ALOLA NOVEL

ALOLA NOVEL trusted seller
new novel & secondhand novel
1st come 1st serve
harga novel INC postage
postage : isn

JADI MILIK DIAHarga Novel : RM 30.00Postage : RM 8.00 (SM) / RM 10.00 (SS)“Aku ni bodoh, pergi percayakan perempuan. Kau...
29/03/2018

JADI MILIK DIA

Harga Novel : RM 30.00
Postage : RM 8.00 (SM) / RM 10.00 (SS)

“Aku ni bodoh, pergi percayakan perempuan. Kaum kau ni licik macam ular. Penipu! Aku dah serik percayakan perempuan.” – Adrian

Perkahwinan yang diimpikan ADHA ADRIAN hancur apabila tunangnya membatalkan pernikahan mereka. Dendamnya kepada perempuan kembali muncul. Tujuh tahun menghilangkan diri, dia kembali dengan azam memulakan hidup baru. Namun, datuknya merancang mahu menjodohkannya p**a.

“Habis awak ingat saya nak sangat kahwin dengan awak? Oh, memang tak hinginlah. Saya awal-awal dah tolak.” – Dian

Tidak mahu dijodohkan dengan lelaki yang mempunyai kisah silam, NUR SHAZAI DIANA melarikan diri. Mana mungkin dia mahu hidup dengan lelaki yang sombong, pasti dirinya menjadi mangsa. Dihukum atas kesilapan perempuan lain. Namun, sejauh mana dia lari, lelaki itu tetap muncul tanpa diduga. Bagi membalas budi datuk Adrian yang baik, dia menerima juga lelaki itu sebagai suami.

“Boleh tak jangan tuduh saya lagi? Sikit-sikit salah saya. Cuba buka mata awak luas-luas cari apa salah awak. Ni tak, semuanya nak tuduh saya. Semuanya salah saya. Macamlah awak tu tak pernah buat salah.”-Dian

Dirinya bagai tidak wujud. Tindakan yang dibuat semua salah di mata Adrian. Hanya kesabaran menjadi benteng dia masih bertahan. Ternyata kesabarannya berbalas. Adrian kembali tewas di tangan insan bergelar wanita. Namun kebahagiaan yang dirasai hanya sekejap apabila bekas tunang suaminya kembali muncul.

“Kalau betul pun dia terhegeh-hegeh kat abang, apa hak Dian nak hina dia? Ini masalah abang dengan dia.” – Adrian

Gelap dunia Dian. Suaminya masih mencintai Haiza. Cinta yang diberi hanya palsu. Dia tertipu. Ternyata dia hanya dijadikan tempat melepaskan dendam. Mampukah dia bertahan sedangkan rasa cinta yang dulu mekar mula layu?

MAWAR BERDURIHarga Novel : RM 35.00Postage : RM 8.00 (SM) / RM 10.00 (SS)Hidup 30 tahun tidak pernah bercinta. Itu yang ...
29/03/2018

MAWAR BERDURI

Harga Novel : RM 35.00
Postage : RM 8.00 (SM) / RM 10.00 (SS)

