Cahaya Ilmu

Cahaya Ilmu Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Cahaya Ilmu, Book shop, Nilai.

Mari kita perhatikan alam.Pernahkah kita terfikir?Bagaimana daripada sebiji benih yang kecil seperti ini mampu tumbuh  m...
25/06/2022

Mari kita perhatikan alam.

Pernahkah kita terfikir?

Bagaimana daripada sebiji benih yang kecil seperti ini mampu tumbuh menjadi sebatang pokok yang besar seolah-olah mereka sedang memikul bebanan-bebanan umpama bukit di atas kepala mereka?

Bagaimana setiap tunjang dan akar tumbuhan, pokok dan rumput rampai yang lembut bak sutera mampu melubangi dan menembusi batuan dan tanah yang keras?

Bagaimana akar-akar kayu dapat menjalar dengan penuh kemudahan di dalam batu dan tanah yang keras?

Bagaimana daun yang rapuh mampu kekal lembap dan hijau selama berbulan-bulan walaupun terdedah kepada kepanasan yang amat terik?

Bolehkah kita memasak dua jenis hidangan di dalam suatu kawah yang sama?Mustahil.Ini kerana kita memerlukan dua periuk y...
25/06/2022

Bolehkah kita memasak dua jenis hidangan di dalam suatu kawah yang sama?

Mustahil.

Ini kerana kita memerlukan dua periuk yang berasingan walaupun terletak di atas tungku dapur yang sama untuk memasak dua jenis hidangan yang berbeza.

Tetapi bagaimana dua buah pohon yang berbeza jenisnya mampu tumbuh di atas tanah yang sama secara bersebelahan?

Pernahkah kita terfikir? 🤔

Sebenarnya, setiap kebun melafazkan بسم الله

Ia menjadi kawah daripada dapur qudrat Al-Rahman kerana bermacam-macam makanan lazat yang amat berlainan dimasak bersama di dalamnya.

Cuba kita perhatikan di satu kebun buah-buahan.

Pelbagai jenis pokok seperti durian, rambutan, manggis, mempelam yang berbeza bentuk, warna, rasa mampu hidup di atas satu tanah yang sama.

Seolah-olah semuanya dimasak di dalam satu kawah yang sama.

Tumbuh dan bertunas dari satu tanah yang sama.

Bolehkah manusia menjadikan semuanya ini?

Sesungguhnya semua ini membuktikan kekuasaan dan kehebatan Allah. Mana mungkin manusia mampu menghasilkan semua ini. Manusia hanya menikmati setiap pemberian-Nya.

Sentiasa bersyukur dengan setiap pemberian-Nya.

23/06/2022

Tahukah anda?

Setiap perkara yang tidak dimulakan dengan bismillah akan terputus keberkatannya.

Sebagaimana sabda Nabi SAW:

كلُّ أمرٍ ذي بالٍ لا يُبدَأُ فيهِ ببسمِ اللهِ الرحمنِ الرحيم فهو أقْطَعُ

Maksudnya: Setiap perkara yang tidak dimulai dengan memuji Allah, maka amalan tersebut akan terputus.

Jom mulakan setiap perbuatan kita dengan Bismillah 🥰

Doa Abu Bakar R.A : “Jadikanlah kami kaum yang memegang dunia dengan tangan kami, bukan hati kami.”Dan doa Umar al-Khatt...
23/06/2022

Doa Abu Bakar R.A :
“Jadikanlah kami kaum yang memegang dunia dengan tangan kami, bukan hati kami.”

Dan doa Umar al-Khattab:
“Ya Allah, tempatkanlah dunia dalam genggaman tangan kami dan jangan kau tempatkan ia di lubuk hati kami.”

Sesusah mana pun seseorang itu menjalani kehidupan di dunia, dia akan tetap tabah dan sabar.

Kerana baginya segala yang di dunia ini hanya bersifat sementara.

