26/08/2026
Saya berkesempatan mengunjungi Kedai Tangankraf di Jalan Meriam, Muar — sebuah ruang yang menggabungkan kedai buku, kafe, perpustakaan persendirian serta hasil seni dan kraftangan.
Pasangan muda ini datang daripada latar belakang yang berbeza, namun memilih untuk menetap dan membina perniagaan bersama di Muar. Bagi mereka, Muar bukan sekadar tempat untuk mencari rezeki atau membina kehidupan. Ia juga sebuah ruang untuk berkarya, mencetuskan idea dan mewujudkan sesuatu yang bermakna untuk komuniti.
Mungkin satu perniagaan kecil tidak mampu mengubah sebuah bandar. Tetapi apabila semakin ramai anak muda memilih untuk kekal dan berani mencuba sesuatu, setiap langkah kecil itu akhirnya menjadi sebahagian daripada perubahan yang lebih besar.
Semoga Muar bukan sekadar tempat untuk kita pulang, tetapi sebuah tempat yang membuatkan anak muda mahu menetap, berkembang dan membina masa depan bersama.