Pantai Pandan, Pekan Pahang

Pantai Pandan, Pekan Pahang Menjual Hasil Laut Segar, Baru Naik Dari Laut (Jeti Nelayan)

21/03/2024

Noorkhiriah tak pernah mengecewakan 🤣🤣

Lodster
31/12/2022

Lodster

22/12/2022

Kedai Makan Pantai Pandan

22/12/2022
22/12/2022
BelangkasJuadah BELANGKAS menjadi tular dan dikomersilkan sebagai menu eksotik seantero Malaya, sekali gus meningkatkan ...
12/06/2022

Belangkas

Juadah BELANGKAS menjadi tular dan dikomersilkan sebagai menu eksotik seantero Malaya, sekali gus meningkatkan permintaannya di pasaran.

Namun, padahnya ia mampu mengancam kepupusan habitat haiwan marin itu.

Buktinya, ada restoran makanan laut menghidangkan kerabu mangga telur belangkas yang dibakar bersama isinya, selain dimasak pelbagai cara.

Harga mencecah RM25 seekor mungkin mahal nilainya pada manusia, tetapi ia tiada tandingannya dengan kerugian terpaksa ditanggung oleh alam marin yang kehilangan ribuan telur belangkas.

Dengan seekor dimasak menu kerabu mangga telur belangkas, natijahnya

dianggarkan 18,000 biji telur belangkas musnah dan tidak dapat ditetaskan.

Untuk menunggu seekor belangkas hidup dan mencapai usia matang perlu memakan masa enam hingga tujuh dan mula bertelur kembali bagi meneruskan generasi mereka.

Belangkas hidup dan mencapai usia matang hanya selepas tujuh tahun untuk bertelur semula. - NSTP/Ihsan UMT

Ketika ini, pop**asi belangkas di Malaysia semakin berkurangan, sedangkan kewujudan haiwan unik itu sangat lama dengan bukti fosil bertarikh lebih dua juta tahun dahulu.

Kini, hanya empat spesies belangkas di dunia dengan taburan amat terhad. Tiga lagi spesies wujud di rantau Asia, iaitu di India, Indonesia, China dan Jepun, dengan kebanyakan negara mempunyai satu atau dua spesies.

Malaysia, khususnya di Sabah dan Sarawak mempunyai tiga spesies belangkas itu, iaitu Tachypleus tridentatus (spesies paling besar di dunia dengan lebar karapes mencecah 25.7 sehingga 31.2 sentimeter (sm), Tachypleus gigas dan Carcinoscorpius rotundicauda (spesies paling kecil, menghuni kawasan paya bakau dan paya laut).

Spesies belangkas di Malaysia

Spesies dijadikan juadah di Malaysia ialah jenis belangkas pantai, T gigas, yang masih banyak ditemui di perairan Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Di Malaysia, belangkas masih dianggap sebagai makanan setaraf dengan makanan laut lain tanpa tertakluk di bawah mana-mana akta kawalan tangkapan.

Aktiviti penyelidikan UMT di hatcheri belangkas.
Aktiviti penyelidikan UMT di hatcheri belangkas.
Spesies ini bersaiz sederhana, dengan betina yang matang mempunyai lebar cangkerang (karapes) antara 17 sehingga 25.5 sm.

Sehingga kini, T gigas dan C rotundicauda masih dikategorikan sebagai Data Deficient dalam Senarai Merah IUCN (2019), iaitu kekurangan data saintifik untuk menentukan status pop**asinya di dunia.

Sedangkan T tridentatus, spesies wujud di Jepun dan China diwartakan terancam kerana pop**asinya amat berkurang. Pewartaan ini, hasil kajian pop**asi yang banyak dilakukan terhadap spesies itu.

Penulis yang juga Penyelidik biologi dan ekologi Kump**an Penyelidikan Belangkas (HCRG), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), melihat antara kajian awal pop**asi T gigas di Malaysia dilakukan oleh HCRG UMT, meramalkan terdapat hanya sekitar 10,000 ekor belangkas dewasa di perairan Chendor dan Cherating pada 2014, berbanding lebih 100,000 ekor di perairan timur laut Sabah, pada 2016.

Walaupun ramalan ini mungkin kurang tepat, tetapi memberi gambaran saiz pop**asi haiwan di Malaysia, berbanding jutaan L polyphemus di Amerika. Fenomena sama turut diperhatikan di negara Asia Tenggara lain.

Telur belangkas yang ditimbus pasir sebelum bergerak ke arah pantai.
Telur belangkas yang ditimbus pasir sebelum bergerak ke arah pantai.
Habitat belangkas

Kira-kira 20 tahun lalu, belangkas sering dilihat berdua-duaan di kawasan air cetek di tepian pantai, manakala belangkas jantan lebih kecil dilihat berpaut pada bahagian belakang betina yang lebih besar.

Belangkas tiada pilihan kecuali perlu ke pantai untuk membiak dan sering dilihat ketika air pasang khususnya pada bulan penuh sama ada siang atau malam.

Pasangan belangkas mencari kawasan air pasang surut yang sesuai untuk menggali sarang dan melepaskan telurnya, sambil jantan p**a menaburkan benihnya ke atas telur-telur itu.

Persenyawaan berlaku secara luaran di dalam sarang kemudian tertimbus pasir halus di pantai, sebelum pasangan ini bangkit berenang ke laut.

Sepasang belangkas pantai mampu membuat sehingga 12 lubang sarang, dengan bilangan telur mencecah 400 biji setiap sarang.

Proses bertelur berlanjutan bermula air pasang sehingga air surut semula antara dua hingga tiga jam. Pasangan ini kemudian kembali ke laut dalam untuk meneruskan kehidupan mereka, tetapi secara solo.

Kerabu mangga telur belangkas yang sering dihidangkan di restoran makanan laut.
Kerabu mangga telur belangkas yang sering dihidangkan di restoran makanan laut.
Telur ditinggalkan dalam sarang akan mengalami proses pengeraman, setiap hari akan ditenggelami air pasang dan dipanaskan oleh matahari bila air surut.

Kesemua fasa basah dan kering mengikut sela masa tertentu, akhirnya memungkinkan anak belangkas menetas selepas empat hingga enam minggu.

Ketika air pasang seterusnya, belangkas keluar dari sarang dan membiarkan diri dibawa arus ke khususnya kawasan campuran pasir dan selut yang kaya nutrien seperti di kawasan paya bakau untuk meneruskan kehidupan sebagai anak belangkas selama setahun dua lagi.

Malangnya, kini banyak kawasan nursery ditebus guna untuk tujuan pelancongan, akuakultur atau lain-lain kegunaan lagi. Aktiviti ini merendahkan peluang anak belangkas untuk terus hidup.

Di sesetengah tempat, pasangan belangkas ditangkap menggunakan pukat yang direntang selari dengan pantai semasa bulan penuh, memerangkap mereka berenang perlahan menuju ke zon pasang surut untuk bertelur.

Betina ditangkap manakala jantan dilepaskan kerana tiada nilainya. Belangkas sangat sedikit 'isi', tetapi betina sarat dengan telur. Telur ini tinggi nilainya untuk restoran makanan laut.

"Setiap sesi bertelur, belangkas betina mampu melepaskan hampir 500 telur dalam satu sarang, di mana ia mampu membuat sehingga 12 sarang. Hampir 6,000 telur boleh dilepaskan dalam sesuatu masa.

Satu pasangan yang sama pernah dilaporkan berada di pantai untuk tiga hari berturut-turut. Jangka hayat belangkas boleh menjangkau hingga usia 22 tahun, bersalin kulit lebih kerap pada tahun awal kehidupannya serta berhenti tiba usia matang. Ia boleh bersalin kulit sehingga ke-19 kali.

Wujudkan akta khas

Ketika ini, tiada akta kawalan khusus berkaitan belangkas sekali gus menyukarkan langkah pemuliharaan dan penguatkuasaan dilaksanakan demi menjamin kelestariannya di perairan.

Berdasarkan tinjauan lapangan HCRG di Pahang, mendapati nisbah belangkas di perairan Cherating ialah 1 betina: 14 jantan, menunjukkan impak penangkapan betina sebagai makanan manusia.

Jumlah eksport belangkas sangat tinggi ke Thailand menjadi antara faktor terbesar yang menyumbang kepada penurunan pop**asi haiwan ini di Malaysia.

Dengan bilangan yang semakin sedikit, tetapi permintaan terlalu tinggi, pop**asi belangkas pantai tidak akan mampu bertahan lama. Jika tiada langkah pemuliharaan kes sama berlaku seperti di Thailand.

Justeru, sumber marin pulihara secara lestari supaya manfaatnya kekal berterusan seperti dilakukan Jabatan Perikanan Johor melalui Pusat Penetasan Belangkas di Sedili Kecil sudah menjalankan usaha pemuliharaan dengan melepaskan anak belangkas bersaiz syiling 10 sen ke pantai untuk menambah pop**asinya.

Di Kuala Kemaman, dibina hatcheri Belangkas UMT untuk meneruskan usaha pemuliharaan ini bagi kawasan Pantai Timur, khususnya di Terengganu dan Pahang. Selepas beroperasi sepenuhnya, ia bakal dilengkapi dengan tangki peneluran dan fasiliti untuk pengeraman dan penetasan telur serta kultur larva belangkas sehingga instar lima, sebelum dilepaskan ke habitat asal.

HCRG berhasrat melaksanakan program komuniti setempat sebagai tanggungjawab sosial terhadap ekosistem marin dan sekali gus menjadi tarikan pelancong di situ.

Pelbagai pihak termasuk Jabatan Perikanan dan Taman Laut dan Jabatan Perhutanan dalam mentadbir urus habitat belangkas (lautan, pesisir pantai dan paya bakau) pasti akan memacu dan melancarkan segala usaha pemuliharaan seterusnya membuahkan kejayaan dengan lebih pantas.

kredit : Penulis adalah Penyelidik biologi dan ekologi Kump**an Penyelidikan Belangkas (HCRG), Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

18/01/2022

Jangan ingat kerja seseorang itu senang.. jika kita hanya melihat, tapi tak pernah melaluinya..

Kejadian bot fiber karam, malam semalam berhampiran kuala pantai pandan..




Kredit : Owner Video

16/12/2021

26/11/2021

Ubat Mabuk Laut 100% Original

Address

Pekan/Rompin
Pekan
26680

Opening Hours

Monday 12:00 - 17:00
Tuesday 12:00 - 17:00
Wednesday 12:00 - 17:00
Thursday 12:00 - 17:00
Saturday 12:00 - 17:00
Sunday 12:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pantai Pandan, Pekan Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share