Segala kenikmatan yang dikecapi akan habis suatu hari nanti.

Setiap kesakitan yang dirasai akan berakhir apabila mati nanti.

Belajar untuk meletakkan dunia di tangan dan bukannya di hati.

Kerana sampai satu saat, kita akan terpaksa melepaskan apa yang tergenggam di tangan.

Daripada Asy-Syaikh Muhammad bin Shalih al-‘Utsaimin Rahimahullah,

“Ambillah dari dunia ini apa yang halal untukmu, jangan kau lupakan bahagianmu dari dunia. Namun jadikanlah dunia itu berada di tanganmu saja, jangan kau jadikan berada di dalam hatimu. Ini yang terpenting.” (Syarah Riyadhus Shalihin)


Ustaz Badiuzzaman selalu mendefinisikan Risalah an-Nur sebagai ‘mujaddid zaman ini’, ‘tafsir tematik dan syarah Al-Qur’a...
22/06/2022

Ustaz Badiuzzaman selalu mendefinisikan Risalah an-Nur sebagai ‘mujaddid zaman ini’, ‘tafsir tematik dan syarah Al-Qur’an’, kadang-kadang sebagai ‘satu disiplin ilmu kalam’, dan kadang seperti Tasawuf ‘pentarbiyahan nafsu dan satu jalan yang membawa manusia kepada tuhannya dengan mentarbiyah nafsu.’

Risalah Annur membantu masyarakat dalam mengukuhkan keimanan bagi menjamin keselamatan di dunia dan akhirat.

Dapatkan koleksi Risalah Annur dengan kami disini :
https://linktr.ee/risaleinur

Setiap kali kita ingin membeli sesuatu barang.Pernahkah kita terfikir berapakah nilai harga sebenar untuk mewujudkan ses...
18/06/2022

Setiap kali kita ingin membeli sesuatu barang.
Pernahkah kita terfikir berapakah nilai harga sebenar untuk mewujudkan sesuatu bahan?
Contoh mudah seperti buah mangga.

Selama ini kita menikmati sebiji mangga
Kita merasai kelazatannya dengan pancaindera yang ada
Tahukah kita terdapat satu cara yang mampu menambah kelazatan rasa?

Bayangkan di tangan kita terdapat sebiji mangga
Renung sejenak sambil menikmatinya
Bagaimanakah penghasilannya?
Jika pokok yang menghasilkan buah,
Bolehkah kita mempelajari caranya?

Dengan rasa ingin tahu yang tinggi
Kita mengambil mesin pemotong pokok
Lalu dibelah pokok itu agar dapat diketahui proses penghasilan yang berlaku

Ternyata hanya batang kayu dan getah
Di manakah saluran yang terisi bahannya?
Di manakah sumber penghasilan bahannya?
Di manakah tangki yang menjadi tempat pengumpulannya?
Di manakah mesin jahit yang menjadikan kulit buahnya
Dan menjalinkan kulit kepada isi buahnya?

Sains mungkin boleh menerangkan proses buah itu terhasil
Namun sehingga kini sains belum mampu menerangkan
Bagaimana untuk menghasilkan sesuatu daripada tiada kepada ada

Maka tersingkap suatu rahsia kepada kita
Adanya Pencipta sebenar yang menghasilkan buah mangga
Memperkenalkan kepada kita
Pencipta Yang Maha Sempurna, Maha Bijaksana
Yang Maha Luas ilmu-Nya dan yang Maha Kaya

Dialah yang menjadikan buah ini
Bersama rasa yang pelbagai dan perisanya tersendiri
Bau dan warna yang menjadi ciri-ciri
Dialah yang mengetahui rahsia resepi penghasilan buah ini
Dialah Sang Pencipta yang hakiki

Justeru bayaran yang selayaknya hanyalah kepada Pencipta sebenar buah mangga ini
Namun apakah harganya?
Bagaimanakah cara untuk membayarnya?

