496435

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Manis Bookstores & Printing etc posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category