25/09/2021
S**a duka kami seller online di Langkawi ☺ Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan 🤲🏻
✅Bermula dengan beli coklat yang customer oder
✅Boleh wrap coklat sahaja, (asalkan pegawai kastam boleh nampak barang apa yang nak di pos. Tak boleh wrap kotak atau parcel lagi sebab pegawai kastam akan check 1,1 coklat dan resit untuk PEMBAYARAN CUKAI
✅Selesai check barang, bayar cukai dan boleh mula wrap 😊 pakat bersila di lantai pejabat pos 😁
🥺Jadi, jangan pertikaikan kalau ada sesetengah seller yg cas mahal sebab banyak kerja diorang nak kena buat. Ada yang rumah jauh, nak isi minyak kereta lagi dll demi mencari sesuap nasi. Itu belum cerita bab beratur sampai ketar lutut tunggu turn nak masuk pejabat pos.
🥰❤ Apa pun, terima kasih buat semua yang pernah membeli dengan saya. Alhamdulillah Allah kurniakan saya customer yang sangat memahami. Customer boleh jadi kawan kan? 💖 Terima kasih kongsi rezeki dengan saya ❤❤❤
Buat semua yang sedang berusaha mencari pendapatan, semoga Allah mudahkan dan membuka pintu rezeki seluas-luasnya buat kita serta mendapat keberkatan 🤲🏻 Aamiin..