Hidup 30 tahun tidak pernah bercinta. Itu yang berlaku kepada Rauf Zuhayr. Tatkala teman-teman sebaya sudah maju dengan berkahwin dan bercinta, dia tetap sendiri. Kerana prinsipnya musim bercinta bukan untuk cuba-cuba.
Hingga dia bertemu dengan Diane Rose Mc Lachlan, lalu jatuh cinta kali pertama. Sayangnya, gadis itu rupanya teman wanita gelap Tan Sri Fatah. Tidak peduli! Rauf cuba juga mendapatkan gadis itu. Sayangnya setelah cintanya berbalas, ibunya menentang perhubungan itu atas alasan Diane itu tidak sekufu dengan keluarga mereka.
Hadir seorang lelaki budiman dalam hidupnya membuatkan Diane tergila-gila. Dan dia hampir nanar saat mengetahui Rauf akan ditunangkan dengan seorang gadis bangsawan. Siapalah dia yang sebatang kara ini?
Ketika Diane hampir rebah oleh onak duri hidupnya, Rauf hadir semula untuk merawat lukanya yang parah. Rauf nekad demi cinta biarpun tahu dia sedang menentang wanita yang memegang syurganya. Adakah pilihannya salah seperti kata-kata ibunya?
“Memalukan! Perempuan baik-baik ditolak demi perempuan yang tak tentu asal usul. Anak luar nikah!”-Puan Sri Nur Ain.
Tiba-tiba muncul Tunku Imranuddin dalam hidup Diane. Seseorang yang sudah lama menghilang datang menuntut kasih sayang daripadanya. Kehadirannya menyentak keegoan Puan Sri Nur Ain dan Amanda yang membenci Diane. Siapakah Tunku Imranuddin?
Diane Rose… wanita yang ditinggalkan sebatang kara di dunia ini. Salah atau betul jalan hidupnya, terletak di pundaknya sendiri. Sepertimana arwah ibunya, tidak mudah untuk dia menggapai bahagia. Ditinggalkan ayah kandung, ibunya pergi menghadap Ilahi dan seterusnya cinta diduga dengan tentangan daripada ibu mentua, Diane sudah biasa menempuhi kesakitan hidupnya seorang diri.
Namun Diane percaya… No Roses Without Thorns, yang mana setiap hidup pasti ada cubaan. Lambat atau cepat, Tuhan pasti akan menemukan dia dengan kebahagiaan yang ingin sangat dimilikinya!

KESAYANGAN RAISHarga Novel : RM 35.00Postage : RM 8.00 (SM) / RM 10.00 (SS)Kerana nafkah bernilai lima puluh sen, Rais m...
29/03/2018

KESAYANGAN RAIS

Harga Novel : RM 35.00
Postage : RM 8.00 (SM) / RM 10.00 (SS)

Kerana nafkah bernilai lima puluh sen, Rais mula menyimpan rasa. Namun keadaan telah memaksa mereka untuk berpisah buat seketika.
“Hai Cempaka Inara.” – Rais
“Mana awak tahu nama saya?” – Cempaka
“Awak tak kenal siapa saya?” – Rais
Persahabatan yang sedia terjalin bertambah akrab. Saban hari dan waktu Rais meluangkan masa bersama Cempaka. Bila bersama Rais, Cempaka mula sedar yang hidup Rais sangat berbeza dengan kehidupannya dan semua itu membuatkan Cempaka kagum dengan seorang lelaki yang bernama Rais. Cempaka gembira. Rais p**a bertambah cinta. Diharapkan cinta berbalas, namun sebaliknya p**a yang terjadi.
“Tolong jangan cari saya lagi lepas ni. Hati saya… hati saya sakit setiap kali saya pandang wajah awak dan menyedari hakikat yang awak tak mungkin akan jadi milik saya.” – Rais
Cempaka mendekat, namun Rais menjauh…
“I love you so much, I just want you to be happy even if that happiness no longer includes me.” – Rais
Keliru dan bingung, lalu masing-masing mula membawa diri. Tapi hanya dengan satu kenyataan, rasa cinta mekar kembali. Ternyata cinta Rais tidak sendiri dan dengan penuh yakin, Rais melamar gadis kesayangannya.
“Let’s find a beautiful place to get lost in together sayang…” – Rais
Bisakah kesayangan Rais menjadi miliknya yang mutlak?

