RECIA by KRT Desa Jati Nilai

Directions

RECIA by KRT Desa Jati Nilai RECIA by KRT Desa Jati ialah jenama yang lahir daripada inspirasi kelestarian alam sekitar dalam inovasi minyak masak kitar semula.

Kami menghasilkan produk Sabun Serbaguna, Cecair Pencuci Pinggan, Sabun Mandi, Lilin Wangi dan Gubahan Cenderahati.

23/08/2026

PRODUKSI LILIN WANGI
22 Ogos 2026 (Sabtu)




KRT DESA JATI. NILAI Pejabat Perpaduan Daerah Seremban

10/08/2026

International Community Service Visit from University Muhammadiyah Jakarta to KRT Taman Desa Jati Nilai

9 August 2026

Program Khidmat Komuniti Antarabangsa 2026Lawatan Delegasi Universiti Muhammadiyah, Indonesia ke KRT Taman Desa Jati Nil...
10/08/2026

Program Khidmat Komuniti Antarabangsa 2026

Lawatan Delegasi Universiti Muhammadiyah, Indonesia ke KRT Taman Desa Jati Nilai dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia

9 Ogos 2026
10 pagi - 1.00 tgh

Hari ini, KRT Taman Desa Jati Nilai dan RECIA dipilih sekali lagi oleh Universitas Muhammadiyah Jakarta (UMJ) sebagai tuan rumah bagi Program Khidmat Komuniti Antarabangsa 2026.

Program kerjasama dengan Universiti Putra Malaysia (UPM) telah bermula sejak 2023 yang melibatkan kunjungan dari Australia National University (2023), Universitas Hasanuddin, Makassar (2024) dan Universitas Muhammadiyah Jakarta (2025-26).

Delegasi UMJ di ketuai Prof. Dr Tri Yuni Hendrawati bersama 8 orang pensyarah dan 33 orang pelajar. UPM diketuai Prof. Dr Juliana Jalaludin dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) bersama Dr Noor Aniza Ibrahim (alumni UPM) dan 5 orang pelajar dari Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan, FPSK, UPM.

Tuan rumah KRT Taman Desa Jati Nilai diketuai PengerusinyaTuan Azman Mohamad Mokhtar dan para AJK serta sukarelawan menyambut para tetamu dengan hati terbuka. Hadir bersama ialah Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Seremban, Puan Yanti Bayezura binti Jasni mewakili JPNIN Negeri Sembilan.

Turut hadir dan sama-sama menyantuni para tetamu adalah Jiran Wanita Kg. Sg. Machang Hilir di ketuai Puan Hairani dan Pusat Aktiviti Warga Emas, PAWE Nilai diketuai Puan Rohani.

Pengisian utama program adalah perkongsian bermanfaat daripada deligasi UMJ meliputi produk inovasi, pendidikan kesihatan masyarakat, pencegahan penyakit, pertanian bandar, pengurusan sisa mesra alam, penglibatan mediasi komuniti dan ekonomi komuniti.

RECIA turut membuka galeri dan memapar pelbagai produk komuniti berasaskan kitar semula minyak masak dan herba. Tidak ketinggalan Jiran Wanita Kg. Sg. Machang Hilir turut membawa produk kreatif kraftangan hasil karya komuniti mereka.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada para tetamu, rakan kerjasama, rakan strategik komuniti, AJK KRT Taman Desa Jati Nilai, sukarelawan, jiran tetangga dan anak-anak yang hadir memastikan program mencapai objektif yang dirancang.

Semoga yang baik terus mendatang.
Demi Manfaat Bersama

Pejabat Perpaduan Daerah Seremban
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
Kementerian Perpaduan Negara
Universiti Putra Malaysia

PAWE Nilai Soap Making Refresher Course25 Julai 2026Surau At-Taqwa, Desa Anggerik, NilaiSetelah menyertai bengkel pengha...
26/07/2026

PAWE Nilai Soap Making Refresher Course

25 Julai 2026
Surau At-Taqwa, Desa Anggerik, Nilai

Setelah menyertai bengkel penghasilan sabun minyak masak terpakai pada 11 Julai di Pusat RT KRT DESA JATI. NILAI, PAWE Nilai telah membuat inisiatif dengan menganjurkan bengkel susulan bagi mempraktik ilmu yang telah dipelajari.

Pengerusi Jiran Wanita KRT Taman Desa Jati Nilai /Ketua projek RECIA by KRT Desa Jati Nilai dijemput hadir untuk memantau dan memberi tunjuk ajar.

