The Biblio Press

The Biblio Press Sebuah syarikat penerbitan yang memfokuskan penterjemahan karya-karya agung dunia dalam bahasa kebangsaan dan serta karya asli yang kritis.

Kami ingin menerbitkan karya-karya terhebat dan terulung dalam sejarah masyarakat dunia untuk para pencinta buku dalam negara kita. Kami ingin menerbitkan buku-buku yang bernilai tinggi dalam pasaran dunia menjadikannya harga mampu milik yang boleh dibaca oleh semua orang dengan penterjemahan atau serta aktivit transliterasi.

KENYATAAN RASMIPENAFIAN TERHADAP ISU HAK CIPTA TIDAK SAH TERHADAP BUKU PERKEMBANGAN KEBATINAN DI JAWA OLEH PROFESOR DR H...
03/06/2026

KENYATAAN RASMI

PENAFIAN TERHADAP ISU HAK CIPTA TIDAK SAH TERHADAP BUKU PERKEMBANGAN KEBATINAN DI JAWA OLEH PROFESOR DR HAMKA

Kami di The Biblio Press mengambil maklum akan khabar bahawasanya kami menerbitkan karya ilmiah Profesor Dr Hamka terbitan versi Malaysia secara tidak sah.

Sebagai sebuah penerbit terjemahan, The Biblio Press ingin menegaskan bahawa kami sangat cakna akan kepentingan pemilikan hak cipta.

Kami ingin maklumkan bahawa kami telah berhubung dengan pihak penerbit Gema Insani, yang mengurus hak cipta karya-karya Profesor Dr Hamka, untuk urusan kontrak pengizinan karya Perkembangan Kebatinan di Jawa untuk penerbitan edisi Malaysia.

Ingin dimaklumkan juga bahawa kami telah menerbitkan karya Perkembangan Kebatinan di Jawa secara sah dan rasmi dengan pengetahuan Gema Insani dan segala proses telah dicermati.

Kami berterima kasih atas segala sokongan yang diberikan kepada kami dan harapan kami semoga para pembaca Malaysia boleh menghayati karya Hamka ini bersama dalam bahasa kita.

Sekian, terima kasih.

KIRIDAREN JAYAKUMAR
PENGARAH URUSAN THE BIBLIO PRESS

Tadaaaaa✨Akhirnya, semua judul fiksyen dan bukan fiksyen terbaharu terbitan Biblio Press sempena PBAKL 2026 rasmi dideda...
23/05/2026

Tadaaaaa✨

Akhirnya, semua judul fiksyen dan bukan fiksyen terbaharu terbitan Biblio Press sempena PBAKL 2026 rasmi didedahkan!

Tahun ini, Biblio membawakan 17 karya terjemahan fiksyen dan 7 karya terjemahan bukan fiksyen yang bakal membawa pembaca mengembara merentas dunia pemikiran, sejarah, imaginasi dan kemanusiaan.

Antara yang paling mengujakan sudah tentu siri Narnia yang akan hadir dalam edisi ‘box set’ eksklusif lengkap bersama ‘merchandise’ dan ‘tote bag’ istimewa! ✨

Bukan itu sahaja, Kembara Agung juga bakal diterbitkan dalam edisi kulit keras yang lebih eksklusif dan elegan untuk koleksi para pembaca.

Jadi, jangan lupa singgah ke reruai Biblio di:

📍 Tingkat 4 (Dewan Tun Razak 4, reruai 8D)

Jumpa anda di PBAKL 2026!

NOVEL BESTSELLER YANG MENYENTUH HATI✨Pernahkah kita terfikir, bagaimana duka boleh hadir dalam rutin paling sederhana?Me...
22/04/2026

NOVEL BESTSELLER YANG MENYENTUH HATI✨

Pernahkah kita terfikir, bagaimana duka boleh hadir dalam rutin paling sederhana?

Melalui karya penuh makna oleh Dr. Andreas Kurniawan .ndreamon, buku Seorang Lelaki yang Melalui Kedukaan Dengan Mencuci Pinggan mengajak kita menyelami paradoks kehidupan tentang kehilangan, penerimaan, dan proses menyembuhkan diri.

Sebuah kisah reflektif yang mengajarkan bahawa, kadang-kadang ruang penyembuhan hadir dalam hal kecil yang sering kita abaikan.

