04/08/2021
ππ πππππ ππππππππ ππππ ππ ππππππππ
Kes COVID-19 di Kelantan semakin mengganas apabila semalam sahaja sebanyak 915 pesakit yang positif telah direkodkan, sekali gus angka tertinggi pernah dicatatkan.
Peningkatan yang mendadak berbanding kelmarin hanya 552 kes direkodkan itu amat membimbangkan kita semua apatah lagi terdapatnya enam lagi kluster baharu di negeri ini.
Boleh dikatakan hampir setiap hari ada diantara mangsa COVID-19 yang menjadi korban... ALLAHHUAKBAR... Sanggupkah kita melihat ahli keluarga kita menjadi mangsa?
Marilah sama-sama kita berdoa agar seluruh masyarakat di Kelantan dilindungi dan wabak COVID-19 dapat berakhir dengan segera.
YA ALLAH... Ya Tuhanku... Lindungilah kami seluruh masyarakat di Kelantan daripada dijangkiti COVID-19. YA ALLAH...Berikanlah kesembuhan kepada mereka yang kini sedang bertarung nyawa melawan COVID-19. Amin Ya Rabbal Alamin.
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) turut mendoakan kesejahteraan semua rakyat di negeri ini.
Dalam masa sama, janganlah kita alpa dan terus patuhi prosedur operasi standard (SOP) kerana kita masih belum selamat. COVID-19 berada di mana-mana sahaja tanpa dapat kita mengesannya.
Jangan lupa hadiri janji temu untuk mendapatkan vaksin dan bagi yang belum mendaftar segerakan berbuat demikian demi keselamatan diri sendiri.

Terus bersama dengan MAIK dengan melayari Portal Rasmi www.e-maik.my
Jangan lupa Follow, Like dan Share :
- Instagram: https://www.instagram.com/maikkelantan
- Facebook: Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan