Mawleed Publishing Sdn Bhd

Directions Website

Mawleed Publishing Sdn Bhd Islam

𝙆𝙃𝙄𝘿𝙈𝘼𝙏 𝙈𝘼𝙎𝙔𝘼𝙍𝘼𝙆𝘼𝙏 𝘿𝙄 𝙈𝘼𝙎𝙅𝙄𝘿 𝘽𝙄𝙍𝙐 𝙎𝙃𝘼𝙃 𝘼𝙇𝘼𝙈Alhamdulillah, sempena Festival Turath Islami - Sama' Sifat Nabi ﷺ & Ijazah H...
24/05/2023

𝙆𝙃𝙄𝘿𝙈𝘼𝙏 𝙈𝘼𝙎𝙔𝘼𝙍𝘼𝙆𝘼𝙏
𝘿𝙄 𝙈𝘼𝙎𝙅𝙄𝘿 𝘽𝙄𝙍𝙐 𝙎𝙃𝘼𝙃 𝘼𝙇𝘼𝙈

Alhamdulillah, sempena Festival Turath Islami - Sama' Sifat Nabi ﷺ & Ijazah Hadith Musalsal oleh Al-Imam al-Allamah Profesor Dr. Ali Jum'ah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, As-Syarif Quranic Center turut mengambil berkat di majlis malam tersebut dengan pemberian buku hadiah secara percuma buat para penuntut ilmu yang hadir.

Kelihatan pelajar2 As-Syarif melayani para pengunjung sambil memberikan buku-buku terbitan Mawleed Publishing sebagai cenderahati dan kenangan sempena majlis ini.

Semoga Allah menerima niat dan memberkati usaha kami ini.

As-Syarif Quran Village 💚

۞ اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ‎ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ ۞Alhamdulillah di malam Maulidur Ras...
13/10/2022

۞ اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ‎ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ ۞

Alhamdulillah di malam Maulidur Rasul Pulau Pinang baru2 ini, pihak Mawleed Publishing telah menghadiahkan beberapa buah buku sempena Hari Kelahiran Rasulullah SAW. Semoga ia bermanfaat dikongsi bersama-sama.


USRAH NURANI DI RADIO IKIMfm - Membincangkan tajuk "Aku Dan Al-Quran" bersama Naqib Ustaz Zul Ramli M.Razali dan rakan u...
21/04/2022

USRAH NURANI DI RADIO IKIMfm - Membincangkan tajuk "Aku Dan Al-Quran" bersama Naqib Ustaz Zul Ramli M.Razali dan rakan usrah Ustaz Ahmad Lutfi bin Abdul Wahab Al-Linggi (Pengerusi As-Syarif Quran Village). Rancangan ini dikendalikan oleh penyampai Syafiq Salleh dan Mona Jasman.

Dakwah Untuk Semua 💜

Sila dapatkan buku Rahsia Pentafsiran Selawat ini dengan segera!!❤Rahsia Pentafsiran & Huraian Bermakna. Selawat ke atas...
18/03/2022

Sila dapatkan buku Rahsia Pentafsiran Selawat ini dengan segera!!❤

Rahsia Pentafsiran & Huraian Bermakna. Selawat ke atas Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ. | Al-'Allamah Syeikh Abdullah Sirajuddin

𝗣𝗔𝗥𝗔 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗜𝗞𝗔𝗧 𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗘𝗥𝗨𝗠𝗨𝗡𝗜 𝗠𝗘𝗥𝗘𝗞𝗔 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗕𝗘𝗥𝗧𝗔𝗗𝗔𝗥𝗨𝗦 𝗔𝗟-𝗤𝗨𝗥𝗔𝗡Sila baca artikel Ustaz Ahmad Lutfi bin Abdul Wahab Al-Lin...
23/01/2022

𝗣𝗔𝗥𝗔 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗜𝗞𝗔𝗧 𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗘𝗥𝗨𝗠𝗨𝗡𝗜 𝗠𝗘𝗥𝗘𝗞𝗔 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗕𝗘𝗥𝗧𝗔𝗗𝗔𝗥𝗨𝗦 𝗔𝗟-𝗤𝗨𝗥𝗔𝗡