FAMILY TUAN IHSANHarga Novel : RM 29.00Postage : RM 8.00 (SM) /RM 10.00 (SS)Cinta tak kenal siapa. Kalaulah cinta kenal ...
29/03/2018

FAMILY TUAN IHSAN

Harga Novel : RM 29.00
Postage : RM 8.00 (SM) /RM 10.00 (SS)

Cinta tak kenal siapa. Kalaulah cinta kenal siapa mangsanya, takkan Seroja Irdina a.k.a. si diva sengal, dan Tuan Ihsan a.k.a. si pakcik tua ini jatuh cinta dan kini sedang membina keluarga bahagia?
Jawatan tetap sebagai ‘isteri Tuan Ihsan’ sudah berjaya didakap oleh Seroja dengan jayanya. Tahniah, Seroja!
Sekarang ini, adalah waktu untuk menaiktarafkan jawatan itu kepada ‘isteri solehah Tuan Ihsan’ p**a.
Bukan mudah hendak jadi isteri solehah, tau. Lebih-lebih lagi kepada seorang ahli perniagaan yang berjaya seperti Tuan Ihsan. Berjaya dalam bidang yang diceburi, harta benda yang melimpah, berusia 52 tahun, tapi masih lagi segak dan bergaya; sudah pastilah ramai saja langau-langau yang bakal mengganggu suami Seroja!
Thanks for the compliments. I’ll be seeing you later. Take care.
‘Hawa? Hawa mana p**ak ni? Hawa dingin? Hawau?’ – Seroja
Kadang – kadang, akibat perbezaan usia yang ketara antara pasangan suami isteri ini, pasti ada pergeseran yang bakal tercetus dan boleh menggoncang keharmonian rumah tangga.
“Seroja, Seroja. How can I put some sense into your head? I dah kata berkali-kali. Grow up.” – Tuan Ihsan
Apabila cemburu menguasai diri, niat murni hendak menjadi yang terbaik buat pasangan masing-masing mulai menemui jalan buntu!
“Apa p**ak yang tak kena dengan I?” – Tuan Ihsan
“Memang banyak yang tak kena dengan you!” – Seroja
Kalau begini gayanya, macam manalah Seroja hendak jadi isteri solehah? Bagaimana p**a Tuan Ihsan menangani krisis rumah tangganya? Dan… cinta ini p**a, akan kekalkah sampai ke Jannah?
Lima orang anak yang banyak tingkahnya, sekump**an pekerja kepoh yang gemar skodeng dan seorang isteri muda belia yang sentiasa ‘berangin’, s**a ataupun tidak, inilah ‘Famili Tuan Ihsan’!

RED VELVETHarga Novel : RM 25.00Postage : RM 8.00 (SM) / RM 10.00 (SS)Bagi Helena, cinta tak kenal siapa.Jadi bila hati ...
28/03/2018

RED VELVET

Harga Novel : RM 25.00
Postage : RM 8.00 (SM) / RM 10.00 (SS)

Bagi Helena, cinta tak kenal siapa.
Jadi bila hati dah terpaut kepada suami orang,peduli apa dengan umpat keji manusia keliling pinggang?
Yang penting dia bahagia, hanyut dalam cinta dan tekad memilih Fareeq sebagai suami.

Tapi Fareeq tak berpegang pada janji, dan Helena kecewa setengah mati.
Dan kala itu pertemuan dengan Izzat yang sinis, ego, berlagak tak bertempat menambahkan kekusutan di kepala.
Baker ‘bajet’ hot di bakeri cabuk itu memang s**a cari gaduh! Lagi teruk apabila keadaan memaksa Helena bekerja di bakeri itu bersama Izzat.

“So? Kalau tak nak gemuk, kenapa kau sibuk nak tidur baring,
makan minum dekat rumah ibu aku?Pergilah tidur
tepi jalan, confirm kau boleh kurus, kan?” – Izzat

Daripada perasaan benci, meluat dan menyampah, tiba-tiba hati mereka saling bertaut.
Dan ketika indah menyulam cinta, rahsia Helena terbongkar.
Macam mana bila lelaki yang anti homewrecker, berdepan dengan homewrecker itu sendiri?

“Aku tak boleh pandang muka kau lagi, aku benci! Sebab perangai kau memang tak ada beza langsung dengan perangai perempuan keparat yang dah lukankan hati Ibu aku!- Izzat

Sekali lagi Helena patah hati, Dia betul-betul cintakan Izzat, Tapi kemaafan lelaki itu terlalu mahal harganya. Mampukan cinta si baker dan ex-homewrecker bersatu semula?

FIRDAUS BUAT JANNAHHarga Novel : RM 26.00Postage : RM 8.00 (SM) / RM 10.00 (SS)Dek kerana malam jahanam itulah, jalan hi...
28/03/2018

FIRDAUS BUAT JANNAH

Harga Novel : RM 26.00
Postage : RM 8.00 (SM) / RM 10.00 (SS)

Dek kerana malam jahanam itulah, jalan hidup NUR JANNAH berubah. Akibat desakan kewangan, dia terpaksa menamatkan zaman daranya di tangan lelaki yang hampir memusnahkan maruahnya.
Bagi RAIS FIRDAUSI p**a, gaya hidup bebasnya di luar negara telah menjeratnya dalam satu pernikahan. Semuanya diturutkan demi Alice, adik tersayang.
Apabila ijab kabul telah termeterai, Nur Jannah nekad untuk mencintai suaminya itu selagi hayat dikandung badan. Tapi bukan mudah untuk menukar rentak hidup suami separuh mat salih yang terlebih western. Maka bermulalah cabaran Nur Jannah menarik suami westernnya ke jalan yang diredai.
“Salah ke saya minta pada Allah agar bukakan pintu hati Mr. Rais untuk kebahagiaan rumah tangga kita? Saya tak nak perkahwinan kita ni hanya atas kertas, Mr. Rais. Saya nak perkahwinan kita ini benar-benar seperti yang Mr. Rais lafaz dalam akad…” – Nur Jannah
“Kalau macam tu, doa lagi agar Allah benar-benar tunaikan permintaan you.” – Rais Firdausi
Berpeluh juga Rais Firdausi mengawal diri daripada godaan dan cubaan isteri kampungnya itu. ‘First impression’ terhadap isterinya itu ternyata meleset.
Saat cinta mula bersemi, dugaan datang melanda. Rais Firdausi terpaksa pasrah. Jodoh mereka ternyata tidak panjang. Dia punya misi untuk mencari pengganti bagi menjaga Nur Jannah dan zuriat yang bakal lahir. Muncul Raiz Firdaus, teman sekampung isterinya yang mencintai dalam diam. Pada lelaki inilah disandarkan harapan. Moga Firdaus ini diciptakan untuk menemani Nur Jannah sehingga ke akhir hayat.
“Kalaulah umur aku tak panjang, kesian Jannah tak ada orang jaga dan lindungi dia. Kau kahwinlah dengan dia lepas aku mati.” – Rais Firdausi.
“Kau sedar tak apa yang kau minta ni? Jannah tu bukan barang untuk kau berikan pada aku ses**a hati!” – Raiz Firdaus.
Tercapaikah hajat Rais Firdausi? Sanggupkah Jannah membelah hatinya untuk lelaki lain? Mampukah Raiz Firdaus menakluki hati Jannah?

AWAK DAH CURI HATI SAYAHarga Novel : RM 25.00Postage : RM 8.00 (SM) / RM 10.00 (SS)Pertemuan pertama antara mereka diser...
27/03/2018

AWAK DAH CURI HATI SAYA

Harga Novel : RM 25.00
Postage : RM 8.00 (SM) / RM 10.00 (SS)

