11/10/2021
Dalam bahasa Melayu terdapat banyak kata pinjaman daripada bahasa asing, dan salah satu daripadanya ialah bahasa Arab. Kemasukan dan penyerapan kata pinjaman bahasa Arab ini terus berlaku dalam bahasa Melayu sehingga ke hari ini.
Unsur bahasa Arab yang terserap antaranya adalah dari segi kosa kata, fonem, morfem, frasa dan ayat, ungkapan, nama orang, nama badan, atau institusi dan judul-judul kitab. Namun begitu, semasa proses penyerapan, berlaku perubahan terhadap kata-kata pinjaman Arab terutamanya dari segi bunyi dan makna.
Untuk membaca lebih lanjut, miliki buku Kata-kata Pinjaman Bahasa Arab dalam Bahasa Melayu: Perubahan Bunyi dan Makna melalui portal DBPNiaga.my.