Sila baca artikel Ustaz Ahmad Lutfi bin Abdul Wahab Al-Linggi edisi Sinar Islam Plus yang dikeluarkan di suratkhabar Sinar. Moga ada memberi manfaat kita bersama❤.

https://sinarislamplus.sinarharian.com.my/gaya-hidup/isu-hukum/para-malaikat-akan-mengerumuni-mereka-yang-bertadarus-al-quran-berikut-hikmah-hikmah-lain/

𝗝𝗢𝗠 𝗣𝗘𝗥𝗕𝗔𝗡𝗬𝗔𝗞𝗞𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧 𝗞𝗘 𝗔𝗧𝗔𝗦 𝗥𝗔𝗦𝗨𝗟𝗨𝗟𝗟𝗔𝗛 ﷺ, 𝗦𝗘𝗠𝗨𝗟𝗜𝗔-𝗠𝗨𝗟𝗜𝗔 𝗠𝗔𝗞𝗛𝗟𝗨𝗞 𝗔𝗟𝗟𝗔𝗛 𝗦𝗪𝗧●Kisah salah satu sahabat (Ubay ibn Ka’ab)...
05/11/2021

𝗝𝗢𝗠 𝗣𝗘𝗥𝗕𝗔𝗡𝗬𝗔𝗞𝗞𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧 𝗞𝗘 𝗔𝗧𝗔𝗦 𝗥𝗔𝗦𝗨𝗟𝗨𝗟𝗟𝗔𝗛 ﷺ, 𝗦𝗘𝗠𝗨𝗟𝗜𝗔-𝗠𝗨𝗟𝗜𝗔 𝗠𝗔𝗞𝗛𝗟𝗨𝗞 𝗔𝗟𝗟𝗔𝗛 𝗦𝗪𝗧

●Kisah salah satu sahabat (Ubay ibn Ka’ab) yang bertanya: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku ingin perbanyakkan selawat kepadamu, maka berapa kalikah aku perlu berselawat kepadamu?

Rasulullah ﷺ jawab: "Terserah kepadamu."

Ubay bin Ka’ab berkata: Jika sebanyak satu perempat dari waktuku?

Rasulullah ﷺ jawab: Terserah kepadamu, tetapj jika engkau tambah jumlahnya maka ianya lebih baik untukmu.

Begitulah terus ditanya, dan dijawab oleh Baginda ﷺ jawapan yang sama.

Sehinggalah sahabat itu berkata; Kalau begitu wahai Rasulullah, "Aku akan jadikan keseluruhan waktuku untuk berselawat kepadamu.

Maka jawab Baginda ﷺ: "Jikalau begitu, maka akan hilang segala kerisauan (dan kesedihanmu) dan akan diampunkan dosamu.” -Hadith Riwayat Tirmizi

Dalam riwayat lain disebut, "Akan hilang segala kerisauan dunia dan akhiratmu". -Hadith Riwayat Ahmad

●Nabi ﷺ sudah berikan kita ubat, untuk mengubati segala penyakit yang ada pada manusia, secara khusus zaman kita ini.

Penyakit stress, penyakit depressed, tidak tenang, sentiasa risau dan sebagainya, yang banyak umat Islam sekarang menghadapinya, sehingga ada yang ambil ubat-ubat yang tidak jelas, yang kebanyakannya tetap tidak mengubati.

●Maka ubat yang sebenar adalah kita perbanyakkan selawat kepada Rasulullah ﷺ, bukan hanya berselawat dengan lidah, tetapi sepenuh hati yang rindu, yang cinta, yang membayangkan ingin kedekatan kelak kepada Baginda ﷺ, yang semangat ingin mengikuti jejak langkahnya & akhlaknya.

●Inilah ubat yang mujarab dari waktu ke waktu, yang telah diajar oleh orang-orang soleh sebelum kita, hanya sahaja kita yang tidak mengambil, bahkan ada yang masih sanggup mengambil jalan maksiat, meminum dan sebagainya demi nak hilangkan depression nya.

