Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor

Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor Selamat datang ke Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubor, Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan, Malaysia. WAKTU OPERASI:
0800 - 1800 setiap hari.

Zon bebas cukai ini terletak kira-kira 25 kilometer dari pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia. SEJARAH:
Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubor (ZBC Pengkalan Kubor) telah diwujudkan di bawah Seksyen 65, Akta Kastam 1967. Pemegang lesennya ialah Majlis Daerah Tumpat (MDT), iaitu mulai 10hb Oktober 1989. Kawasan bebas cukai ini terletak di dalam satu kawasan berpagar seluas lebih kurang 25,175

meter persegi. Zon bebas cukai ini dikira sedikit istimewa dan berlainan daripada yang terdapat di tempat lain. Hal ini kerana di dalamnya selain terdapat premis-premis perniagaan, terdapat juga rumah-rumah kediaman. Ia dilengkapkan dengan pondok kawalan, pintu, dan laluan keluar masuk. Ia ditubuhkan dengan matlamat untuk menarik kehadiran pelancong domestik dan antarabangsa terutamanya yang memasuki Malaysia melalui Kompleks Kastam, Imigresen, dan Kuarantin (CIQ) Pengkalan Kubor. CARA KE SANA:
City Liner - Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan (City Liner - SKMK) ada menawarkan perkhidmatan bas henti-henti antara pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan terus ke Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubor ini melalui Jambatan Sultan Yahya Petra dan Jalan Kota Bharu - Pengkalan Kubor sejauh kira-kira 25 kilometer. Perkhidmatan kereta sewa juga boleh digunakan untuk ke zon bebas cukai ini dari pusat bandar raya Kota Bharu.

Address

Pengkalan Kubor

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share