Pertemuan pertama antara mereka diserikan dengan bunga-bunga pertengkaran. Sikap kekwat yang ditunjukkan oleh WAZIF membuatkan hati HUSNA AQILA meluat gila.
“Kau ni dah gila, erk?” ~ Wazif
“Awak tu yang gila! Dah nampak saya bagi signal nak masuk parking ni, kenapa awak main redah aje? Parking tu saya yang cop dulu! Nasib baiklah saya sempat tekan brek tadi. Kalau tidak…” ~ Husna
“Kalau tidak, kenapa? Simpanlah taktik lapuk kau tu! Aku tahu kau sebenarnya nak mengurat aku, kan? Pleaselah… perempuan macam kau ni… mmm, bukan taste aku!” ~ Wazif
Hati Husna terbakar. Sungguhpun begitu, dalam diam dia akui mamat kekwat itu memang kacak orangnya. Tapi sayangnya… mulut busuk macam longkang! Namun, apa yang Husna kisah! Kekasih hatinya Mikail tetap menjadi lelaki terkacak di matanya.
Perancangan Allah itu memang tidak pernah terduga. Selepas pertemuan pertama, terjadi p**a pertemuan demi pertemuan yang seterusnya. Masih lagi ada bunga-bunga pertengkaran, namun aneh! Hati masing-masing mula berdetak sesuatu.
Sungguhpun begitu, bagi Husna cintanya hanya untuk Mikail seorang. Namun, impian indahnya hanya tinggal kenangan. Kedatangan Mikail pada suatu hari menuntut perpisahan, sekali gus mencarik jaring angannya.
Wazif p**a, dek kecewa dengan cinta silam membuatkan dia dingin dan beku dengan perempuan. Bagi Wazif, cinta itu cuma menyakitkan.
Sungguh! Hanya Allah sahaja yang tahu perancangan-Nya. Sekali lagi mereka bertemu secara tidak sengaja dan pada kali ini terus mengikat mereka dengan ikatan pertunangan. Husna bingung! Perlukah dia meneruskan semua ini sedangkan hatinya sudah mati untuk sebuah cinta? Mampukah dia mencantum semula hatinya yang telah lebur dan memberikannya kepada Wazif?
“Apa jaminannya saya akan bahagia dengan awak? Kita tak pernah bercinta!” – Husna
“Hmmm… rasa cinta boleh dipupuk Husna…” – Wazif
Sumpah, Husna bingung! Mengapa tiba-tiba sahaja Wazif begitu nekad untuk bersamanya, sedangkan sebelum ini mereka bagaikan kucing dengan anjing? Mampukah mereka untuk bahagia bersama?

MAHKOTA KERTASHarga Novel : RM 25.00Postage : RM 8.00 (SM) / RM 10.00 (SS)“I heard stories. Dah ramai pelajar kat sini y...
27/03/2018

MAHKOTA KERTAS

Harga Novel : RM 25.00
Postage : RM 8.00 (SM) / RM 10.00 (SS)

“I heard stories. Dah ramai pelajar kat sini yang ternampak hantu tu.” – Maissa
“Hantu apa? Pocong? Toyol? Puntianak?” – Shad
“Saya tak payah cari puntianak, sebab makhluk tu dah ada kat depan mata saya sekarang.” – Maissa
Bermula dengan dialog ringkas itu, hati SHAD FAKHIRI mula dicuri oleh gadis penuh misteri bernama NUR MAISSA. Apa saja dia sanggup buat untuk buktikan yang dia ikhlas untuk berkawan. Tapi ternyata Maissa bukan seperti gadis-gadis lain. Kalau biasanya mereka semua lebih memilih untuk keluar berjanji temu di restoran-restoran mahal, harapkan jambangan bunga ros atau teddy bear besar setiap kali merajuk, Maissa lebih s**a memilih untuk melawat bilik mayat, mengunjungi rumah-rumah kosong yang dikaitkan dengan kisah-kisah hantu dan lepak di kawasan perkuburan. Nama gelaran gadis itu, Maissa the ghostbuster.
Pelik, tapi yang pelik itu jugalah yang buatkan Shad semakin jatuh sayang dari hari ke hari.
“Trying to prove that you’re not a damsel in distress?” – Shad
“What if… I’m the damsel who loves her distress?” – Maissa
Namun, di sebalik hati Maissa yang keras dan mulut yang sentiasa lantang bersuara, ada satu kisah silam pahit yang tersimpan jauh. Sepasang mata yang selalu merenung tajam itu jugalah yang menitiskan air mata hampir setiap malam. Tatkala jiwa Maissa kian rapuh, Shad muncul dalam hidupnya dan menjadi satu-satunya insan yang sudi meminjamkan bahu.
“Awak dah terlalu banyak menderita, May. Awak biarkan hidup awak tanpa rasa bahagia. Awak lalui hidup ni dengan cara awak sendiri tanpa peduli pun tentang orang lain. It’s time to change it. Face your fear and fight it. And when it’s over, I’ll be here waiting.” – Shad
Itu janji Shad. Mampukah janji itu terus dipegang hingga tiba masanya untuk Maissa belajar buka hatinya dan mula mengenal cinta?