Semoga Allah kurniakan kita hati yang sentiasa ingat kepada Rasulullah ﷺ penuh cinta dan rindu kepada Baginda ﷺ. Amin

صلى الله علی سيدنا محمدﷺ❤️

Mawleed Publishing 💚

20/10/2021

𝗕𝗘𝗭𝗔 𝗞𝗘𝗖𝗜𝗡𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗨𝗠𝗔𝗧 𝗡𝗔𝗕𝗜 𝗠𝗨𝗛𝗔𝗠𝗠𝗔𝗗 ﷺ 𝗗𝗔𝗡 𝗨𝗠𝗔𝗧 𝗡𝗔𝗕𝗜 𝗜𝗦𝗔 ❜𝗔𝗟𝗔𝗜𝗛𝗜𝗦𝗦𝗔𝗟𝗔𝗠

Allah SWT memerintahkan kepada hamba-hamba-Nya yang beriman, bahawa hendaklah mereka menjadi penolong-penolong agama Allah dalam semua keadaan mereka dengan lisan, perbuatan, serta dengan mengorbankan jiwa dan harta benda mereka. Dan hendaklah mereka memenuhi seruan Allah dan Rasul-Nya, sebagaimana kaum Hawariyyin memenuhi seruan Nabi Isa 'alaihissalam.

Kaum Hawariyyin adalah pengikut setia Nabi Isa, yakni orang-orang yang akan menolong Nabi Isa dalam menyampaikan apa yang diutus untuk Nabi Isa. Oleh kerana itulah, maka Nabi Isa mengutus mereka berdakwah di negeri Syam dan di kalangan orang-orang Bani Israil serta orang-orang Yunani.

Allah SWT berfirman :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا أَنْصَارَ اللَّهِ كَمَا قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ لِلْحَوَارِيِّينَ مَنْ أَنْصَارِي إِلَى اللَّهِ ۖ قَالَ الْحَوَارِيُّونَ نَحْنُ أَنْصَارُ اللَّهِ ۖ فَآمَنَتْ طَائِفَةٌ مِنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ وَكَفَرَتْ طَائِفَةٌ ۖ فَأَيَّدْنَا الَّذِينَ آمَنُوا عَلَىٰ عَدُوِّهِمْ فَأَصْبَحُوا ظَاهِرِينَ.

“Wahai orang-orang yang beriman! Jadilah kamu penolong-penolong (agama) Allah sebagaimana Isa putera Maryam telah berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia, "Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku (untuk menegakkan agama) Allah?" Pengikut-pengikutnya yang setia itu berkata, "Kamilah penolong-penolong (agama) Allah," lalu segolongan dari Bani Israil beriman dan segolongan (yang lain) kafir; lalu Kami berikan kekuatan kepada orang-orang yang beriman terhadap musuh-musuh mereka, sehingga mereka menjadi orang-orang yang menang.” (As-Shaf: 14)

Hal yang sama telah dikatakan Rasulullah ﷺ di musim haji sebagaimana sabdanya:

"مَنْ رَجُلٌ يُؤويني حَتَّى أُبَلِّغَ رِسَالَةَ رَبِّي، فَإِنَّ قُرَيْشًا قَدْ مَنَعُونِي أَنْ أُبَلِّغَ رِسَالَةَ رَبِّي".

“Siapakah orangnya yang mahu memberiku tempat hingga aku dapat menyampaikan risalah Tuhanku, kerana sesungguhnya orang-orang Quraisy telah mencegahku untuk dapat menyampaikan risalah Tuhanku.”

Hingga pada akhirnya Allah menetapkan baginya orang-orang Aus dan orang-orang Khazraj dari kalangan penduduk Madinah. Maka mereka membaiatnya, menolongnya, dan mengikat janji setia dengannya, bahawa mereka bersedia membelanya dari gangguan orang-orang berkulit hitam dan orang-orang berkulit merah jika Baginda ﷺ berhijrah kepada mereka. Dan ketika Rasulullah ﷺ berhijrah kepada mereka dengan para sahabatnya, mereka memenuhi apa yang telah mereka janjikan kepada Allah SWT.

Kerana itulah, Allah dan Rasul-Nya menamai mereka dengan sebutan kaum Ansar, dan akhirnya nama tersebut menjadi gelaran bagi mereka. Semoga Allah melimpahkan redha-Nya bagi mereka dan membuat mereka berasa nikmat dengan gelaran tersebut.

