27/10/2020
JUALAN MEGA MAPIM X SHOPEE 11.11
Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan buku-buku yang anda perlukan eksklusif di Shopee mulai hari ini!
Jualan Mega MAPIM X Shopee 11.11 yang bermula dari hari ini hingga 11 November ialah acara kemuncak Karnival Buku Ilmiah dalam Talian (KABI 2.0) anjuran Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM)
Karnival buku yang dianjurkan secara besar-besaran dan memfokus kepada pelajar pengajian tinggi seluruh negara ini merupakan tempat terbaik untuk mendapatkan buku terbitan penerbit ilmiah dengan harga lebih murah dan berpatutan.
Jualan SERENDAH RM11 ditawarkan oleh 28 penerbit MAPIM dan swasta yang mengambil bahagian.
Pelbagai pilihan tajuk buku dengan genre buku yang lebih luas turut ditawarkan dalam Jualan Mega MAPIM X Shopee yang bukan sahaja sesuai untuk pelajar malah warga akademik dan masyarakat umum.
Apa tunggu lagi? Rebutlah peluang keemasan ini!
Layari laman web rasmi MAPIM X Shopee https://shopee.com.my/m/1111-MAPIM bagi mendapatkan judul pilihan anda.