JDT FAN CLUB

JDT FAN CLUB Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from JDT FAN CLUB, Shopping & retail, Pasir Gudang.

PAGE YANG AKAN MENYAMPAIKAN INFO SUKAN TERKINI DENGAN TELUS DAN TEPAT,KAMI SENTIASA MENJANJIKAN TERBAIK UNTUK PARA FANS,LUASKAN KUASAMU KESELURUH TANAH MALAYA..

07/09/2026
01/09/2026
29/08/2026
ALFATIHAH
28/08/2026

ALFATIHAH

AL- FATIHAH

23/08/2026

Syukur Alhamdulillah, Johor Darul Ta’zim (JDT) melakar satu lagi sejarah gemilang apabila menewaskan Kuching City FC 3-0 di Stadium Sultan Ibrahim, sekali gus mencipta rekod dunia baharu 109 perlawanan liga berturut-turut tanpa kalah di laman sendiri!

Menjunjung kasih DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor atas kepimpinan, visi dan komitmen luar biasa dalam membangunkan JDT sehingga menjadi sebuah kelab yang disegani serta terus mencipta pencapaian bertaraf dunia.

Kejayaan ini menyaksikan Harimau Selatan mengatasi rekod 108 perlawanan liga tanpa kalah di laman sendiri yang sebelum ini dipegang ASEC Mimosas dari Ivory Coast sejak 1994. Selepas lebih tiga dekad, rekod tersebut kini menjadi milik JDT, satu pencapaian yang cukup membanggakan buat Johor dan Malaysia.

Pencapaian ini lahir daripada perancangan yang tersusun, disiplin, mentaliti juara serta standard tinggi yang terus diterapkan dalam setiap aspek pembangunan kelab JDT.

Tahniah dan syabas kepada para pemain, barisan jurulatih, pengurusan kelab serta seluruh penyokong setia Harimau Selatan yang terus memberikan sokongan dan kepercayaan kepada JDT dalam setiap perjalanan.

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk JDT terus mencipta sejarah, mengangkat nama Johor dan mengharumkan Malaysia di pentas Asia serta antarabangsa. Insya-Allah.

AYUH JOHOR! AYUH JOHOR! LUASKAN KUASAMU JOHOR!

Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah

23/08/2026

WORLD RECORD HOLDERS! 💙❤️

We've recorded 109 matches unbeaten in the league to set a new world record 🔥

Now let that sink! 😎

Hidup Johor Demi Johor




19/08/2026
17/08/2026

INFO JUALAN TIKET PERLAWANAN PEMBUKAAN LIGA & PIALA SUMBANGSIH — JDT LAWAN KUCHING CITY FC

Perlawanan yang berpotensi mencipta REKOD DUNIA BAHARU dengan 109 perlawanan liga tanpa kalah. Ayuh hadir dan berpeluang menjadi sebahagian daripada sejarah!

Tiket untuk perlawanan Liga Super Malaysia 2026-27 dan perlawanan Piala Sumbangsih antara Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kuching City FC pada 21 Ogos 2026 yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim telah mula dijual menerusi https://tickethotline.com.my/events/ls-26-27-jdt-kuc-sumbangsih.

Setiap penyokong hanya boleh membeli empat tiket sahaja manakala para pemegang pas bermusim perlu menunjukkan pas anda di pintu-pintu masuk untuk kemasukan ke stadium. Tiket diperlukan untuk penyokong yang berusia 3 tahun ke atas. Luaskan Kuasamu Johor.

——

SUPER LEAGUE OPENER & CHARITY CUP TICKETING INFO — JDT VERSUS KUCHING CITY FC

A match that could set a new WORLD RECORD of 109 unbeaten league matches. Be there and potentially be part of history!

Tickets for the opening Malaysia Super League 2026-27 match and Charity Cup between Johor Darul Ta’zim FC (JDT) and Kuching City FC on 21 August 2026 at the Sultan Ibrahim Stadium are on sale via https://tickethotline.com.my/events/ls-26-27-jdt-kuc-sumbangsih.

Each fan can only buy up to four tickets while season pass holders must produce your passes at the entrance to enter the stadium. Tickets are required for those aged 3 and above. Luaskan Kuasamu Johor.

Hidup Johor Demi Johor




Address

Pasir Gudang
81700

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JDT FAN CLUB posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share