Setelah Isa putera Maryam menyampaikan risalah Tuhannya kepada kaumnya, Isa telah mendapat dukungan dari orang-orang yang mendukungnya, iaitu dari kalangan kaum Hawariyyin. Maka segolongan dari Bani Israil ada yang mendapat hidayah dari apa yang disampaikannya kepada mereka. Dan segolongan yang lainnya sesat, lalu menyimpang dari apa yang disampaikannya kepada mereka, bahkan mereka mengingkari kenabiannya dan menuduh dia dan ibunya dengan tuduhan-tuduhan yang tidak senonoh. Mereka adalah orang-orang Yahudi.

Ada p**a segolongan dari para pengikutnya yang ekstrem hingga mereka meninggikannya lebih dari apa yang diberikan Allah kepadanya, iaitu kenabian dan mereka menjadi berpecah belah terdiri dari pelbagai aliran.

Di antara mereka ada yang mengatakan bahawa Isa adalah anak Allah, ada yang mengatakan bahawa dia adalah salah satu dari yang tiga, iaitu tuhan ayah, tuhan anak, dan Ruhul Qudus. Ada p**a yang mengatakan bahawa Isa itu tuhan. Hal ini telah diterangkan dalam tafsir surat An-Nisa.

Ibnu Abbas RA mengatakan bahawa ketika Allah hendak mengangkat Isa ke langit, terlebih dahulu Isa menemui sahabat-sahabatnya yang semuanya berada di dalam rumah yang berjumlah dua belas orang.

Saat itu, Nabi Isa baru keluar dari mata air yang ada di dalam rumah itu, sedangkan dari rambut kepalanya masih menetes air bekas mandinya. Maka Isa berkata, "Sesungguhnya di antara kalian akan ada orang yang kafir kepadaku sebanyak dua belas kali sesudah ia beriman kepadaku." Selanjutnya Isa bertanya, "Siapakah yang rela mahu menjadi orang yang mirip denganku, lalu dia akan dibunuh sebagai penggantiku, maka kelak dia akan mendapatkan darjat pahala yang sama denganku?"

Lalu berdirilah seorang pemuda yang paling muda usianya di antara mereka, "Aku bersedia." Tetapi Nabi Isa menjawab, "Duduklah kamu!" Kemudian Isa mengulangi perkataannya kepada mereka. Maka pemuda itu bangkit lagi dan berkata, "Aku bersedia." Tetapi Isa berkata, "Duduklah kamu!" Kemudian Isa mengulangi perkataannya kepada mereka, dan ternyata pemuda itu berdiri kembali dan berkata, "Aku bersedia." Akhirnya Isa berkata, "Baiklah, engkaulah orangnya."

Maka dijadikanlah dia mirip dengan Isa, sedangkan Isa sesudah itu diangkat ke langit dari atap rumah itu (sebuah lubang yang ada di atas rumah itu). Kemudian datanglah orang-orang Yahudi yang mengejarnya, lalu mereka menangkap orang yang serupa Isa itu dan membunuhnya serta menyalibnya. Sebahagian dari mereka kafir kepada Isa sebanyak dua belas kali sesudah mereka beriman kepadanya.

Pada akhirnya mereka berpecah belah menjadi tiga golongan. Satu golongan mengatakan, "Tadi tuhan bersama kita selama masa yang dikehendaki-Nya, kemudian dia naik ke langit," mereka adalah golongan Yaqubiyah. Golongan yang lain mengatakan, "Tadi anak Allah ada bersama kita selama masa yang dikehendaki-Nya, kemudian Dia mengangkatnya ke sisi-Nya," mereka adalah golongan Nasturiyah. Dan golongan yang terakhir mengatakan, "Tadi hamba Allah dan Rasul-Nya ada bersama kita selama masa yang dikehendaki Allah, kemudian Allah mengangkatnya ke sisi-Nya," mereka adalah orang-orang yang Islam.