IKHLAS MEMILIHMUHarga Novel : RM 24.00Postage : RM 8.00 (SM) / RM 10.00 (SS)QISTINA yang kecewa ditipu kekasihnya, Iskan...
26/03/2018

IKHLAS MEMILIHMU

Harga Novel : RM 24.00
Postage : RM 8.00 (SM) / RM 10.00 (SS)

QISTINA yang kecewa ditipu kekasihnya, Iskandar menjadikan bas sebagai tempat terapi diri. Di situlah dia bertemu dengan Alya. Kecomelan Alya sering kali mencuit hatinya. Namun aktiviti curi-curinya bermain-main dengan Alya tanpa pengetahuan bapa Alya, HARIS; seorang duda, telah menimbulkan ketegangan pada awalnya.
“Cukup! Kau buat apa ni, hah?” – Haris
“Err… saya cuma nak main-main aje dengan dia.” – Qistina
Bagaimanapun selepas itu hubungan mereka semakin akrab sehingga menerbitkan rasa yang s**ar diungkap. Haris sedar dia mula mencintai Qistina. Namun, pengalaman lalu membuatkan dia sedar diri.
“Qis… awak seharusnya dapat lelaki yang jauh lebih baik daripada saya. Saya tak sempurna, Qis.” – Haris
Haris tidak mahu pisang berbuah dua kali. Rasa yang bersarang dalam jiwa cuba dipendam dan sering kali dia menidakkannya. Siapalah dia jika dibandingkan dengan Qistina. Baginya Alya adalah segala-galanya. Dia tidak rela membiarkan diri terusan ditohmah dan dihina lagi, asalkan Alya mendapat yang terbaik.
Walaupun cintanya ditolak, demi cinta tulusnya, Qistina tetap menyokong Haris dari belakang. Dia selalu ada saat Haris berdepan dengan pelbagai kes**aran. Haris yang memang terdesak terpaksa menerima pertolongan Qistina. Tambahan p**a apabila Lina, bekas isteri Haris muncul dan menuntut hak penjagaan terhadap Alya.
Kemunculan Syed Luqman, teruna kacak dan kaya telah berjaya menggugat pendirian Haris. Dia cemburu, namun ego kedua-duanya dapat ditebak Syed Luqman.
Apakah yang akan berlaku seterusnya? Adakah Haris tetap dengan pendiriannya untuk tidak jatuh cinta kepada Qistina? Adakah dia akan melepaskan Alya ke tangan Lina yang jauh lebih menjamin hidup anaknya? Dan Qistina, apakah dia memilih Syed Luqman yang tidak putus-putus mendampingi dirinya?

DIAKAH CINTAHarga Novel : RM 25.00 Postage : RM 8.00 (SM) / RM 10.00 (SS)Tiba-tiba lelaki itu muncul kembali setelah hat...
26/03/2018

DIAKAH CINTA

Harga Novel : RM 25.00
Postage : RM 8.00 (SM) / RM 10.00 (SS)

