Sya's Boutique

Sya's Boutique Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Sya's Boutique, Boutique Store, taman uda, Paka.

OFFER TERUKSSSS ‼️ Jom grab cepat - cepat sebelum terlambat 🤩New collection ‼️ RM 25- 50 sahaja Pos sm rm8 ss rm12 Tekan...
26/02/2019

OFFER TERUKSSSS ‼️
Jom grab cepat - cepat sebelum terlambat 🤩
New collection ‼️
RM 25- 50 sahaja
Pos sm rm8 ss rm12
Tekan link untuk order sekarang!

www.wasap.my/6001123456789

OFFER TERUKSSSS ‼️ Jom grab cepat - cepat sebelum terlambat 🤩New collection ‼️ RM 25- 50 sahaja Pos sm rm8 ss rm12 Tekan...
26/02/2019

OFFER TERUKSSSS ‼️
Jom grab cepat - cepat sebelum terlambat 🤩
New collection ‼️
RM 25- 50 sahaja
Pos sm rm8 ss rm12
Tekan link untuk order sekarang!

TIPS UNTUK PAKAIAN TAHAN LAMA🤩 Untuk memastikan kualiti pakaian tahan lama, penjagaan pakaian anda haruslah terjaga. Tid...
26/02/2019

TIPS UNTUK PAKAIAN TAHAN LAMA🤩

Untuk memastikan kualiti pakaian tahan lama, penjagaan pakaian anda haruslah terjaga. Tidak kiralah sama ada kain atau pakaian yang anda beli murah atau pun mahal. Kebanyakan dari kita menggunakan mesin basuh untuk membasuh segala pakaian kita. Kerana ia mudah, jimat masa dan boleh terus disidai apabila siap dibasuh. Di entry ini, kami memberikan kepada anda beberapa tips bagaimana untuk menjaga pakaian anda

1. Basuh menggunakan tangan

Apabila anda membeli pakaian yang baru dari kedai, anda harus membasuhnya dahulu menggunakan tangan. Jika kain yang luntur warna, anda harus membasuh pakaian anda dengan menggunakan tangan kerana anda dapat mengawal berapa banyak peratusan warna yang telah luntur dari kain anda.

2. Asing kain anda

Bagi pakaian yang luntur warna, asing dahulu pakaian anda sebelum basuh. Sediakan dua bakul berasingan untuk mengasingkan pakaian yang luntur warna atau tidak. Jika pakaian anda bercampur, pakaian yang luntur warna tadi akan menjejaskan pakaian anda yang lain. Apabila ini terjadi, susah untuk menanggalkan kesan tompokan warna pada baju anda.

3. Sidai di tempat yang berangin

Untuk mengelakkan pakaian anda pudar kerana terdedah pada cahaya matahari, anda harus menyidainya di tempat yang berangin. Nak sidai di tempat yang tiada bumbung tak apa, cuma kurangkan kekerapan itu terutama sekali jika pakaian anda itu mahal harganya.

p/s: SYA'S BOUTIQUE mengharapkan dengan sedikit tips penjagaan pakaian yang telah dikongsikan ini dapat membuatkan pakaian anda tahan lama dan kelihatan sentiasa baru. Share kepada rakan2 anda😍

Advertisements

New collection ‼️ Jom grab cepat - cepat sebelum terlambat 🤩Set PLUS SIZE ( L- XXL)RM60 sahaja Pos sm rm8 ss rm12 Tekan ...
26/02/2019

New collection ‼️
Jom grab cepat - cepat sebelum terlambat 🤩
Set PLUS SIZE ( L- XXL)
RM60 sahaja
Pos sm rm8 ss rm12
Tekan link untuk order sekarang!

www.wasap.my/6001123456789

TIPS PAKAIAN TUBUH RENDAH, TINGGI DAN BESAR 1. Tinggi dan kurusLelaki atau wanita yang mempunyai bentuk tubuh badan sepe...
26/02/2019

TIPS PAKAIAN TUBUH RENDAH, TINGGI DAN BESAR

1. Tinggi dan kurus

Lelaki atau wanita yang mempunyai bentuk tubuh badan seperti ini boleh untuk memakai warna-warna terang kerana ianya memberi contrast untuk menampakkan anda sedikit besar. Pilih saiz yang mengikut saiz tubuh anda dan dari segi corak elakkan pakaian bercorak menegak untuk mengelakkan anda kelihatan tidak seimbang bagi yang terlalu kurus dan tinggi.

2. Rendah

Untuk yang rendah, cuba bermain dengan warna warna gelap atau anologous untuk mengurangkan contrast pada diri anda. Penggayaan warna analogous iaitu kombinasi warna harmoni buatkan anda lebih tinggi. Berbanding dengan pakaian yang mempunyai contrast yang tinggi (seperti merah dah putih) padanan ini memberi efek lebar. Potongan seluar juga jangan biarkan “berombak ombak” atau terlebih panjang dihujung seluar kerana ini membuatkan anda nampak rendah.