Maka kedua golongan yang kafir itu memerangi golongan yang Muslim dan membunuhi mereka, dan Islam sejak saat itu tidak disebut-sebut lagi hingga Allah mengutus Nabi Muhammad ﷺ, lalu segolongan dari Bani Israil beriman dan segolongan (yang lain) kafir. Yakni segolongan dari kaum Bani Israil di masa Isa ada yang kafir, dan segolongan yang lainnya ada yang beriman, maka Kami berikan kekuatan kepada orang-orang yang beriman terhadap musuh-musuh mereka, lalu mereka menjadi orang-orang yang menang. Iaitu dengan kemenangan Nabi Muhammad ﷺ dan agamanya atas agama orang-orang kafir.”

Riwayat ini disebutkan dalam kitab tafsirnya Ibnu Jarir dalam tafsir ayat yang mulia ini. Hal yang sama telah diriwayatkan oleh Imam Nasai dalam tafsir ayat ini di dalam kitab Sunannya.

Maka umat Nabi Muhammad ﷺ masih tetap membela perkara yang hak hingga datanglah perintah Allah, sedangkan mereka dalam keadaan demikian, dan hingga orang-orang yang terakhir dari mereka memerangi Dajjal bersama-sama dengan Al-Masih Isa putera Maryam sebagaimana yang telah disebutkan di dalam hadith-hadith sahih.



18/10/2021

𝗨𝗛𝗨𝗗 𝗕𝗨𝗞𝗜𝗧 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗗𝗜𝗖𝗜𝗡𝗧𝗔𝗜

Nama Uhud tidak asing lagi di lidah-lidah dan juga jiwa-jiwa umat Islam. Nama Uhud ini juga merupakan nama salah satu daripada peperangan yang pernah berlaku di zaman Nabi ﷺ iaitu pada bulan Syawwal tahun ketiga hijrah. Uhud merupakan kata bahasa arab yang diambil dari kata "ahad" أحد atau "wahid" واحد yang ertinya satu atau menyendiri.

Selain itu, bukit Uhud jaraknya lebih kurang 5 km dari kota Madinah dan ia tidak bersambung dengan bukit-bukit yang lain disebabkan itu namanya adalah Uhud iaitu yang bermaksud bersendiri atau terputus sebagaimana yang dikatakan oleh al-Suhaili. (Lihat: Fath al-Bari, 337/7)

Bukit Uhud juga merupakan salah satu daripada bukit terbesar dan terpanjang yang terletak di dalam kota Madinah. Panjang bukit Uhud adalah jika diukur dari timur ke barat adalah sepanjang 6 km, tingginya dari aras laut mencecah 1 km dan dari muka bumi p**a ialah 450 meter serta wananya p**a kemerah-merahan. Di samping itu juga, bukit Uhud merupakan salah satu bukit yang disebutkan oleh Nabi ﷺ di dalam sabdanya dan kelebihannya juga dikhabarkan oleh Nabi ﷺ berdasarkan hadith-hadithnya.

Daripada Anas bin Malik رضي اللّٰه عنه berkata, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda ketika melihat ke arah bukit Uhud:


هَذَا جَبَلٌ يُحِبُّنَا وَنُحِبُّهُ.

“Ini adalah bukit yang mencintai kita dan kita mencintainya." (Riwayat al-Bukhari (3367))

Daripada Anas bin Malik رضي اللّٰه عنه berkata, ketika Nabi ﷺ, Abu Bakar, Umar dan juga Uthman menaiki bukit Uhud, lalu Nabi ﷺ bersabda:


اثْبُتْ أُحُدُ فَإِنَّمَا عَلَيْكَ نَبِيٌّ، وَصِدِّيقٌ، وَشَهِيدَانِ.

“Tetaplah (jangan bergerak) Uhud, sesungguhnya di atas kamu terdapat Nabi, al-Siddiq (Abu Bakar) dan dua orang yang syahid (Umar dan Uthman).” (Riwayat al-Bukhari (3686))

Daripada Thauban رضي اللّٰه عنه, bahawa Rasulullah ﷺ pernah bersabda:


مَنْ صَلَّى عَلَى جَنَازَةٍ فَلَهُ قِيرَاطٌ، فَإِنْ شَهِدَ دَفْنَهَا فَلَهُ قِيرَاطَانِ، الْقِيرَاطُ مِثْلُ أُحُدٍ.