Bayaran sebenar kepada Sang Pencipta adalah
ZIkir, Fikir dan Syukur.
Rasakanlah dalam hati Dialah Sang Pencipta segala sesuatu
Renungilah tiap sesuatu yang menambah kenal kepada Tuhanmu
Fahamilah bahawa segala nikmat merupakan kurniaan daripada-Nya untukmu

Hasilnya, bukankah ini penambah kelazatan bagi nikmat yang sedang dinikmati?
Bagaimana boleh menjadi begini?

Kerana kita sedang cuba mengenali Sang Pencipta dan Pemberi rezeki yang sebenar
Apa perasaan kita andai buah mangga di tangan itu rupanya pemberian dari seorang raja?
Pastilah kita berbangga dan sangat teruja.

Ikut kami di media sosial :
Telegram : https://t.me/kalimah_kalimah_kecil
Instagram : https://instagram.com/risaleiannur?igshid=YmMyMTA2M2Y=


"Jika seseorang itu menjadikan kehidupan yang fana' sebagai matlamat utama, walaupun secara zahir dia berada di dalam sy...
18/06/2022

"Jika seseorang itu menjadikan kehidupan yang fana' sebagai matlamat utama, walaupun secara zahir dia berada di dalam syurga, namun secara maknawi dia berada dalam neraka. Jika seseorang itu benar-benar menuju ke arah kehidupan yang baqa', dia akan mendapat Sa'adatud Darain (kebahagiaan dunia dan akhirat). Seteruk dan sesusah manapun dunianya, namun oleh sebab dia melihat dunianya sebagai dewan menunggu syurga, dia akan tetap melihatnya indah, akan terus tabah dan akan sentiasa bersyukur dalam kesabaran."

Ikut kami di media sosial :

Telegram : https://t.me/kalimah_kalimah_kecil
Instagram : https://instagram.com/risaleiannur?igshid=YmMyMTA2M2Y=


Di kala persepsi materialistik Barat tersebar di seluruh Dunia Islam pada abad ke 20, kehancuran politik, ekonomi dan ke...
18/06/2022

Di kala persepsi materialistik Barat tersebar di seluruh Dunia Islam pada abad ke 20, kehancuran politik, ekonomi dan kebudayaan yang mendalam terlihat di kalangan masyarakat orang Islam. Keraguan dan persengketaan muncul di kalangan orang Islam seiring kesetiaan mereka pada Islam kian melonggar. Manusia menjauh dari al- Quran dan Sunnah, akhlak Islamiah merosot dan ateisme tersebar.

Justeru, Imam Badiuzzaman Said Nursi mengambil inisiatif untuk mengarang Risalah An-Nur bertujuan untuk :

1. Meneutralisasikan kesan negatif peradaban Barat dalam Dunia Islam
2. Mendiamkan ateis yang mengkritik agama secara agresif
3. Memperbaharui kesetiaan orang Islam terhadap al-Quran dan Sunnah
4. Membangkitkan kehidupan beragama manusia.

أسرار كلمة البسملة 1. رأس كل خير2. شعار الإسلام3. ورد جميع الموجودات بألسنة أحوالها4. قوة عظيمة لا تنفد5. بركة لا تفنىRa...
18/06/2022

أسرار كلمة البسملة

1. رأس كل خير
2. شعار الإسلام
3. ورد جميع الموجودات بألسنة أحوالها
4. قوة عظيمة لا تنفد
5. بركة لا تفنى

Rahsia-rahsia kalimah Basmalah

1. Permulaan segala kebaikan
2. Syiar Islam
3. Wirid lidah semua maujudat melalui lisanul hal (bahasa yang difahami oleh keadaan mereka)
4. Kekuatan yang sangat besar dan tidak akan luak
5. Keberkatan yang sangat banyak dan tidak akan habis

Kalimah-Kalimah Kecil | Risalah Annur



18/06/2022

Address

Nilai
71800

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Cahaya Ilmu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category