Seramai 12 ahli PAWE Nilai termasuk Pengerusi dan mantan Pengerusi telah hadir dan menghasilkan sabun dengan bahan-bahan yang dibawa sendiri. Antara bahan idea kreatif yang dibawa - teh serai wangi, kopi, air mawar, pandan, pelbagai sumber pewarna dan pewangi.

Hasilnya pelbagai bentuk sabun comel dan kreatif dihasilkan. Bukan sahaja sabun serbaguna yang menggunakan minyak masak terpakai, sabun mandi menggunakan minyak sawit dan minyak kelapa turut dihasilkan oleh ahli PAWE Nilai yang hadir.

Selain menghasilkan sabun, aktiviti ini turut menyemai keakraban, kreativiti dan perbincangan sihat sesama ahli.

Semoga usaha ini berpanjangan dan terus membawa manfaat kepada semua.

Demi Manfaat Bersama.

Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
Perpaduan Negeri Sembilan
Kementerian Perpaduan Negara
Pejabat Perpaduan Daerah Seremban

20/07/2026

PRODUKSI MINGGUAN
PROJEK EKONOMI RT PROGRESIF
18 Julai 2026
Siri 11/2026

Pembungkusan produk sabun mandi herba (moringa, dil dan bangun bangun).




π’π„π’πˆ ππ„πŒππ„π‹π€π‰π€π‘π€π 𝐒𝐄𝐏𝐀𝐍𝐉𝐀𝐍𝐆 π‡π€π˜π€π“ – ππ„ππ†πŠπ„π‹ ππ„πŒππ”π€π“π€π 𝐒𝐀𝐁𝐔𝐍 𝐒𝐄𝐑𝐁𝐀𝐆𝐔𝐍𝐀11 Julai 2026 (Sabtu)10.00 pagiPusat RT Taman Desa ...
11/07/2026

π’π„π’πˆ ππ„πŒππ„π‹π€π‰π€π‘π€π 𝐒𝐄𝐏𝐀𝐍𝐉𝐀𝐍𝐆 π‡π€π˜π€π“ – ππ„ππ†πŠπ„π‹ ππ„πŒππ”π€π“π€π 𝐒𝐀𝐁𝐔𝐍 𝐒𝐄𝐑𝐁𝐀𝐆𝐔𝐍𝐀

11 Julai 2026 (Sabtu)
10.00 pagi
Pusat RT Taman Desa Jati

Menjayakan Bengkel Pembuatan Sabun Serbaguna inovasi kitar semula minyak masak terpakai bersama penyertaan dari warga Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Nilai.

Program turut dihadiri Pn. Yanti Bayezura binti Jasni, Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Seremban, Tn. Hj. Zulkifli bin Sheerat, Pengerusi PAWE Nilai dan En. Azman bin Mohd Mokhtar, Pengerusi KRT Taman Desa Jati.

Bengkel ini dikendalikan oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Saliza binti Mohd Elias, Ketua Projek Ekonomi merangkap Pengerusi Jiran Wanita KRT Taman Desa Jati, yang telah berkongsi ilmu dan tunjuk ajar mengenai penghasilan sabun serbaguna daripada minyak masak terpakai sebagai satu inisiatif kelestarian alam dan penjanaan nilai ekonomi komuniti.

Semoga dengan sesi perkongsian ilmu ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada semua peserta serta menjadi inspirasi untuk mengamalkan budaya kitar semula dalam kehidupan seharian.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada PAWE Nilai atas kesudian hadir dan bersama-sama menjayakan bengkel ini.



05/07/2026

PRODUKSI MINGGUAN PROJEK EKONOMI RT PROGRESIF
Inovasi kitar semula minyak masak.

4 Julai 2026 (Sabtu)




04/07/2026

Produksi mingguan Recia menghasilkan sabun serbaguna. Kali ini dengan haruman epal dan lemon.

Projek ekonomi komuniti - dari sisa ke produk berguna

Demi manfaat bersama

KRT DESA JATI. NILAI
KRT Taman Desa Jati Nilai
Perpaduan Negeri Sembilan
JPNIN Negeri Sembilan
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional

Demi manfaat bersama!KRT DESA JATI. NILAI KRT Taman Desa Jati Nilai Pejabat Perpaduan Daerah Seremban Perpaduan Negeri S...
27/06/2026

Demi manfaat bersama!

KRT DESA JATI. NILAI
KRT Taman Desa Jati Nilai
Pejabat Perpaduan Daerah Seremban
Perpaduan Negeri Sembilan
Kementerian Perpaduan Negara

Address

Pusat Rukun Tetangga, Taman Desa Jati (Acacia Park)
Nilai
71800

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when RECIA by KRT Desa Jati Nilai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share