“Barangsiapa yang solat ke atas jenazah maka baginya satu Qirath. Adapun jika dia menyaksikan pengebumiannya maka baginya dua Qirath. Satu Qirath itu seperti bukit Uhud (pahalanya).” (Riwayat Muslim (946))

Melihat kepada hadith-hadith di atas, jelaslah menunjukkan kepada kita bahawa bukit Uhud merupakan salah satu bukit yang istimewa dan mempunyai kedudukannya yang tersendiri. Ini kerana, namanya banyak disebut dalam hadith.

Kesimp**annya, bukit Uhud merupakan salah satu bukit yang istimewa berdasarkan kelebihan-kelebihan yang kami nyatakan di atas. Oleh itu, kita sebagai umat Islam haruslah sedar dan mengetahui akan hakikat ini supaya kita tidak termasuk di dalam kalangan orang-orang yang rugi. Akhirnya, semoga Allah SWT memberi kita kefahaman di dalam agama kerana ia merupakan tanda bahawa Allah SWT inginkan kebaikan kepadanya. Amin.



07/10/2021

Ahlan Wa Sahlan Bulan Rabiul Anwar, Bulan kelahiran Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم.

للهم صل وسلم وبارك على سيدناﷺ🌙ونبيناﷺ🌙وحبيبنا ﷺ🌙 وقائدنا ﷺ🌙 وشفيعناﷺ🌙وقرة عيونناﷺ🌙رسول اللهﷺ 🌙محمدﷺ🌙النبي ﷺ🌙الأمي ﷺ الطيب ﷺ🌙الطاهرﷺ 🌙الزكي ﷺ🌙وعلى آله ﷺ وصحبهﷺ اجمعينﷺ🌙عدد خلقكﷺ🌹ورضاءنفسكﷺ🌙وزنة عرشكﷺ🌙 ومداد كلماتكﷺ🌙كلما ذكرك الذاكرونﷺ🌙 وغفل عن ذكرك الغافلون 🌙.



𝗗𝗔𝗣𝗔𝗧𝗞𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗞𝗨 𝗧𝗘𝗥𝗕𝗔𝗜𝗞 𝗜𝗡𝗜❗Buku Maulid Nabi ﷺ? Bolehkah Kita Merayakannya? ini adalah suatu inisiatif yang dilakukan alma...
03/10/2021

𝗗𝗔𝗣𝗔𝗧𝗞𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗞𝗨 𝗧𝗘𝗥𝗕𝗔𝗜𝗞 𝗜𝗡𝗜❗

Buku Maulid Nabi ﷺ? Bolehkah Kita Merayakannya? ini adalah suatu inisiatif yang dilakukan almarhum al-‘Allamah al-Muhaddith Dr. as-Sayyid Muhammad bin as-Sayyid ‘Alawi al-Maliki al-Hasani رحمه اللّٰه dalam penulisannya. Beliau menyusun tulisannya ini secara ilmiah, iaitu dengan memperkayakan data-data yang berkaitan permasalahan maulid, bukti-bukti sejarah, serta tidak lupa juga dalil-dalil yang memadai, baik daripada al-Quran mahupun as-Sunnah yang merupakan dalil naqli.

Beliau mengulas serta mengolah kesemuanya dengan begitu baik, di samping menggunakan bahasa yang mudah difahami orang ramai, lebih-lebih lagi bagi golongan yang terpelajar. Hal itu disokong p**a oleh susunan penulisannya yang sistematik. Itu semua adalah gaya penulisan beliau hingga membuatkan karyanya diminati orang ramai.

Semoga buku ini memberi manfaat besar kepada para pembacanya, serta ganjaran Allah SWT kepada semua pihak yang terlibat dalam penerbitan buku ini. Kami juga memohon agar Allah sentiasa memberi kita semua hidayah dan inayah-Nya sehingga kita sentiasa tetap berada dan selalu melangkah ke jalan yang lurus dan yang diredhai-Nya. Aamiin.
________________

untuk dapatkan buku ini, sila pm direct whatsapp ke 013-3381005 🌹

tekan link dibawah untuk whatsapp:
👉 http://www.wasap.my/60133381005/MaulidNabi



Address

Mawleed Publishing Sdn Bhd 1-91-1, Block 1 JalanTeknologi, Kota Damansara
Petaling Jaya
47810

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mawleed Publishing Sdn Bhd posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share