Elakkan memakai pakaian yang tidak mengikut size dan cari lah pakaian yang “trim fit”. Pakaian bercorak jalur membantu anda untuk nampak tinggi. V-neck shirt adalah yang paling sesuai untuk menampakkan anda tinggi dan gunakan kasut yang mempunyai sedikit bertumit tidak kira untuk lelaki atau wanita.

3. Besar

Untuk yang berbadan besar, ketika berpakaian gunakan warna gelap atau padanan warna-warna monochromatic (warna yang mempunyai tona yang sama). Tidak semestinya anda tidak boleh memakai warna warna lain.

Untuk corak dan aksesori p**a, elakkan memakai corak yang besar/bulat/melintang untuk mengelakkan anda nampak besar dari size sebenar. Gayakan pakaian mengikut size anda dan jangan terlalu ketat dan terlalu longgar. Untuk wanita, cari lah material blouse chiffon supaya blouse tersebut terletak pada tubuh dan memberi kesan flowy kepada tubuh anda.

New collection ‼️ Jom grab cepat - cepat sebelum terlambat 🤩RM35 sahaja  Pos sm rm8 ss rm12 Tekan link untuk order sekar...
26/02/2019

New collection ‼️
Jom grab cepat - cepat sebelum terlambat 🤩
RM35 sahaja
Pos sm rm8 ss rm12
Tekan link untuk order sekarang!

www.wasap.my/6001123456789

5 Tips Mencuci Pakaian Dengan Betul  😍1. Mengasingkan Kotoran Degil Dari Pakaian LainAsingkan pakaian kotor dan kotoran ...
26/02/2019

5 Tips Mencuci Pakaian Dengan Betul 😍

1. Mengasingkan Kotoran Degil Dari Pakaian Lain

Asingkan pakaian kotor dan kotoran degil
Apabila anda mencuci pakaian di dalam mesin basuh, anda harus memastikan pakaian yang diletakkan di dalam mesin basuh tidak mempunyai kotoran yang jelas yang boleh bercampur aduk dengan baju-baju yang lain iaitu seperti kotoran najis bayi, muntah dan lain-lain lagi. Kotoran-kotoran ini perlu di asingkan terlebih dahulu sebelum memasukkan baju-baju yang lain ke dalam mesin.

2. Pastikan Kuantiti Air Digunakan Mencukupi

Pastikan air mencukupi untuk mencuci pakaian
Sekiranya anda mencuci pakaian menggunakan mesin basuh, anda harus pastikan kuantiti air yang dimasukkan ke dalam mesin mencukupi dan banyak. Kuantiti air yang banyak lebih baik berbanding air yang kurang. Air yang banyak dapat mengeluarkan kotoran dengan lebih efektif dan mengelakkan mesin rosak, berhenti, meletup atau terbakar.

3. Mesti Menggunakan Sabun Dan Pewangi

Panduan mencuci baju dengan betul dan bersih
Membasuh baju menggunakan mesin basuh haruslah dilengkapi dengan sabun basuh dan pewangi. Tanpa kedua-dua pencuci tersebut, baju akan berbau hapak dan tidak wangi. Sabun basuh baju berfungsi untuk menanggalkan kotoran-kotoran yang terlekat pada baju dan membersihkan tekstur pakaian anda dengan lebih berkesan dan mendalam manakala pewangi p**a bertindak memberi wangian kepada pakaian dan wangian akan meresap secara semulajadi setelah anda menjemur pakaian di tempat yang panas. Membasuh pakaian menggunakan sabun sahaja tetapi tidak menggunakan pewangi akan menyebabkan ia berisiko untuk berbau hapak dan tidak wangi.

4. Memilih Sabun Cair Berbanding Sabun Serbuk

sabun cair untuk mencuci pakaian dengan betul
Sabun cair dan sabun serbuk kedua-duanya sangat berkesan dan boleh digunakan. Namun, untuk kesan serapan yang mudah dan lebih tinggi, anda disarankan untuk menggunakan sabun cair berbanding sabun serbuk. Kadang kala sabun serbuk tidak larut dengan betul dan akan menanggalkan kesan-kesan sabun di baju.

5. Membilas Pakaian Dengan Sempurna

Membilas pakaian dengan betul.Bagi anda yang membasuh pakaian menggunakan tangan, proses membilas perlulah dilakukan dengan betul dan lengkap. Sewaktu membilas dan membasuh pakaian menggunakan air, anda harus pastikan bahawa tiada sabun yang masih melekat di pakaian dan buih-buih sabun perlulah dibasuh dan dibilas lagi supaya tidak ada buih-buih yang melekat dibaju. Begitu juga sekiranya anda mencuci pakaian menggunakan mesin basuh, sebelum mengeringkan pakaian anda harus pastikan bahawa tiada bekas-bekas sabun dan buih yang masih terlekat di baju. Buih-buih sabun yang masih terlekat dibaju akibat bilasan yang tidak lengkap dan sempurna juga adakalanya ia akan menyebabkan pakaian berbau hapak dan tidak wangi.

Kongsi kan kepada rakan rakan anda 😘

Address

Taman Uda
Paka
23100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+601123456789

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sya's Boutique posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Sya's Boutique:

Shortcuts

Share

Category