Buku ini bukan sekadar bacaan, tetapi perjalanan emosi untuk memahami erti melepaskan dan berdamai dengan duka.

Sebuah karya yang dekat dengan jiwa pembaca, ringan dibaca namun berat maknanya.

🔥 Wajib ada dalam senarai bacaan anda!

20/04/2026

[Segera Terbit Bulan April]

Di bawah naungan ‘Berhala Senjakala, Friedrich Nietzsche sudah tidak betah melunakkan bicara dengan ‘bisikan-bisikan’ pesimis, sebaliknya membengis melalui dentuman palu yang memecah hening zaman.

Segenap kepalsuan yang selama ini dipuja sebagai sesuatu yang kudus, ‘topengnya’ mula dirobek satu persatu.

Kebenaran nan rapuh dan usang, justeru diuji dengan hentaman gelora aforisme yang radikal, sekaligus menghancurkan dogma-dogma lama.

Karya ini meledakkan guntur adi manusia, yakni pengisytiharan ‘jihad psikologi terhadap moraliti tradisional serta keniscayaan purba, yang cuba memasung hasrat untuk manusia berkuasa!

13/04/2026

[Segera Terbit Bulan Ini]

“Buku ini akan membantu menuntun kita dalam proses penerimaan dan perubahan agar tidak terjerumus ke dalam kemurungan, sebaliknya membentuk peribadi yang lebih kuat dalam menjalani kehidupan serta menikmatinya seadanya.” – Kunto Ali, pemuzik

Ketika menyambut pesakit yang sedang berduka, seorang pakar psikiatri lazimnya akan menggali segala ilmu yang dimilikinya. Dia meneliti teori-teori yang pernah dipelajari semasa di universiti serta mengingati pengalaman bersama pesakit-pesakit terdahulu. Semua itu kemudian disintesiskan demi membantu individu yang sedang berduka di hadapannya.

Namun begitu, apabila Andreas—seorang pakar psikiatri—kehilangan anaknya sendiri, dia memilih jalan yang berbeza. Dia seolah-olah melemparkan semua teori tersebut ke luar jendela dan mula mencari makna di sebalik peristiwa yang menimpanya. Dalam proses itu, dia menemukan bahawa kedukaan boleh diharungi melalui hal-hal sederhana, seperti mencuci pinggan kotor yang bertimbun di dapur.

Buku ini merupakan perjalanan Andreas dalam memaknai kehilangan besar dalam hidupnya. Disampaikan dengan gaya santai dan diselitkan humor gelap, buku ini turut menawarkan panduan praktikal yang boleh terus diaplikasikan dalam kehidupan seharian, seperti “Tutorial Mencuci Pinggan”, “Tutorial Menyusun Puzzle”, dan tentunya “Tutorial Menerima Kematian Seorang Anak”.

“Hampir semua orang bertanya, apakah kaitan antara kedukaan dengan mencuci pinggan? Jawapan saya mudah—kedukaan itu seperti mencuci pinggan. Tiada siapa yang mahu melakukannya, namun pada akhirnya, kita tetap perlu melakukannya.”

Dr. Andreas Kurniawan (.ndreamon di Instagram dan di X) ialah seorang pakar psikiatri lulusan Universiti Indonesia yang dikenali sebagai ‘pakar psikiatri yang gemar berseloroh’ di media sosial. Pengalaman kehilangan ayah dan anaknya mendorong beliau mendalami psikoterapi berkaitan kedukaan dan kehilangan. Buku ini, yang meraih IKAPI Awards 2024 bagi kategori Book of the Year, merupakan refleksi peribadi beliau dalam memaknai kehilangan.

Novel Laut Bercerita membuka perspektif pembaca terhadap sisi kemanusiaan dalam sejarah Indonesia, menyingkap kesan kehi...
09/04/2026

Novel Laut Bercerita membuka perspektif pembaca terhadap sisi kemanusiaan dalam sejarah Indonesia, menyingkap kesan kehilangan dan trauma yang jarang dibicarakan.

Setiap bab di dalam novel Laut Bercerita memberi pengalaman membaca yang penuh emosi, sambil menekankan keberanian dan ketabahan manusia menghadapi ketidakpastian dalam hidup.

Address

G-22 Menara Mutiara Majestic
Petaling Jaya
46000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when The Biblio Press posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share