AAI Collection menampilkan pakaian-pakaian, terutamanya T Shirt khusus untuk para Muslimah. Koleksi AAI terdiri dari beberapa jenama yang terdapat di pasaran seperti Inspirasi Muslimah, Zariya, Aqeelah dan lain-lain. Terdapat juga T Shirt yang comel untuk kanak-kanak. Semoga dengan koleksi ini akan memberikan lebih pilihan kepada semua dalam berfesyen tetap masih menjaga kesopanan. Syarat dan Term
a
Tempahan akan disimpan selama 3 hari bekerja sahaja. Jika tiada pembayaran penuh dibuat dalam tempoh tersebut, tempahan akan dibatalkan dan jualan akan dibuka kepada pembeli lain. Setiap urusniaga adalah dalam Ringgit Malaysia dan bayaran boleh dibuat menggunakan mesin deposit wang, pindahan ATM, Deposit Cek atau secara online ke akaun Maybank Berhad. Nombor akaun akan diberi selepas pengesahan tempahan dibuat. Salinan slip pembayaran hendaklah diberi melalui email atau PM sebagai bukti pembayaran. Slip asal hendaklah disimpan oleh pembeli sebagai rujukan. Warna produk yang tertera di dalam gambar berbeza sedikit dengan warna produk asal disebabkan pencahayaan kamera dan tertakluk kepada 'setting' skrin monitor yang berbeza. AAI Collection tidak bertanggungjawab jika barang yang dipos itu hilang @ rosak
Barangan yang telah di beli tidak boleh ditukar atau dipulangkan kembali
Kos Penghantaran
Kos penghantaran tidak termasuk dalam harga koleksi yang dipaparkan. Kos penghantaran berdasarkan rate pos laju termasuk cukai kerajaan 5%.