20/10/2026
Tak pernah terlintas dalam fikiran I bahawa perjalanan hidup ini akhirnya akan membawa I ke podcast Borak Dalam Galley. 🥹✈️
Dulu, I terbang sebagai cabin crew di 4 airlines ,kerjaya yang I sayang dan impian yang I bina dengan penuh hati. Tapi semuanya berubah apabila I terpaksa berhenti kerana back injury & Family .
Sejujurnya, bukan mudah untuk menerima hakikat bahawa I perlu melepaskan sesuatu yang begitu dekat dengan jiwa I. Ada masa I rasa hilang arah, kecewa dan tertanya-tanya tentang masa depan. Tapi dalam setiap kehilangan, Allah hadirkan peluang untuk I mengenali kekuatan diri sendiri.
Perlahan-lahan, I belajar untuk bangkit dan bina perjalanan baharu bersama VENTURES .
Bermula semula memang menakutkan, tapi setiap jatuh bangun mengajar I untuk lebih kuat, lebih sabar dan lebih menghargai setiap peluang yang datang.
I sangat bersyukur diberi ruang untuk berkongsi kisah ini di Borak Dalam Galley. Semoga perkongsian I nanti dapat memberi sedikit kekuatan kepada sesiapa yang sedang kehilangan arah, melalui perubahan besar atau cuba bangkit semula selepas jatuh.
Once a cabin crew, always a part of me but now, I’m flying towards a new purpose with KUNA by my side. ❤️