Tiba-tiba lelaki itu muncul kembali setelah hati AYUNI AISYA digores luka. Pertemuan yang tidak disengajakan dengan DANIAL HAIKAL telah menggamit kembali kenangan lama. Mengapa begitu payah untuk dia melupakannya? Lagi haru-biru apabila dia terpaksa menjadi pembantu peribadi lelaki itu.
“Tapi aku sangat tak s**a dia! Tak s**a! Tak s**a! Tak s**a!” – Ayuni
“Orang kata; kita jangan tak s**a sangat kat seseorang tu. Sebab perasaan tak s**a tu boleh jadi s**a. Hang jangan tak s**a sangat kat dia. K*t tak s**a, sat gi jadi sayang sangat kat dia kut… Masa tu baru hang nak menjerit. Aku cinta! Cinta! Cinta dia!!!” – Shafiqa
Kata-kata itu seakan sumpahan. Lelaki itu seperti ada aura yang buat dirinya kalah melawan perasaan sendiri. Danial telah berubah 100%. Bicara lelaki itu seakan ais yang menyirami hatinya. Pelik! Walau dilukai, hati masih mampu menyayangi.
Bagi Danial, pertemuan kembali dengan Ayuni membuatkannya kembali ‘hidup’. Sejak dulu cintanya untuk Ayuni. Kerana kesilapan diri, gadis itu membencinya. Dia nekad! Cinta gadis itu akan kembali ditakluki.
“Kita boleh jadikan perkara ni bukan lagi satu pembohongan.” – Danial
“Macam mana?” – Ayuni
“Kita kahwin.” – Danial
“Awak sedar tak apa yang awak cakap ni?” -Ayuni
“Sedar.” – Danial.
“Awak ni kadang-kadang bercakap ikut hati awak saja. Tak fikir panjang langsung. Awak ingat nikah kahwin ni macam main pondok-pondok?” -Ayuni
“Awak ingat saya main-main pasal hal nikah kahwin ni?” – Danial
Perancangan keluarga hendak menjodohkannya dengan Izara memaksa Danial mengatur rancangan gila. Dan mungkin dengan cara itu juga dia dapat memiliki gadis yang dicintainya. Namun, Datuk Zahari meletakkan syarat sekiranya Danial tetap mahu mengahwini Ayuni. Danial nekad, untuk melepaskan gadis yang dicintai tidak sama sekali! Adakah syarat itu akan mengeruhkan lagi hubungan Datuk Zahari dengan Danial yang sudah sedia dingin sejak dulu?

DIA CINTA HATIKUHarga Novel : RM 28.00Postage : RM 8.00 (SM) / RM 10.00 (SS)“Awak nak saya tolong hantar awak ke hospita...
23/03/2018

DIA CINTA HATIKU

Harga Novel : RM 28.00
Postage : RM 8.00 (SM) / RM 10.00 (SS)

“Awak nak saya tolong hantar awak ke hospital atau klinik ke?” – Sufi.
“Tak perlu. Saya okey je ni.” – Zahim
Itulah detik pertama pertemuan antara NUR AISYAH SUFIYA atau lebih dikenali sebagai Sufi dengan MOHD ZAHIM FITRI. Sufi telah menolong lelaki itu yang cedera akibat dibelasah. Itulah Sufi yang brutal dan bermulut laser tetapi sangat penyayang terhadap anak angkatnya, Risya.
Siapa sangka Zahim itu CEO Zamrud Holdings tempat kerja baru Sufi. Sikap dan keperibadian Sufi dalam diam berjaya menarik minat Zahim. Suatu hari, Zahim meminta pertolongan Sufi menyamar sebagai kekasihnya untuk ditunjukkan kepada orang tuanya bagi mengelakkan dirinya dijodohkan dengan Dania. Dia cuba berterus terang akan hasrat hatinya untuk memiliki Sufi, tapi ditolak dengan alasan Sufi sudah pun bertunang dengan Wan Jazlan dan bakal berkahwin tidak lama lagi. Zahim kecewa!
Namun, impian Sufi untuk membina rumah tangga bersama tunangnya tidak kesampaian kerana perkahwinan mereka terganggu dengan kehadiran Zetty yang mengaku dia ialah isteri Wan Jazlan. Majlis perkahwinan tidak jadi itu akhirnya bertukar menjadi majlis pertunangan antara Sufi dengan Zahim.
Perkahwinan Sufi dan Zahim berlangsung dengan restu kedua belah pihak. Tapi kebahagiaan mereka tergugat dengan kemunculan tiba-tiba Tengku Zarina yang mendakwa Risya ialah anak kandung Zahim.
“Bapa kandung Risya ialah lelaki yang ada di sebelah awak, Sufi. Lelaki yang sudah menjadi suami awak.” – Tengku Zarina
“Abang!!! Abang bapa kandung Risya?” – Sufi
“Sayang, abang… er, semua ni salah faham. Abang…” – Zahim
“Tak, abang tipu Sufi. Sufi benci abang. Sufi benci!” – Sufi
Sufi yang kecewa dengan kenyataan itu membawa diri ke Cameron Highlands. Siapa sebenarnya bapa kandung Risya dan apa kaitannya Tengku Zarina dalam hubungan mereka bertiga?

