13/09/2026
Salah satu tempat kegemaran Rumaysho kalau datang Setapak Central. Bawa buku yang dah habis baca, tinggalkan di sini, kemudian cari buku lain untuk dibawa p**ang.
Konsepnya mudah, tapi saya s**a sebab sebuah buku tak berhenti hidup selepas seorang pembaca habis membacanya.
Sebenarnya adakalanya saya p**a yang terlebih excited. 😂 Pernah nampak buku Hlovate, Ramlee Awang Murshid, Uthaya Sankar SB, Benz Ali dan macam-macam buku lama yang dah susah nak terserempak di kedai buku biasa.
Saya s**a anak-anak membesar dengan tempat begini. Mereka belajar bahawa untuk mendapatkan buku baru, tak semestinya kena keluarkan duit.
Ada masanya kita cuma perlu melepaskan sebuah buku yang sudah selesai tugasnya dengan kita, supaya ia boleh memulakan cerita baru dengan orang lain.
Dan buku yang kita bawa p**ang hari ini pun begitu. Kita tak tahu siapa pernah membacanya, apa yang dia fikir ketika membacanya, dan kenapa akhirnya dia meletakkannya di rak ini.
Buku bertukar tangan. Ilmu terus berjalan. ♥️