SWEET & DANGEROUSHarga Novel : RM 28.00Postage : RM 8.00 (SM) / RM 10.00 (SS)Kisah cinta luar biasa antara Fakhrul dan H...
23/03/2018

SWEET & DANGEROUS

Harga Novel : RM 28.00
Postage : RM 8.00 (SM) / RM 10.00 (SS)

Kisah cinta luar biasa antara Fakhrul dan Humairah.

Keluarga Syahirah bermata duitan membuatkan Fakhrul seorang pegawai komando, terdampar dalam kekecewaannya setelah dipinggirkan. Demi wang, dia memilih melakukan satu tugas untuk menyiasat tentang satu kisah tragis yang mengorbankan hampir seluruh keluarga orang kaya Arman di Yangon suatu masa dulu.

Namun setelah mengenali Angelina Khon di Yangon, dia telah jatuh cinta. Sayangnya, kisah tragis Arman itu ada kena-mengena dengan Angelina. Demi keselamatan keluarganya dan Angelina sendiri, dia memilih mengorbankan cintanya kepada gadis itu. Sayangnya, Angelina telah terseret dalam dendam yang tidak jelas puncanya.

Tiga tahun hidup sebagai tawanan kepada orang asing, Angelina berjaya p**ang semula ke Yangon. Sangkanya kisah lama itu telah berakhir. Namun dia dipertemukan dengan kebenaran, Fakhrul ialah orang suruhan Arman. Lebih daripada itu, Arman menghantar orang suruhannya untuk memikat Angelina semula.

Nekad demi cinta! Biarpun sedar dia telah menganiaya Angelina, Arman tetap cuba mendapatkan gadis itu melalui Fakhrul. Sayangnya dia dihidangkan dengan rahsia yang amat menyakitkan.

“Ya, saya cintakan lelaki yang awak panggil pengkhianat itu. Lebih darpadai itu… saya menidurinya.” – Angelina a.k.a. Humairah

“Saya cintakan Humairah.” – Fakhrul.

Berlarian di atas muka bumi Tuhan ini semata-mata demi mempertahankan cinta mereka. Rentetan daripada dendam Arman yang hampir-hampir merenggut nyawa cahaya mata Fakhrul dan Humairah, Fakhrul nekad menjadi seorang pembunuh demi nyawa orang yang dikasihinya. Namun, akibat perbuatannya itu tidak mudah untuk dipadamkan.

Bagaimana untuk Fakhrul p**ang ke pangkuan kekasih hatinya? Ini bukan kisah cinta biasa-biasa. Darah dan permata masakan boleh bersatu? Namun bagi mereka, jika sudah Tuhan menentukan hati mereka bersatu, agi idup agi ngelaban! Biar habis nyawa di badan, pejuang seperti Fakhrul… tidak akan pernah membiarkan dirinya kalah!

Address

Malacca City
75200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ALOLA NOVEL posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category